Chapter 49

22.1K 1K 129
                                    

Di malam yang hening, Zafran mula kebil-kebilkan matanya untuk dibuka setelah tidur yang lama. Setelah dibuka matanya, pandangan di dalam wad itu menyapa matanya. Dia tolehkan kepalanya ke kiri dan kanan, dia mendapati seseorang baring di atas sofa.

Zafran diam. Masih cuba menghadam dia berada dimana dan kenapa. Tekaknya kering. Dia perlukan air. Tapi suaranya tidak dapat dikeluarkan. Akhirnya Zafran hanya diam sambil baring.

'Adara macam mana?' Itu yang terlintas dalam fikirannya pada waktu ini.

'Baby macam mana?' Zafran mula risau.

Seketika, Zafran dengar bunyi pergerakan di sofa itu. Lalu cepat-cepat tolehkan kepalanya agar mungkin si gerangan itu dapat menyadari bahawa Zafran telah sedar.

"Zaf?"

"Kau dah sedar ke?" Si gerangan itu terus bangun dan pergi ke arah Zafran.

"Long. Aku haus." Rupanya Zayyad yang berada di sofa itu. Hanya Zayyad.

"Kejap. Aku panggil doktor jap." Zayyad terus menekan butang merah itu untuk memanggil doktor. Setelah itu, Zayyad membantu Zafran untuk minum sedikit air.

Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor memberitahu bahawa kesihatan Zafran baik-baik sahaja cuma dia perlu jalan menggunakan tongkat buat sementara waktu kerana luka di pehanya belum membaik.

"Long. Yang lain mana?" Zafran tanya selepas Zayyad membantunya untuk duduk bersandar di katil hospital itu.

"Umi semua dekat rumah dah. Kau tidur lama sangat. Itu yang aku suruh diorang balik dulu biar aku yang jaga kau." Zayyad jawab setelah melabuhkan duduk di kerusi tepi katil itu. Tidak jadi untuk dia sambung tidur kerana dia tahu pasti banyak soalan yang Zafran ingin tanya.

"Isteri aku mana?" Zafran tanya.

"Dia macam mana?" Zafran tanya lagi.

Zayyad sudah agak pasti soalan ini Zafran akan tanya. Zayyad lepaskan keluhannya.

"Adara dah balik semalam. Dia ikut parents dia balik Johor." Perlahan Zayyad jawab.

"Dia tak tunggu aku sedar dulu ke?" Zafran menunduk sambil bermain dengan jari jemarinya.

"Katanya dia nak kena kerja. Lama dah dia cuti." Zayyad geleng kepala perlahan. Tak faham dengan seorang Adara ni. Bukan ke biasanya orang akan trauma? Kenapa Adara buat macam takda apa jadi je?

"Benci betul dia dengan aku sampai tunggu aku sedar pun dia tak mahu." Zafran berkata dengan suara yang rendah.

"Inilah masanya kau kena dapatkan balik kepercayaan dia. Kau kena lah usaha. Kau tak boleh expect untuk dia maafkan kau macam tu je. Perempuan ni kalau dia dah sayang, memang dia sayang betul. But once kau hancurkan hati dia, memang susahlah dia nak maafkan kau balik." Zayyad berkata.

"Kau pujuk lah dia. Ada dengan dia selalu. Nanti lepasni kau balik lah Johor. Raih hati dia balik. Percaya cakap aku Zafran, kalau ada jodoh, ada lah. Doa banyak-banyak." Zayyad berkata lagi.

"Sekarang ni kau kena fokus dengan kesihatan kau dulu biar lepasni senang lah kau nak jaga Adara. Lagi-lagi waktu dia lepas bersalin nanti." Zayyad hentikan kata-katanya.

Zafran hela nafas. Dia mula teringat waktu dia mula-mula datang selamatkan Adara. Dia nampak muka Adara sangat lega. Mungkin Adara lega kerana akhirnya ada orang datang selamatkannya. Atau mungkin kerana itu Zafran?

"Kes tu macam mana?" Zafran tanya. Tukar topik.

"Pasal kes tu kau tak payah fikir dulu lah. Aku dengan papa dah settle kan." Zayyad jawab.

Pilihan Kedua | CKde žijí příběhy. Začni objevovat