Chapter 51

21.9K 1.1K 226
                                    

Hi assalamualaikum semua! Maaf, lambat update. Lama saya biar korang tertunggu, saya minta maaf. Saya ada beritahu dekat IG yang saya nak take time sekejap. Tapi mungkin korang tak follow saya, jadi korang tak tahu. But it's okay, saya tak kisah. Thank you sebab sudi tunggu update dari saya. Thank you sudi baca story saya.

Happy reading!

**********

Selepas sesi ceramah antara Zafran dan Encik Hishamuddin sudah selesai, mereka berdua mula masuk ke dalam rumah kerana malam sudah makin larut. Tambahan pula, Encik Hishamuddin sudah mengantuk.

"Zaf." Encik Hishamuddin memanggil Zafran yang baru mahu masuk ke dalam bilik tetamu di tingkat bawah.

"Ya, yah?" Zafran pandang ke arah Encik Hishamuddin.

"Pergilah masuk bilik Ad. Tempat kamu dekat sebelah Ad. Ayah dah suruh dia jangan kunci pintu." Encik Hishamuddin beritahu kepada Zafran.

Setelah itu, terus Encik Hishamuddin masuk ke dalam biliknya untuk tidur.

Zafran terpinga di luar bilik itu. Dia berkira-kira sama ada ingin ikut kata ayah mertuanya atau tidak.

Setelah berfikir, dia buat keputusan untuk ikut kata ayah mertuanya. Dia terus berjalan menuju ke tangga untuk masuk ke dalam bilik Adara. Dalam hati, dia berharap Adara sudah tidur. Tidak mahulah dia jika Adara mengamuk pada malam-malam buta ini. Kalau mengamuk waktu siang, tidak apa.

Tanpa ketukan, dengan perlahan, Zafran menolak pintu bilik Adara yang sudah gelap. Memang gelap gelita. Lampu tidur pun tidak dibuka.

Zafran berjalan menuju ke arah katil Adara selepas menutup pintu bilik itu. Bilik sudah gelap gelita, jadi dia berjalan mengikut kata hatinya. Dia memang sudah redha awal jikalau dia terbentes karpet ke, kaki meja ke, katil ke.

Zafran melabuhkan duduk di sebelah Adara yang sudah terbaring secara mengiring. Adara sudah tidur. Nyenyak. Lama Zafran merenung Adara yang sudah tidur dalam gelap itu.

Seketika, Zafran menepuk perlahan dahinya. Kan ada telefon, kenapa tak on lampu di telefon saja? Nasib baik lah Zafran tidak membuat bising sepanjang berada dalam bilik ini.

Zafran membuka lampu di telefonnya lalu dengan perlahan dan tanpa bunyi, Zafran berjalan keluar semula dari bilik itu dan menuju ke bilik air.

Selesai mengambil wuduk, Zafran berjalan masuk semula ke dalam bilik Adara dan kali ini dibantu oleh cahaya dari telefonnya.

Zafran mengambil sebuah kerusi dan diletakkan di sebelah katil Adara. Jari Zafran sibuk menatal skrin telefonnya untuk memasuki ke sebuah aplikasi.

Dengan lafaz bismillah bersama suara yang perlahan, Zafran memulakan bacaan Surah Maryam. Zafran hanya mengaji menggunakan telefonnya sahaja.

Sesekali, tangan Zafran naik mengusap perlahan perut Adara.

Sepanjang pembacaannya, Zafran berharap Allah memberikan isterinya kekuatan sepanjang Adara mengandungkan anak mereka ini. Selain itu, dia juga berharap anak mereka yang bakal dilahirkan ini menjadi seorang anak yang soleh atau solehah.

Siapa saja yang tidak menginginkan anak yang baik?

Selesai pembacaannya, Zafran masih menatap wajah Adara yang masih lena itu. Langsung tidak terganggu lenanya sepanjang Zafran mengalunkan bacaan Al-Quran sebentar tadi. Zafran mengukirkan senyuman nipisnya. Tangannya perlahan naik untuk menyelitkan rambut Adara ke belakang telinga. Jarinya bergerak perlahan mengusap pipi Adara yang agak tembam itu. Senyuman Zafran makin melebar apabila dia teringat waktu pertama kali dia nampak Adara setelah 5 bulan. Badan Adara berisi. Comel.

Pilihan Kedua | CHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin