BAB 10

269 38 10
                                    

~"Once you become mine, then the rest of your life would be mine too"~

"My angel... Yuhuuu... Where are you? I'm home!" Seru si lelaki memanggil bidadari kesayangannya. Kalau tidak bising tidak sah.

"Eh Enrique, awak sudah pulang? Maaflah, tadi saya ada di dapur." Sapa sang isteri dengan lenggang-lenggok langkahnya yang tertib, menghampiri suami yang berwajah ceria.

Gembira semacam saja suaminya itu. Ada apa-apakah? Arabella mulai musykil. Tangannya ditarik oleh Enrique untuk sama-sama duduk di kerusi.

"Come here my chubby sweetheart. Look what I brought home for you. Your persimmons! Aku kutip sendiri tau buah ini khas buat isteri kesayangan aku." Ujar Enrique sambil tersenyum manis. Terbit riak bangga pada permukaan wajahnya.

Namun, lain pula tindak balas yang diberikan oleh si isteri. Berkerut beberapa saat dahi sempit milik Arabella. Dibelek teliti 'persimmon' di dalam plastik jernih yang terletak di atas meja makan. Entah ya, entahkan tidak itu buah yang dia pinta. Bukan boleh percaya sangat dengan suaminya yang seorang ini.

"Kutip? Dari mana sebenarnya awak mendapatkan buah ini Encik Enrique? Awak mencuri ya?" Tebakkan berbentuk soalan maut Arabella, menyentap tangkai hati Enrique. Lurus dan tepat mengena. Langsung tidak terpesong. Hilang senyuman manis tadi, digantikan dengan wajah masam mencuka si suami.

"Woi mana ada lah. Kau fikir aku tidak berduitkah sekadar mahu mengabulkan permintaan kacang dari kau itu? Setakat buah persimmon mirip-mirip tomato ini saja yang kau idamkan? Alah...mudah yang amat untuk aku mencarinya." Sangkal Enrique pantas. Menidakkan sekerasnya tuduhan tidak berasas isterinya. Macam dukun pula Arabella ini. Tahu segala perkara.

Eleh, kacanglah konon katanya. Padahal bukan dia kenal sangat apa jenis buah yang dibawa pulang sebelum ini. Isteri minta buah pisang kaki tetapi dibawanya pulang buah tomato. Cakap besar saja.

"Habis awak cakap kutip tadi tu apa? Biasanya, jika beli di pasar atau di mana-mana tempat, orang akan sebut memilih buah. Tetapi awak menyebut kutip. Jangan main-mainlah Enrique. Baik awak cakap jujur." Teknik psikologi minda Arabella gunakan untuk mengorek rahsia suaminya. Terasa ada sesuatu yang mencurigakan daripada pengamatan Arabella. Enrique seakan menyembunyikan sesuatu.

"Alahai. Maksud aku, kutip setelah aku membayarnya lah isteriku. Bukan kutip dalam erti kata mencuri. Aku pastikan buah yang ranum lagikan manis dan terbaik saja dipilih untuk dipersembahkan kepada engkau. Tega kau menuduh aku mencuri sebegitu. Jatuh martabat aku sebagai seorang lelaki dan suami." Ucap Enrique dengan nada sedih meleret. Bikin drama sebabak pula si suami bertatu penuh di lengan itu.

Ayat yang terangka di kepala sejak dia memandu dalam perjalanan pulang ke rumah tadi sudah dimuntahkan dengan yakin. Walaupun ada sedikit kegagapan sewaktu bicara, cepat-cepat dia berselindung di sebalik mimik muka kecewa. Semoga si isteri mempercayainya lah.

Di sudut yang lain pula, rasa serba salah menghentam diri Arabella kerana telah mengesyaki yang bukan-bukan tentang suaminya. Raut wajah Enrique yang mendung membuatkan Arabella tidak senang duduk. Dia tidak mahu suami tercintanya itu berkecil hati dengan apa yang diperkatakan tadi. Tiada niat sama sekali dia mahu menuduh Enrique mencuri.

"Err suamiku...maafkan saya. Saya tidak bermaksud langsung untuk menuduh semberono. Saya cuma ingin bercanda saja. Tidak menyangka awak terkesan dengan gurauan itu. Maaf..." Kemaafan dimohon oleh Arabella beserta bibir yang tercebik-cebik. Dia yang buat, dia pula yang mahu menangis. Begitulah dia perempuan kan?

"Sudah, jangan terlalu banyak bicara. Kau makanlah sepuasnya. Tidak cukup beritahu, sepuluh pokok buah itu aku heret bawa pulang ke rumah nanti." Balasan Enrique yang selamba mematikan drama air mata yang baru saja ingin dilakonkan.

VAMPIRE'S MAID II [SU]Where stories live. Discover now