11 - mula terbiasa

63 16 24
                                    

Dengan semangat , Liya bangkit dari tidurnya bersama senyuman penuh erti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan semangat , Liya bangkit dari tidurnya bersama senyuman penuh erti . Badannya digerakkan kesana dan kesini membetulkan tulang dan urat dibadannya .

" Selamat pagi dunia yang menyakitkan " dia bingkas bangun dari katil untuk menyiapkan diri . Hari ini kedua ibu bapanya tiada dirumah kerana menjaga anak kesayangan mereka dihospital .

Badan gadis itu bergerak kesana dan kesini menari mengikut rentak irama melalui musik yang dipasangnya diradio . Difikirannya hanya terukir satu perkataan iaitu ' Kebahagiaan ' .

Sedang asyik gadis itu menari , cecair pekat berwarna merah perlahan turun dari hidung Liya . Tariannya terjeda seketika kemudian menyambung semula setelah selesai mengelap  darah yang turun tadi .

" Ya Allah ! Aku lupa nak menunaikan kewajiban sebagai seorang islam " Liya cepat - cepat mematikan radionya dan menoleh kearah jam seketika .

" Masih berbaki tiga puluh minit sebelum waktu solat subuh tamat " Dia berlari kecil kearah tandas untuk mengambil air wudhu .

Selesai menunaikan solat , gadis itu menadah tangan meminta ampun kepada yang maha kuasa .

" Ya Allah , kau ampunilah segala dosaku , kau ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku dan kedua adik beradikku serta seluruh umat islam dimuka bumi ini . Ya allah , berikanlah kebahagian kepadaku walaupun hanya untuk sementara ... Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ujianmu Ya Allah .. "

Seusai membaca doa , gadis itu terus memakai baju sekolah dan mengemas rumahnya sehingga bersih . Tidak lupa juga untuk membuat sarapan untuk alas perut supaya dia boleh fokus didalam kelas nanti .

Telefon pintarnya berbunyi tanda panggilan masuk , dia cepat - cepat mengangkat panggilan tersebut setelah mengetahui siapa pemanggilnya .

Assalamualaikum Liya

Hanya mendengar suara itu sudah boleh membuat Liyana Daliesya tersenyum sehingga ketelinga . Dia berdehem kecil .

" Waalaikumsalam , ya kenapa ? "

Aku dengan Alisya dah ada dekat depan rumah kau . Marilah gerak bersama

Liya menjenguk diluar tingkap . Benar kata Haikal , mereka berdua sudahpun menunggu diluar rumah .

" Ahh baiklah , sekejap ya "

Alisya berlari kearah Liya untuk menolong gadis itu mengangkat beg sekolahnya . " Tada !! Aku ada buat bekal untuk korang " .

Bekas didalam plastik diangkat separa bahu . Alisya bersorak kecil " jimat duit i  , thank you Liya " mereka berdua beriringan berjalan kearah kereta milik keluarga Alisya .

" Perangai kau ni macam emak - emak lah Liya , tak perlu susah - susah buat bekal untuk kitaorang " Arash keluar dari pintu belakang kereta .

" Eh kau buat apa dekat sini ? " Liya mempamerkan wajah hairan . Setahu dia , Arash tidak bersekolah sama dengannya .

Hidup [ 30 days ] Where stories live. Discover now