BAB 9

209 28 2
                                    

~"Once you become mine, then the rest of your life would be mine too"~

"Ini merupakan tempat tinggal kau mulai hari ini. Kau sudah tidak perlu lagi menjadi perempuan kabaret seperti ibu kau di kelab malam itu. Akan aku khabarkan perihal ini kepada bapaku nanti. Yang penting, engkau secara rasminya menjadi khadam aku. Aku tidak mahu mendengar sebarang bantahan kerana kau tidak layak untuk membantah apa jua arahan aku. Titik." Terang Edric panjang berjela.

"Tapi saya bukan pelacur seperti yang awak dan mereka fikirkan. Saya cuma bekerja sebagai..."

"Aku anggap semua yang bekerja di kelab malam itu sama saja tarafnya. Termasuk kau. Apa yang mereka katakan itu tiada salahnya bagi aku. Benar belaka." Pedas sekali ayat lelaki itu. Mengungkit kembali ejekan Lynelle beserta kumpulan sahabat mereka.

"Maaf, saya bukan seperti yang mereka semua canangkan. Saya punya maruah diri dan tidak akan melakukan perkara terkutuk sebegitu. Saya hanya perlukan wang dan itu sahaja kerja yang saya mampu buat." Tegas Tiara dalam penyataannya. Tidak semudah itu orang boleh bertanggapan tidak baik kepadanya.

Edric hambur gelak tanpa dapat ditahan lagi. Hampir tersembur air yang diminum. Lucu dengan setiap ayat penegasan perempuan yang berdiri di hadapannya itu. Punyalah banyak pekerjaan lain yang lebih bermaruah, mengapa di kelab malam juga yang gadis itu pilih untuk bekerja?

Sebenarnya, Edric tahu apa posisi Tiara di Anderson's Night Club. Saja dia berniat mahu menyakiti hati gadis itu dengan kata-kata berbisanya. Entah mengapa, dia suka melihat gadis itu sedih dan berubah riak tiap kali mencuba ingin melawan dirinya. Dia akan pastikan gadis itu tunduk menurut setiap arahan dan berbuat apa yang dia pinta.

Jika dilihat dari seragam hitam putih yang dikenakan juga Edric tahu gadis itu hanya bekerja sebagai pelayan biasa yang menghantar minuman dan terlibat dalam bahagian mengemas sahaja. Bukannya sebagai pelayan nafsu serakah lelaki di kelab malam milik bapanya. Tuduhan pelajar di institut yang mengatakan Tiara pelacur itu langsung tidak berasas.

Berbekalkan sedikit fakta mengenai terhutang budi, Edric yakin dapat menakluki gadis itu walaupun dia sendiri tidak tahu apa sebetulnya yang diinginkan daripada Tiara.

Dia juga bingung. Hanya diikut kata hati yang menghasut supaya diikat kehidupan gadis malang tersebut untuk berada di bawah naungannya. Tiara pula sejenis polos tidak bertempat. Maka, makin mudah kerjanya. Gertak sedikit sudah terkial gadis itu.

"Saya mahu pulang. Terima kasih atas pertolongan awak tapi..."

"Don't you dare to disobey me. Never!" Edric sudah bangun berdiri. Geram dengan pengingkaran gadis itu. Tidak mahu mendengar arahannya. Nampak saja kecil tetapi degil.

Tiara ternanar seketika dengan tengkingan lelaki yang berdiri terpacak di depannya. Sikit-sikit mahu meninggikan suara kepadanya. Tiara ini sudahlah hati tisu. Di institut tidak terkeluar pula suara lelaki itu. Perwatakan yang berbeza lelaki itu tunjukkan bila hanya tinggal mereka berdua. Terkelip-kelip mata Tiara menahan benteng air matanya daripada pecah.

"Kau dengar atau tidak apa yang aku katakan? Kau tidak boleh keluar daripada sini tanpa keizinan aku. Ingat sikit, kau banyak terhutang budi dengan aku. Inilah masanya untuk kau membalas semuanya." Diulang lagi untuk mengingatkan Tiara sekaligus melemahkan semangat gadis itu untuk menentang dirinya.

"Tapi sampai bila harus begini? Saya..." Sebak kedengaran suara si gadis.

"Sampai bila-bila yang aku suka. Aku yang akan tentukan segala perkara. Kau cuma perlu patuh saja. Faham?" Putus Edric dalam intonasi garang. Mengeluarkan kuasa dan ayat diktatornya.

VAMPIRE'S MAID II [SU]Where stories live. Discover now