BAB 4

429 48 15
                                    

~"Once you become mine, then the rest of your life would be mine too"~

Edric Hadley melangkah kemas dengan kepala yang tertunduk. Melekap rapat kedua belah lubang pendengarannya dengan sebuah fon telinga yang mengalunkan lagu berentak slow rock pada ketika itu.

Tidak dilupakan jaket hoodie yang senantiasa tersarung di tubuh. Tidak pernah dia berenggang dengan jaket berkenaan setiap kali kakinya ingin melangkah masuk ke pagar institut pengajian itu.

Jika boleh dia tidak mahu sesiapa mengenali dirinya yang sebenar. Tidak mahu juga dia menjadi perhatian seisi penghuni pusat pengajian. Kerana itulah, gaya misteri menjadi pilihan untuk dia pertontonkan apabila dirinya berada di institut tersebut.

Luarannya dia kelihatan seperti seorang yang tenang walhal dirinya serabut dengan persekitaran institut pengajian itu yang riuh rendah sepanjang masa. Ada sajalah insiden yang puak pembuli wujudkan. Kononnya untuk memeriahkan suasana. Namun, tidak sekali pun jejaka bernama Edric itu hiraukan.

Apa saja yang mereka semua itu mahu lakukan, terserah. Bukan perihal yang punya kaitan dengan dirinya. Tidak sama sekali.

Malas mahu mengambil pusing keadaan sekitar yang bingit, Edric berkira-kira sama ada dia mahu menuju ke kafeteria dahulu ataupun ke tempat penyimpanan barang di deretan loker para pelajar. Terasa lapar pula perut waima dia sudah bersarapan sebelum bertolak ke institut tadi.

Keluhan kasar terlepas.

Tidak sabar dia mahu menamatkan pengajiannya di institut milik bapanya ini. Kata Edward, hak pemilikan institut itu bakal berpindah ke atas namanya dan dia berkuasa sepenuhnya kelak setelah dia berjaya menghabiskan pengajian.

Tapi hati Edric langsung tidak berminat untuk mengelola pusat pengajian toksik berkenaan. Banyak perubahan yang harus dilakukan dan ianya bukan satu perkara yang mudah.

Jika diikutkan hati, mahu meneruskan belajar juga dia malas yang amat. Buang masa saja. Belajar atau tidak, tetap dia yang akan mewarisi segala harta keluarganya kerana dia satu-satunya anak tunggal Edward dan Hailey. Jadi, apa yang harus dikhuatirkan?

Dua buah buku nota separa tebal disusun rapi ke dalam loker yang tersedia. Pintu loker besi keluli yang pada mulanya ingin ditutup, terbantut dek lohong telinga Edric menangkap beberapa suara sumbang yang sedang bersorak keras dari satu arah berdekatan dengan kedudukannya. Fon kepala direnggangkan sedikit dari telinga bertujuan ingin menangkap apa yang sedang mereka kecohkan.

Edric hanya mengerling saja tingkah laku sekumpulan pelajar yang tampaknya leka membuli seorang pelajar perempuan. Wajah pelajar perempuan yang dibuli itu terlindung kerana dia menunduk kepala ke lantai dalam keadaan yang terduduk bersimpuh, impak daripada adegan tolak menolak tadi. Mungkin juga tidak berani bertentangan wajah dengan mereka yang berganda ramai daripadanya.

"Hmm......those dumbass loser." Beberapa patah kata yang pedih untuk didengari, dimuntahkan perlahan oleh bibir nipis Edric.

Dia kembali menyambung perbuatan ingin menutup pintu loker yang tergendala sebentar tadi. Tidak semena-mena, kedengaran suara perempuan menjerit nyaring menyapa pendengaran.

Edric terus berpaling menghadap sketsa yang terhidang di depan mata. Suara itu seakan pernah dia dengari. Gerombolan pelajar lain membataskan penglihatan Edric untuk melihat secara terus pemilik suara yang dia pernah dengari itu.

"Pergi! Pergi! Tolonglah kalian semua jangan mengganggu saya lagi! Tidak lelahkah kalian setiap hari membuli saya..." Sayu suara si gadis diiringi esak tangis kesedihan bagi menggantikan pekikan pada awalnya.

Semua yang mendengar jeritan ketakutan gadis itu hanya bergelak sakan umpama ianya satu bahan gurauan. Air mata gadis itu semacam satu jenaka buat mereka.

VAMPIRE'S MAID II [SU]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz