[ THE SEQUEL BOOK OF VAMPIRE'S MAID ] Dikatakan tersesat masuk ke institut pengajian khas untuk golongan elit juga sering diberi gelaran budak kasta bawahan, sudah lali di pendengaran gadis itu. Namun, tidak pernah dia ambil kisah bahkan dia sangat bersyukur kerana berjaya menempatkan diri di salah sebuah pusat pengajian terkemuka yang menjadi idaman setiap remaja. Meskipun senantiasa dibuli hampir setiap hari, perkara itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk belajar dan menimba ilmu. Sehinggalah muncul sepasang tangan yang sudi menghulur di saat dia berada dalam kesulitan yakni seorang senior yang latarbelakangnya amat digeruni jika dikenali. Disambut huluran tangan itu dengan naif tanpa mengetahui bahana yang bakal menimpa dirinya. Ibarat seorang dark knight, senior tersebut selalu ada setiap kali dia menjadi mangsa kerakusan para pembuli. Perjanjian tanpa hitam putih dibuat antara si gadis dan seniornya. Dia terpaksa menjadi 'khadam' senior tersebut dan sebagai balasan juga, dia akan dilindungi oleh lelaki itu tiap kali diri diancam dengan pembuli. Hati mula terpaut, namun ada halangan besar yang menanti. "Mulai hari ini, secara rasminya kau akan menjadi khadam aku. Kediaman ini merupakan tempat tinggal yang baru untuk engkau."- Edric Hadley Anderson. "Maaf Tuan, saya bukan seperti yang mereka semua canangkan. Saya punya maruah dan tidak akan melakukan perkara terkutuk sebegitu." - Tiara Alvina "Orang miskin aka pengemis seperti kau mana layak berada di sini dan bergaul bersama kami semua. Pasti kau serah tubuh semata-mata ingin memperoleh biasiswa supaya dapat belajar di Edley High Institute ini kan, budak miskin?" - Pembuli. Mungkinkah mereka akan bersatu? Apakah halangan yang dimaksudkan? Sama-sama kita tungguuuuu. Duration time : Start - 18th January 2022 End - #mystorymyrule #plagiarismprohibited #mysteryofvampire