BAB 6

291 35 4
                                    

~"Once you become mine, then the rest of your life would be mine too"~

"Jangan sampai aku jumpa dan lihat kau buat kali yang kedua..."

Sebaris ayat amaran itu kekal menghuni kotak fikiran Tiara. Berulang-ulang juga ia menjengah seakan tersemat kukuh di ingatannya. Malam tadi sukar dia mahu melelapkan mata. Mengenangkan dirinya kini serupa diancam dengan satu permasalahan yang baru.

Masalah yang jauh lebih berat daripada dibuli saban hari. Entah mengapa, masalah yang ini membuat degupan jantung Tiara tidak menentu apatah lagi sesekali wajah lelaki itu menyapa dalam ruangan mata. Rupa serta gigi taring yang lelaki itu punya seakan memberi satu makna bahawa dia adalah seorang yang berbahaya. Buktinya, kejadian di kelab malam itu.

Tidak menyangka sama sekali Tuhan bakal mempertemukan mereka lagi. Mengapalah Tuhan senantiasa menduga hamba yang sudah sedia lemah sepertinya ini? Tidak cukupkah apa yang dia lalui dari kecil sehingga sekarang? Sebak hati Tiara mengenangkan itu.

Nasi goreng dalam bekas makanan dikuis menggunakan sudu. Tidak berselera pula ingin dijamah walhal sewaktu di dalam kelas Madam Carllote tadi bukan main perutnya berkeroncong sakan umpama sedang membuat konsert rock kapak minta diisi.

"Amboi sedapnya engkau bersantap! Tidak mahu menjemput kami sekalikah?" Teguran dari seseorang melanyakkan memori Tiara yang tadinya ralit duduk merenung bekalan makanannya.

Tiara buat tidak endah saja dengan teguran yang dia sudah tahu daripada siapa. Ayat amaran yang menghuni fikirannya sedetik lalu berkecai hancur tidak meninggalkan sebarang sisa. Untuk sementara inilah.

Tanpa membuang masa, segera penutup bekas makanan dicapai lalu ditutup bekas tersebut dan ingin dimasukkan ke dalam beg sandang tepinya. Malas mahu melayan karenah mereka yang ada sahaja mahu mencari sebab untuk mengganggu dan mengacau.

"Wah...budak miskin bawa bekal lah! Pasti tidak mampu untuk makan di kafeteria ini kan. Yalah, harga makanan di sini semuanya mahal belaka, jadi orang miskin hanya mampu melihat saja. Menjelejeh air liur." Ejek sahabat si penegur pertama. Niat untuk mempersenda.

Perbuatan Tiara terjeda dengan kutukan secara berdepan begitu.

"Kalian semua mahu apa dari saya? Tolonglah jangan mengacau saya untuk hari ini saja. Saya mohon sesungguhnya kepada kalian." Pinta Tiara setelah dia bangun dan mengalihkan tubuh menghadap mereka semua yang jauh lebih tinggi berbanding tubuhnya yang kecil molek.

Bekas makanan yang berada dalam pegangan Tiara dirampas agresif. Lalu bekas tersebut dibuka disamping mereka mendudukkan Tiara dengan penuh kekasaran ke kerusi kafeteria.

"Ish, apa ni? Lepaskan saya!" Marah Tiara tidak semena-mena dek dikasari. Tidak faham bahasa betul mereka semua.

"Mengapa kau tidak mahu menghabiskan makan? Bukankah orang miskin selalunya menghargai setiap makanan yang terhidang di depan mata? Jangan membazir. Tidak baik." Konon sebuah nasihat palsu diberikan. Permulaan kepada tingkah laku jelik yang bakal ditonjolkan sebentar lagi.

Salah seorang daripada kumpulan pembuli itu mengilaskan kedua tangan Tiara rapat ke belakang tubuh si gadis dan memegangnya kejap. Tidak membenarkan gadis itu membuat sebarang pergerakan yang boleh mengganggu rancangan jahanam mereka.

Aksi jahat mereka ditonton secara langsung oleh seluruh penghuni kafeteria mewah yang sedang menikmati makan tengahari pada ketika itu.

Tiada seorang pun yang berani mempertahankan gadis malang yang dibuli atau lebih tepat lagi malas mengambil pusing perihal yang tidak berkait dengan diri mereka. Semua hanya memerhati tanpa sebarang suara. Ada juga yang menayang wajah teruja.

VAMPIRE'S MAID II [SU]Where stories live. Discover now