BAB 5

416 50 7
                                    

~"Once you become mine, then the rest of your life would be mine too"~


Tiara terkedu.

Kejung segala otot dan sendi. Umpama tidak berfungsi kesemua organ yang berada di dalam tubuh badannya. Entah mengapa hati Tiara berasa tidak sedap kala ini.

Kelihatan seorang lelaki lengkap berpakaian serba hitam, selamba menyandarkan tubuhnya yang berlatarbelakangkan dinding kosong. Serius Tiara tidak menyedari kewujudan lelaki itu yang berada dekat dengannya. Leka melayan perasaan sedih punya fasal.

Wajahnya terlindung dengan penutup hoodie yang ditarik rapat ke bawah. Hanya bibir yang terlihat di pandangan mata. Itupun hanya sempat dijeling oleh Tiara lewat ekor matanya.

"Err...ini kepunyaan awak?" Tanya Tiara kekok. Masih dalam posisi duduk. Sapu tangan itu diangkat separas kepalanya lalu disua ke arah lelaki tersebut.

"Jika aku punya sekalipun mengapa? Sudah terjatuh, jadi ianya kotor. Buang saja." Balas lelaki itu dengan nada dingin.

"Belum terkena lantai ini lagi. Tadi sapu tangan ini hanya melayang ke atas riba saya. Masih elok dan saya yakin ianya bersih untuk digunakan. Ambillah." Walaupun mendapat balasan kurang mesra, Tiara masih cuba untuk bermanis muka dan kata. Gigih dia menyua namun langsung tidak bersambut sapu tangan itu oleh tuannya.

"Kalau begitu, kau guna sajalah. Aku lihat seperti kau lebih memerlukannya." Kali ini sedikit kendur tona suara lelaki berhoodie.

Namun sedikit pun dia tidak mengalih wajah kepada Tiara yang menanti percakapannya. Dia hanya menundukkan kepala disamping kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluar jeans yang dipakai.

"Tapi......"

"Aku suruh guna tu, kau guna sahaja. Jangan banyak bunyi sangat. Dari tadi kau dan mereka membuat bising tidak habis-habis. Sekarang ini pun kau masih mahu bermulut murai lagikah? Atau mahu aku sumbat sapu tangan itu ke dalam mulut kau, baru kau faham apa itu erti diam?" Bentak lelaki berhoodie.

Kali ini Tiara membisukan mulut. Terbungkam sebentar dengan tempo suara menengking yang dia peroleh. Dari mana datangnya lelaki misteri ini, dia pun aneh. Tiba-tiba muncul dan tiba-tiba juga mahu memarahi dirinya yang sudah sedia kesurupan. Bala barukah?

Pergilah jauh-jauh wahai bala. Jangan kau mendekati diriku. Shuhhhh. Usir Tiara dari dalam benak hati.

"Fasal tadi itu, bukan saya yang memulakan. Mereka semua yang mengganggu saya terlebih dahulu. Saya tidak bersalah." Spontan belahan bibir Tiara meluahkan kata untuk menangkis stigma negatif yang terzahir daripada pemikiran lelaki itu. Jika bukan dia yang mempertahankan dirinya sendiri, harus siapa lagi?

Takut belakang kiralah. Sesuka hati saja lelaki itu mahu menuduh dia semberono. Walhal, sudah jelas sekali dia yang dibuli. Mahu mempertahankan diri sendiri takkanlah salah juga?

Kedengaran ketawa halus meletus perlahan dari arah lelaki berkenaan. Pada hemat Tiara, ketawa yang terhasil itu agak menyeramkan dan menyinis. Apa masalah lelaki ini ya?

"Tapi ada benarnya juga apa yang mereka perkatakan. Buktinya, semalam aku lihat kau di kelab malam. Apa kau buat di situ jika bukan untuk aktiviti penyundalan? Tu...perkataan slut sesuailah dengan engkau. Heh." Ejek si lelaki lagi. Bertujuan untuk menyakiti hati si gadis.

Wah. Wah. Wah. Ini sudah melebih. Mendidih hati Tiara dengan bicara biadap lelaki berserba hitam. Melabel seseorang tanpa mengenal dari dalaman siapa orang tersebut. Hanya menilai dari luaran saja. Tipikal manusia yang suka mentafsir keperibadian orang lain tanpa mencermin diri sendiri. Tiara bingkas bangun dari duduknya kemudian berdiri menghadap tubuh lelaki itu.

VAMPIRE'S MAID II [SU]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora