Chapter 55

18.1K 795 51
                                    

Hari esok sudah menjelang, Adara dan Zafran sudah pun bertolak pulang. Bersama Eiman dan juga Ellyna. Mereka sangat teruja sejak tadi. Tak tahu lah teruja sebab apa. Hormon budak kecil kot.

"Mama! Nanti kita pasang lego sama-sama okey mama? Lepastu Ayyad nak makan nasi goreng yang mama masak. Ayyad nak makan banyak-banyak!" Eiman berkata dengan suara yang sangat teruja.

Adara toleh kebelakang memandang Eiman yang sedang duduk di baby car seat.

"Boleh, boy. Nanti mama masakkan nasi goreng."

"Yeay!!" Eiman menepuk tangannya.

Adara tersenyum memandang Eiman dan Ellyna yang dari tadi tersengih. Kereta ini riuh dengan suara mereka sahaja.

Adara pandang Zafran. Zafran hanya tersenyum sambil memandang depan. Zafran yang tersedar akan pandangan Adara, mula tolehkan kepalanya.

"Kenapa honey?"

"Takda apa-apa." Adara membetulkan duduknya.

Hampir terbeliak mata Adara apabila Zafran mencapai tangannya lalu Zafran mencium tangannya. Lama.

"Honey nak singgah mana-mana?" Zafran tanya selamba. Macam tiada apa jadi. Tangannya masih tidak melepaskan tangan Adara.

"Takda. Bahan nak masak nasi goreng ada je kan?" Adara tanya.

"Ada je."

*******

Semasa ingin memasak nasi goreng, Adara tak banyak bergerak pun. Dia hanya duduk dan mengarah saja Zafran. Mula-mula ingatkan dia larat untuk memasak, tapi tidak pula.

Kakinya membengkak jadi dia tidak larat. Jadi, Zafran hanya menyuruhnya duduk sahaja.

Selesai memasak, mereka makan bersama. Eiman sangat bahagia apabila dapat merasa nasi goreng resipi Adara setelah sekian lama. Dari tadi mulutnya tidak berhenti memuji nasi goreng buatan Zafran ini.

Adara hampir kepenatan melayan kerenah Eiman. Nasib baik comel jadi Adara tak kisah.

Adara pandang Zafran yang dari tadi hanya melihat mereka makan. Lepastu tersenyum-senyum. Dah kenapa? Tak pernah tengok orang makan ke?

"Zaf?" Zafran pandang Adara.

"Ya?"

"Kenapa tak makan?" Muka Adara sedikit berkerut.

"Saya kenyang tengok kesayangan saya makan." Zafran makin senyum lebar.

"Cliché sangat, Zafran." Adara geleng kepala.

Zafran gelak perlahan. Tapi, memang betul pun. Bila dia menyaksikan pandangannya sekarang ini, hatinya berbunga. Melihat Adara dan anak-anaknya makan makanan masakannya, buat hati dia rasa bahagia.

Rasa macam inilah kali terakhir dia merasakan suasana ini. Jadi, dia ingin memanfaatkannya.

"Makan, Zafran. Ke terasa nak makan kaki saya?" Adara berkata.

"Okey okey." Zafran terus menyuap sesudu nasi goreng setelah membaca bismillah.

"Honey, honey terasa nak makan karipap pusing tak?" Zafran bertanya.

"Kenapa?" Adara pelik. Kalau rasa nak makan pun, pandai-pandai dia pergi beli nanti.

"Haritu saya belajar buat karipap pusing dengan ibu. Saya rasa macam nak buat pula." Zafran berkata dan terus menyuap lagi sesudu nasi goreng.

"Pandai ke?" Adara tanya.

"Mahir dah. Haritu ibu puji tau."

"Ha kalau dah mahir, buat lah. Nak juga saya merasa air tangan awak tanpa pantauan ibu."

Pilihan Kedua | CDonde viven las historias. Descúbrelo ahora