BAB 12

107 16 13
                                    

~"Once you become mine, then the rest of your life would be mine too"~

Sebuah kereta mewah memasuki perkarangan rumah agam Anderson lewat petang itu. Pintu kereta dibuka seusai pemandunya memarkir kenderaan ke ruang garaj yang tersedia. Seorang lelaki tinggi lampai keluar daripada kereta tersebut, disusuli dengan aksi joget sambil ditutup kembali pintu kereta yang ternganga dengan menonggengkan punggungnya sendiri. Sangat tidak senonoh perbuatan berkenaan.

You are my fire;
The one desire;
Believe when I say;
I want it that way.

Sedar bahawa nafasnya tidak cukup panjang untuk menyambung bait lirik berikutnya, maka sedutan nafas yang baru ditarik agak dalam lalu lirik seterusnya didendangkan. Petikan jari jemari diritmakan mengikut rentak lagu yang sedang dinyanyikan. Tubuh kekar miliknya turut menggeletis mengikut rentak.

But we are two worlds apart;
Can't reach to your heart;
When you say;
That I want it that way. 

Serentak baris akhir itu, dia melakukan gerakan jari yang menunjuk ke arah rumah agam Anderson. Agak menyimpang maksud lirik lagu dengan kelakuannya.

Tell me why;
Ain't nothing but a heartache;
Aksi memegang dada ditayang. Konon sedang tersakiti riaknya.

Tell me why;
Ain't nothing but a mistake;
Muka minta penampar pula dilakonkan.

Teeell me why;
I never wanna hear you say;
Telapak tangan diletakkan di belakang cuping telinga sambil kepala digeleng.

I want it that way!
Huuu!!! Yeahhh!!! Marvelous!!!
Diakhiri bahagian korus lagu dengan sorakan kecil.

"Sedapnya suara aku... Mahu jadi penyanyi sambilan pulalah lepas ini. Kalau keluar album sendiri pasti paling hangat di pasaran." Kata pemilik suara tersebut.

Memuji dirinya sendiri setelah menyanyikan lagu popular daripada kumpulan Backstreet Boys yang menjadi salah satu daripada lagu kegemarannya. Dia punya sifat perasan itu sangat berbakul-bakul sehinggakan mahu jadi seorang penyanyi pula. Berangan lebih.

Tidak cukup dengan itu, dia menggerakkan kakinya lagak gaya moonwalk seperti Michael Jackson. Maka melangkahlah dia dalam keadaan mengundur ke belakang sambil tangan digawangkan ke udara. Kononnya sedang melambai-lambai para peminat halimunannya itu. Semacam orang sewel saja adalah walhal yang dilambainya itu hanyalah pokok-pokok yang berada di sekeliling.

Menyanyi dan menari adalah caranya untuk melepaskan tekanan setelah penat bekerja seharian disamping ingin menghiburkan diri walaupun pada hakikatnya nyanyian dan langkah tariannya sumbang. Alah, bukan ada sesiapa nampak pun. Kan?

Betapa dia leka dengan langkah moonwalknya itu sehingga langsung tidak sedar akan figura seseorang yang memerhatikan tingkah laku peliknya sejak dia mula keluar daripada perut kereta tadi. Dia masih gigih melayan peminat dalam dunia glamour halusinasinya. 

Nafas ditarik panjang lagi. Berura-ura hendak meneruskan nyanyian. Dalam masa yang sama juga, dia membalikkan tubuh memusingkan diri ke belakang. Berniat hendak menyanyi sebelum satu insiden yang bakal mencalarkan maruahnya berlaku.

"Tell me.........err.......why.......?" Baru ingin menarik bahagian korus dengan sepenuh jiwa dan raga, terus terbantut. Nyaris dia tercekik dengan air liur sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

VAMPIRE'S MAID II [SU]Where stories live. Discover now