Chapter 61- happy

14.5K 577 27
                                    

"Mama! Cantiknya!" Eiman yang baru masuk ke dalam bilik hotel itu menegur Adara yang sedang bersiap.

"Eh boy! Macam mana boleh masuk?" Adara terus menarik perlahan tangan Eiman untuk berdiri di hadapannya.

"Boy minta tolong Paksu hantarkan." Eiman menjawab sambil jari kecilnya menguis kain yang tersarung di peha Adara.

"Mama... lapar." Eiman labuhkan pula kepala di peha Adara.

"Kenapa tak cakap dekat Paksu?" Adara tanya.

"Nak mama suap."

"Boy mengantuk eh?" Adara tanya sambil gelak perlahan. Bukan apa, tengok mata kuyu Eiman pun tahu. Itu lah, siapa suruh tidur lambat malam tadi.

"Boy nak sleep tapi boy nak makan juga."

Tangan Adara mengusap kepala Eiman.

"Ad.. okey tak ni?" Kak Mira tanya sambil memberi cermin kecil pada Adara. Kak Mira adalah seorang MUA.

Adara mula menilik wajahnya di cermin yang diberikan.

"Tudung tu kalau belakangkan sikit, boleh tak? Ad rasa macam rimas sikit. Make up okey dah. Cantik!" Adara sempat memuji dirinya sendiri.

"Okey." Kak Mira mula membetulkan sikit tudung yang dipakai Adara.

"Boy, boy baring dulu atas katil." Adara tegur Eiman yang dah nampak penat sangat tu.

"Boy tak nak sleep. Boy nak tengok mama." Eiman jawab perlahan.

"Ya, nanti mama minta tolong Paksu angkat boy. Boy tidur dulu sekejap."

"Okey mama."

Adara mula bangun dan berdiri di depan cermin besar.

Adara pandang dirinya yang tersarung sepasang baju kurung songket berwarna soft grey. Jarinya bergerak membetulkan apa yang patut di sepersalinan itu. Adara langsung tidak sedar bahawa Kak Mira sudah keluar dari bilik itu.

"Honey." Adara tidak toleh kebelakang malah dia hanya tersenyum.

Zafran memusingkan perlahan badan Adara biar Adara memandangnya.

"Cantiknya dia!" Zafran terus memuji Adara yang kelihatan tersipu-sipu malu itu.

Adara mengulum senyumannya.

"Tahuuuu." Meleret suara Adara mengiyakan pernyataan Zafran itu.

"Elele cantik-cantik nak pergi mana ni?" Zafran bertanya.

"Nak pergi kahwin."

"Kahwin dengan siapa?"

"Kahar Kapla High Council." Adara sebut dengan suara garau.

"Eloklah tu nak pergi sanding dengan suami, lepastu sebut nama lelaki lain. Okey. Okey." Zafran angguk-angguk.

Bukannya dia tak tahu isterinya ini sedang angau dengan pelakon lelaki yang membawa watak sebagai Kahar di cerita Projek High Council itu. Adara siap kata walaupun Kahar itu red flag, dia tidak kisah kerana warna kegemaran Adara adalah warna merah. Ceh!

"Hehe kita gurau je hehe." Jari Adara menguis perlahan perut Zafran.

"Kita kahwin dengan hubby. Tanya lagi kenapa." Adara masih menguis dan tidak pandang Zafran. Adara asyik terlupa untuk menjaga hati Zafran. Itulah, dulu zaman belajar dah biasa minat lelaki hensem. Jadinya, bila nampak lelaki hensem je terus minat. Lupa dah ada suami.

"Hubby awak nama siapa?"

"Japran."

"Malaslah dia ni. Asyik tak serious je." Suara Zafran sudah bertukar suram.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now