Chapter 60- happy

17.2K 829 60
                                    

"Ad setuju tak?" Datin Sri Zaharah mengajukan soalan itu pada Adara.

Adara terkebil-kebil. Dia menggaru perlahan kepalanya yang tidak gatal itu.

"Majlis aqiqah kan dah buat. Jadi, tak payah lah umi." Adara menjawab sambil tersengih.

"Ala apa salahnya. Haritu majlis aqiqah, sekarang ni majlis persandingan Ad dengan Zaf pula." Datin Sri Zaharah berkata lagi.

"Ad bukan apa, umi. Ad segan." Adara berkata perlahan.

"Ad tak payah lah segan-segan. Ad jangan risau. Umi dengan papa yang handle kan majlis ni. Zaf dengan Ad sediakan badan je." Datin Sri Zaharah masih bersungguh-sungguh menyakinkan Adara.

"Bagi Ad fikir-fikirkan dulu lah umi." Adara berkata.

"Ad minta diri dulu, umi. Nak tengok Irfan." Adara bangun dari duduknya lalu berjalan menuju ke biliknya dan Zafran.

Datin Sri Zaharah menghela nafas.

"Kalau dah Ad tak nak, awak jangan lah paksa, sayang." Dato' Sri Ilham Shah bersuara setelah dari tadi dia menjadi pemerhati pebualan antara isterinya dan menantunya.

"Saya bukan apa abang. Semua perempuan kan kalau boleh nak ada majlis persandingan diorang sendiri. Saya nak merealisasikan impian Ad lah. Lagipun saya kesian tengok dia. Sebab perangai anak kita tu, macam-macam dah dia kena hadap." Datin Sri Zaharah menjawab.

"Sayang..." Tangan Dato' Sri Ilham Shah naik mengusap kepala isterinya.

"Benda dah jadi. Jangan lah salahkan Zaf lagi. Kesian dia kalau dia dengar awak cakap macam tu. Lagipun, mesti ada sebab kenapa Ad macam nak tak nak je buat majlis ni. Apa pun, kita kena tunggu keputusan dari Zaf dengan Ad dulu, okey?" Lembut suara Dato' Sri Ilham Shah menegur isterinya.

********

Mata Zafran meliar memerhati sekeliling biliknya mencari susuk tubuh isterinya. Dia baru sahaja sampai di rumah ibu bapanya. Balik kerja, terus dia balik ke rumah ibu bapanya apabila Adara beritahu yang dia berada disini.

Matanya menangkap susuk tubuh isterinya yang berada di balkoni. Termenung jauh ke hadapan.

Dia memandang pula anaknya yang sudah nyenyak tidur di atas katil.

Masih dalam sepersalinan kerjanya, dia membuat keputusan untuk membersihkan dirinya dahulu sebelum meluangkan masa dengan isterinya.

Selesai mandi dan memakai baju tidur, Zafran terus pergi ke balkoni.

"Honey." Zafran lemparkan senyum pada yang memandang dirinya.

"Zaf." Adara menepuk kerusi disebelahnya untuk megajak Zafran duduk sekali.

"Okey tak?" Zafran bertanya sambil tangannya mencapai lalu mencium lama tangan Adara.

"Tak..." Adara geleng perlahan kepalanya.

"Kenapa? Nak cerita?" Zafran menatap wajah itu.

"Umi ada beritahu awak tak pasal majlis tu?" Adara tanya.

"Majlis sanding kita?" Zafran tanya semula.

Adara angguk.

"Kenapa dengan majlis tu?" Zafran tanya lagi.

"Ad tak tahu lah."

"Kenapa? Honey tak setuju?"

Adara menghela nafasnya. Beratnya memikirkan hal ini.

"Cuba beritahu Zaf. Kenapa honey berat hati ni?" Ibu jari Zafran mengusap belakang tangan Adara. Memang dari tadi dia tidak melepaskan genggaman tangan ini.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now