13 - pantai

67 17 42
                                    

" Haikal sini kau !! " Liya berlari mengejar Haikal yang baru sahaja mengenakannya tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Haikal sini kau !! " Liya berlari mengejar Haikal yang baru sahaja mengenakannya tadi . Lelaki itu tertawa besar melihat Liya tidak dapat mengejarnya .

" Lambatlah kau lari Liya " tawanya masih lagi tersisa . Gadis itu memandang Haikal tidak puas hati . Didalam hatinya , dia memaki perbuatan Haikal .

Arash dan Alisya hanya menggeleng melihat gelagat mereka berdua . Tidak ada niat langsung untuk ikut lari bersama .

" Tengok ! Awning tudung aku dah tak cantik ! " Liya menghentakkan kakinya geram dengan awning tudungnya yang tidak kemas dek kerana perbuatan Haikal .

" Ala awning je pun " Riak wajah Haikal semakin menyebalkan . Liya mengambil segenggam pasir kemudian lempar kearah lelaki itu .

Pasir yang dilempar tadi terkena mata Haikal . Liya berlari menghampiri lelaki itu kemudian meminta maaf dengan penuh rasa serba salah .

" Bodohlah kau Liya , kenapa pergi lempar pasir "  gadis itu mengutuk perbuatannya sendiri .

" Maaf , aku tak expect pun yang pasir terkena mata kau " Lelaki itu tersenyum jahil . Tangannya tidak lagi menggosok mata . Dahi Liya berkerut .

" Kau tertipu !! Pasir tak masuk pun dekat dalam mata aku " Liya menayangkan riak kosong . Kenapa dia tidak sedar yang dia sudah ditipu hidup - hidup ? .

" Haries Haikal , kaukan kalau aku lempang ni auto bersepai gigi kau  " Gadis itu tersenyum sambil mengetap gigi kemudian duduk dikerusi bawah pokok untuk menenangkan diri .

" Dah dah lah gaduh ... Korang lapar tak ? Kami berdua nak pergi beli makanan ni "

" Mestilah lapar ! " Jawab mereka berdua serentak . Arash hanya mengangguk kemudian mengajak Alisya untuk membeli makanan bersama .

Haikal mengambil tempat duduk selang dengan tempat duduk Liya . Lelaki itu tersenyum kecil melihat Liya banyak bercakap hari ini .

" Indahkan matahari ? " Haikal memulakan percakapan setelah beberapa minit menyepi . Gadis itu hanya diam . Mata dan fikirannya hanya tertuju kepada ciptaan allah yang berwarna jingga kemerahan itu .

" So , macam mana hari kau ? Baik atau buruk ? " Liya memandang Haikal tanda dengar akan soalan lelaki itu . Haikal tahu bahawa Liya sedang tidak baik - baik sahaja tetapi gadis itu berlakon seolah - olah keadaannya baik .

" Today ? Kinda good .. tapi aku takut untuk bahagia "

Satu keluhan keluar dari mulut gadis itu . " Ternyata berpura - pura bahagia pun melelahkan ... Bila aku boleh bahagia betul - betul ? " Perlahan gadis itu berkata . Setiap kejadian yang menakutkan mula bermain dikepalanya .

" Aku takut untuk bahagia , aku takut ketika aku sedang bahagia Allah tarik semua kebahagiaan tu . Aku rasa aku tak layak duduk dekat dunia ni . Kerja aku asyik menyusahkan mama dengan papa je . Mesti Riesya pun muak dengan aku "

" Kau tahu kenapa Allah beri kau banyak ujian ? Sebab dia tahu kau kuat . Dia tahu kau boleh hadapi ujian yang dia bagi . Kita lahir didalam dunia ni ada sebabnya . Sewaktu kita dalam perut ibu dahulu , banyak kali kisah perjalanan hidup kita ditayangkan dan ditanya .. adakah kita mahu teruskan hidup atau menyerah "

" Pernah tak kau fikir , kenapa kau nak teruskan hidup waktu tu ? . Kenapa kau tak memilih untuk tidak lahir ? " Liya menoleh kearah Haikal yang menatapnya . Mata lelaki itu ditatap semula . Rupanya masih ada lagi lelaki yang seperti abangnya .

" Aku tak pernah terfikir pasal tu " Liya berkata jujur .

" Kau teruskan hidup sebab kau tahu kau kuat , kau boleh hadapi ujian tu ... Kalau kau nak tahu dulu pun aku pernah rasa hal yang sama macam kau "

" Aku rasa diri aku tak berguna lepas kena buang dari sekolah  . Aku rasa diri aku teruk sangat . Padahal kes tu aku langsung tak terlibat tapi aku yang kena "

" Satu hari tu , aku jalan seorang diri selepas ayah aku marah aku . Waktu tu aku rasa kalau aku ni hidup , aku akan membebankan hidup mereka . Kalau aku mati , diorang mesti bahagia "

" Kemudian datang seorang lelaki yang aku pun tak kenal siapa .. dia tiba - tiba peluk aku . Kemudian menasihati tentang tujuan hidup . Sehinggalah beberapa tahun kemudian aku dapat berpindah kesini kerana keluarga Alisya membantu "

" Lelaki tu kata , kita tidak boleh menyerah lagi kerana ada seseorang yang memerlukan bantuan kau . Dan sekarang barulah aku tahu apa maksud dia . Orang yang tunggu aku tu adalah kau "

" Liya . from the moment i saw you , i wanted to protect you .  Aku akan teman kau kalau kau perlukan aku , aku akan jadi penasihat kau kalau kau mahu . Jadi aku mohon jangan menyerah walau apapun yang berlaku . Allah uji kau sebab allah tahu kau boleh hadapinya "

" Aku , Arash dengan Alisya selalu ada dengan kau "

Lembut tutur bicara Haikal . Panjang lebar menasihati gadis itu . Terkadang dia merasa kesal kerana hanya mendapat menyalurkan semangat dari kata - kata .

" Terima kasih Haikal " gadis itu cepat - cepat menyeka air matanya dari jatuh ketanah . Haikal tersenyum nipis .

" Menangislah , menangis tidak buat kau lemah . Kau menangis kerana kau kuat " akhirnya suara esakkan Liya keluar perlahan .

Arash dan Alisya hanya memerhati dibalik pokok kemudian tersenyum lebar .

" Aku rasa lepasni kita ada ship baru " ujar Alisya dengan nada teruja . Arash dibelakang hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya .

----------♡----------

✷ Kalau Hari selasa Nana free

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau Hari selasa Nana free .. nana akan up sampai end

Hidup [ 30 days ] Where stories live. Discover now