" Ya allah , sesungguhnya ciptaanmu itu sangat ganteng " pelajar wanita bersorak sambil memekik nama lelaki yang sedang menggelecek bola dengan tangkas .
Semua pelajar sedang bersorak kecuali seorang gadis yang hanya sibuk dengan bukunya . Rina , pelajar junior memandang Liya dengan wajah berkerut . Kenapa akak ni duduk dekat sini kalau taknak bersorak untuk pasukan sekolah mereka ? .
Dia ingin bertanya tetapi melihat wajah kosong dari Seniornya itu membuatkan dia tidak jadi untuk bertanya .
" Jantungku ga aman , Haikalnya ganteng amat " Pelajar dibelakang Liya hampir sahaja pengsan setelah Haikal memandang kearah tempat duduk mereka .
Siapa sahaja yang tidak kenal Haries Haikal . Pelajar baru yang berjaya membuat semua pelajar terpesona dengan wajahnya yang tampan serta bakatnya dalam bidang sukan dan akademik .
Haikal juga terkenal dengan mulutnya yang manis dan pandai berkata - kata . Tetapi dia tidak seperti rakannya yang selalu mempergunakan wanita dengan mulut manis mereka .
Dia menggunakan mulut manisnya dalam menasihati dan memberi semangat kepada sesiapa yang memerlukan .
" Aku rasa dia tak pandang kitalah Nayli , dia pandang Liya " rakan Nayli mula bersuara setelah lama dia memerhatikan mata Haikal tertuju dimana . Nayli yang baru sahaja menyedarinya berdecit kecil .
" Liya lagi , liya lagi . Berapa ramai jantan yang suka dekat dia ? Eyy bencilah " Nayli berguman perlahan sambil memandang Liya yang berada dihadapan dengan pandangan tidak puas hati .
Liya mengangkat wajahnya memandang kehadapan , anak matanya bertemu dengan Haikal . Lelaki itu tersenyum kemudian melambaikan tangannya . Dahi gadis itu berkerut .
" Dia lambai dekat aku ke ? Atau dekat orang lain ? "
Gadis itu akhirnya membalas lambaian Haikal dengan lambaian kecil , risau pula kalau ada orang yang tengok . Haikal tersenyum suka melihat gadis idamannya membalas lambaian yang dia berikan tadi .
Haikal berlari menuju kearah rakan - rakannya untuk mengatur strategi perlawanan mereka . Mata Liya hanya mengikuti langkah lelaki itu .
Tangan gadis itu diletakkan didadanya . Jantungnya berdegup pantas .
" Rasa apa ini ? "
•——————•°•✿•°•——————•
" Hoy kau kenapa tersengih macam orang gila ? " Naufal yang sedang memakai kasut bolanya bertanya setelah melihat rakannya itu tersengih bagaikan baru lepas jatuh cinta .
" Nampak sangat ke aku senyum macam orang gila ? " Soalan dibalas dengan soalan . Dahi Naufal berkerut . Apasal mamat ni pergi tanya orang semula ? .
" Terlebih nampak masalahnya " Haikal tersengih kemudian menggaru kepalanya yang tidak gatal .
" Kau tahu tak nama perempuan yang duduk dekat tengah tu ? "
" Yang mana ? " Kepala Naufal mula menjenguk kearah tempat yang ditunjukkan Haikal .
" Tengah baca buku tu " Naufal memandang Haikal tidak percaya .
" Perempuan tu ? Nama dia Liyana Daliesya .. bagi aku dia paling cantik antara semua pelajar perempuan dekat sekolah ni " Haikal mengangguk setuju dengan pernyataan dari Naufal .
" Liyana Daliesya ... Nice name "
" Tapi dia selalu kena buli dengan pelajar perempuan sebab selalu dianggap merampas kekasih orang padahal member elok je single " Naufal menggelengkan kepala mengingat adegan Liya dibuli dikelas mereka . Mujurlah dia sempat melindungi Liya dari ditendang pelajar disekolah mereka .
" Lepas kau cakap macam tu , makin bersemangat aku nak lindungi dia dari bahaya " Ucap Haikal bersemangat . Naufal menepuk bahu lelaki itu .
" Semoga berjaya bro "
----------♡----------
✷ Mana nak jumpa lelaki macam Haikal ?