BAB 8

211 29 0
                                    

~"Once you become mine, then the rest of your life would be mine too"~

Mungkin ini memang jalan hidup yang sudah ditakdirkan buat seorang gadis bernama Tiara Alvina. Diperhambakan sewenangnya oleh orang sekeliling. Tiara merasakan sudah tiba saatnya untuk dirinya berdamai dengan takdir yang tertulis. Menerima dengan hati yang terbuka seluas-luasnya.

Entah tamat atau tidak episod duka dalam drama hidupnya ini, Tiara sendiri kurang pasti. Dia hanya mampu berserah dan merelakan. Memperjudikan nasib diri. Bertahan selagi boleh, namun bangkit melawan di saat mereka keterlaluan.

Melawan? Tchhhh....... Itu pun jika dia mampulah. Cakap memang mudah tetapi mahu melakukannya tidak semudah yang dibicarakan. Ibarat sebuah lelucon seandainya dia berani membangkang apa yang diperlakukan terhadapnya.

Malas mahu menekan diri dengan perasaan negatif, Tiara mengutip gelas-gelas kosong yang ditinggalkan di atas meja. Tidak fasal pula dirinya mengalami depression nanti berasbab terlalu banyak memikirkan masalah. Harungi sajalah selagi terdaya.

"Aduhai, tidak bolehkah mereka meletakkan gelas ini semua baik-baik? Bersepah di sana sini sampai ke lantai pun ada. Dengan minumannya yang sudah tumpah lagi. Satu kerja pula mahu mengelap. Nasib baiklah tiada gelas yang pecah." Omel Tiara bersendirian. Kesal dengan sikap sesetengah pelanggan yang mendatangi kelab malam terkemuka tersebut.

Namun begitu, tetap juga tangan halusnya mengutip dan menyusun gelas berkaki tinggi berkenaan ke dalam dulang yang dibawa tadi.

Faham benar dia dengan sikap dan pemikiran tetamu yang sering menghuni ruangan mewah ini. Yalah, mereka membayar untuk mendapatkan keseronokan jadi kita sebagai kuli ini pula perlu jalankan tugas membersih, mengemas dan menyediakan suasana yang kondusif untuk keselesaan mereka sesuai dengan bayaran yang dikenakan.

Berbalik kepada keadaan saat ini, Tiara harus cepat mengemas ruang Very Important Person atau singkatan gelarannya VIP sepantas mungkin kerana dia sudah melangkaui tempoh masa kerja yang sepatutnya. Sudahlah esok pagi dia harus menghadiri kelas Sir Nicholas yang garang mengalahkan singa betina menopos itu.

Satu bala besar akan terjadi jika dia terlajak tidur, tambahan lagi pensyarah garang itu tidak menerima sebarang alasan last minute yang diberikan kepadanya.

Pernah terjadi satu kes dimana salah seorang pelajar yang sepatutnya sudah bergraduasi bersama rakan sekelas, terpaksa mengulangi satu penggal pelajaran lagi semata-mata untuk mengambil semula peperiksaan bagi subjek pelajaran pendidik mudah berang itu, gara-gara pelajar tersebut sering hadir lewat ke kelasnya.

Paling sadis, segala ujian dan tugasan diberikan markah tercorot walau pada hakikatnya segalanya telah dilakukan dengan baik. Seakan sengaja mahu menggagalkan pelajar tersebut. Kejam bukan? Setidaknya bertanyalah dahulu apa punca pelajar itu sering lewat menghadiri kelasnya. Bukan terus menerjah dengan tindakan membuta tuli.

Agaknya prinsip 'itu masalah engkau, bukan hal aku', menjadi pegangan Sir Nicholas. Kalaulah ada sepuluh pensyarah klon seperti Sir Nicholas ini, maka ibarat nerakalah hidup para pelajar.

Tiara fikir hanya pelajar bongkak itu semua saja yang tidak berperikemanusiaan, bahkan ada di kalangan tenaga pengajar turut sama. Akan tetapi, tidaklah semuanya begitu. Ada segelintir yang baik hati cuma itulah dia, jumlahnya mungkin tidak sampai sepuluh peratus.

Sebagai seorang pelajar, Tiara tidak mahu mengambil pusing itu semua. Dia menganggap setiap apa yang diperlakukan itu pasti mempunyai tujuan. Dan tujuan Sir Nicholas sudah tentu ingin mendisiplinkan para pelajarnya supaya hadir tepat pada waktu.

Sebaik sahaja pensyarah lelaki itu melangkah masuk ke dalam dewan kuliah, serentak itu juga akan ditekan butang tombol pintu setiap kali sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

VAMPIRE'S MAID II [SU]Where stories live. Discover now