Chapter 36

17.1K 843 164
                                    

Hi assalamualaikum semua! Saya update chapter 36 harini! Yeay!

Ha saya nak cakap, utk chapter sebelum ni, scene mimpi tu dari awal Zafran bangun, sampai Dian accident tu tau. Lagi satu, yang Zafran kata dalam mimpi tu dia minum air yang ada pil tu, salah tau. Mimpi kan. So dia salah cakap hahahaha. Okay itu sahaja.

Chapter harini sumpah membosankan. Saya minta maaf awal-awal tau.

Enjoy!

**********

Pada hari sabtu, Zafran sedang memandu kereta menuju ke sebuah restoran. Dia ingin jumpa beberapa kenalannya. Mereka mahu bincang tentang kejadian dua hari lepas.

Zafran pun masih belum pergi ke balai polis. Dia nak bincang dahulu. Nak minta pendapat kawan-kawannya dahulu. Zafran tak berpengalaman dalam bab-bab seperti ini. Jadi, Zafran memerlukan khidmat nasihat mereka dulu.

Tiba di sebuah kedai makan, Zafran terus masuk ke dalam dan mencari kelibat rakan-rakannya. Seketika Zafran teringat. Mereka semua ajak berjumpa di Restoran Hadramawt. Restoran yang menyajikan nasi arab ini, dia dan Adara pernah datang. Waktu lunch. Makan sama-sama.

Zafran geleng kepala. Terus berjalan menuju ke meja yang terdapat rakan-rakannya. Sampai saja di meja, Zafran terus melabuhkan duduknya.

"Lah! Ingatkan tak nak datang dah." Asyraf yang baru meletakkan telefonnya di atas meja menegur. Lambat benar nak sampai. Mereka dah plan nak start makan tanpa Zafran je tadi.

"Sorry lah. Ada hal tadi." Zafran pandang mereka yang ada di meja itu. Ada Asyraf, Ameerul, Hazim dan Danish.

"Hal Adara ke?"

"Hal Dian ke?"

Yes itu dia. Soalan berbeza dalam satu masa. Soalan Adara ditanya oleh Hazim, soalan Dian ditanya oleh Asyraf. Danish dan Ameerul hanya duduk sambil menumpukan perhatian sepenuhnya pada makanan mereka.

Zafran berdehem. Apa tanya soalan macam ni. Serentak pula tu. Tak tahu lah nak rasa bangga ada bini dua ke apa. Aduhai. Segannya.

"What Ra, Zim?" Asyraf tanya. Dia dengar nama lagi seorang perempuan. Siapa? Aku je ke yang tak tahu apa-apa?

"Tanya Zafran." Hazim saja nak buat Asyraf tertanya. Padan muka.

"Siapa, Zafran?" Asyraf mendesak Zafran untuk jawab. Dia tak boleh terima. Dia tertinggal train. Kenapa dia seorang je terkejut? Yang lain tak terkejut pun.

"Adara. Adara Sumayyah." Zafran jawab sambil mengunyah perlahan makanannya selepas membaca doa makan.

"Siapa tu?"

"Madu Dian." Danish jawab. Dia stress dari tadi main teka teki macam ni. Jawab je macam orang normal tak boleh ke? Adara Sumayyah. Isteri aku. Ha macam tu. Jawablah macam tu. Susah sangat ke? Kenapa manusia zaman sekarang suka complicated kan satu benda? Ergh!

"What?!" Asyraf terkejut. Zafran kahwin dua? Kenapa dia tak tahu pun?

"Since when?" Asyraf tanya lagi.

"Baru nak masuk lima bulan kot. Ke baru empat bulan. Tak sure." Zafran jawab selamba. Memang dia kahwin dua. Asal? Nak gaduh? Sini ah.

"And you didn't even tell me?" Asyraf koyak. Siapakah aku pada dia? Bukan ke dia dah anggap aku kawan dia? Kami dah sign surat hitam putih kot. Mengecilnya hatiku.

"Kau rilek ah. Benda ni tak semua tahu." Hazim tenangkan Asyraf yang muka hampir nak nangis tu.

"Tapi korang tahu." Asyraf cakap perlahan.

Pilihan Kedua | CTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon