BAB 7

313 32 4
                                    


~"Once you become mine, then the rest of your life would be mine too"~

Cahaya di kaki langit kelihatan berwarna jingga. Matahari yang memancarkan sinar dan bahangnya beberapa jam lalu sudah menyirna di sebalik awan tipis yang menyelaputi langit.

Akhirnya, tamat juga kelas pengajian pada hari itu. Agak lewat kelasnya tamat kerana salah seorang tenaga pengajar mengadakan kelas lanjutan bagi menggantikan kelas yang dibatal pada minggu lalu.

Nafas lelah terhembus lembut daripada belahan bibir Tiara yang sedikit terbuka. Dia mula menapak ke sebuah gazebo yang kosong. Berniat ingin beristirehat sebentar sebelum menapak pulang ke bilik sewanya. Tidak semena-mena air jernih bertakung di kelopak mata. Tiara menangis.

"Mengapa mereka begini terhadapku? Apa salahku terhadap mereka semua?" Tanya Tiara perlahan pada dirinya sendiri.

Jujur dia katakan, dia sangat menyesali perbuatannya yang beria-ria membuat permohonam untuk melanjutkan pengajian di institut neraka ini.

Seandainya dia tahu semua ini bakal menimpanya, pasti dia tidak akan sesekali mengabdikan diri untuk menimba ilmu di sini walaupun dia ditawarkan biasiswa dalam jumlah yang banyak. Tapi nasi sudah menjadi bubur.

Mahu atau tidak, Tiara terpaksa meneruskan pelajaran yang baru setahun jagung tempohnya di pusat pengajian elit ini. Jika tidak, pihak institut akan mendakwanya kerana telah melanggar syarat sebagai pemegang biasiswa. Dia tidak dibenarkan berhenti sebelum sampai waktu yang sepatutnya.

Sehelai kain kecil pantas dikeluarkan daripada beg setelah Tiara menyedari adanya pengeluaran cecair mukus daripada hidungnya. Ditonyoh sekuat hati hidung mancung bak seludang miliknya itu dengan kain kecil tersebut sehinggalah dia berasa puas hati.

Impaknya, hidungnya kemerahan dan berasa sedikit kebas.  Dalam masa yang sama juga hingus yang bertakung dan meleleh keluar tadi sudah kering.

Sapu tangan yang berada dalam genggaman ditenung tunak buat seketika waktu. Tiga abjad yang sepenuhnya belum diketahui ertinya menimbulkan rasa gugup di dalam dada. Entah mengapa, Tiara sendiri tidak tahu. Mungkin kerana dia gerun dengan pemilik sapu tangan itu?

Imbas kembali...

Tiara yang sedang kebingungan itu hanya mengekori dari belakang. Menonong berjalan ke mana saja dia diheret tanpa banyak soal. Mulut membisu kerana masih trauma akan kejadian buli yang melampaui batas beberapa detik lalu.

Tiara ralit merenung belakang tubuh tegap lelaki yang menariknya. Berselang seli pula tenungannya antara belakang tubuh itu dengan tangan kekar yang mencengkam kemas pergelangan tangan kecilnya. Tanpa Tiara sedari, mereka sudah tiba ke destinasi rahsia lelaki itu.

Kerana kelekaan itu juga, Tiara terhantuk kepalanya secara tidak sengaja ke bahu lelaki tersebut yang sewenangnya berhenti mengejut di satu kawasan tersorok. Merah padam muka si gadis kerana malu.

Kedengaran lelaki berkenaan mengaduh kecil sebelum dia berpaling ke belakang dan menatap tajam wajah Tiara. Sejurus melepaskan pergelangan tangan, terus saja diraih kedua bahu Tiara dan dihentak tubuh halus tersebut ke dinding bangunan. Situasi itu menyebabkan Tiara menjadi kalut. Bimbang jika lelaki itu punya niat serong kepadanya.

Sudahlah kawasan bangunan yang mereka berada sekarang ini jarang menjadi laluan orang. Bangunan lama ini juga semakin hari semakin tampak usang kerana kurang digunakan lagi setelah bangunan baru siap dibina.

Hanya berfungsi tempat penyimpanan alatan sukan sahaja. Tiara sendiri belum pernah sampai ke kawasan ini kerana tiada keperluan buat dirinya untuk jejakkan kaki ke bangunan seram tiada penghuni tersebut.

VAMPIRE'S MAID II [SU]Where stories live. Discover now