Chapter 48

21.2K 1K 129
                                    

Hi assalamualaikum semua! Harini saya update chapter 48 yeay!!! Sorry sebab tak update semalam. Saya keluar satu hari, jadi takda masa nak type 😭

Enjoy!

*********

"DANISH!!" Alex teriak apabila menyedari Danish telah ditembak oleh Harraz. Alex terus berlari ke arah Harraz dan membuat tendangan 360 darjah kepada kepala Harraz. Harraz terus pengsan.

"Danish..." Zafran memanggil lemah. Darah yang banyak keluar akibat tembakan di pehanya telah membuatkan dirinya lemah.

Alex terus menerpa ke arah Danish apabila dia sudah selesai menendang kepala Harraz.

"Danish! Kau dah mati ke?! Jangan lah mati dulu!" Alex menangis semahunya. Sesekali dia mengelap air mata dan air hidung yang mengalir menggunakan lengan bajunya.

"Danish! Bangunlah! Jangan lah mati cepat sangat! Kau tak kahwin lagi!" Alex meletakkan kepala Danish di riba sambil menampar perlahan muka Danish.

Keadaan hening. Tuan Syarif dan pasukannya sudah mendapatkan Harraz yang sudah pening lalat akibat ditendang oleh Alex. Pihak polis yang lain sudah menutup mayat Akram yang nampak sangat mengaibkan itu.

Adara pula masih dalam dakapan Zafran. Badannya lemah. Air matanya mengalir laju sambil menatap ke arah Danish dan Alex.

Tidak lama kemudian, beberapa buah ambulans sudah sampai ke tempat kejadian.

"Danish! Bangun lah!" Alex mula menampar kuat wajah Danish yang terpejam mata itu.

"Ehem! Saya rasa yang ditembak tu dekat bahu dia je. InshaAllah tak mati lagi. Tapi saya risau kalau awak tampar dia macam tu, mati pula dia." Seorang penyelamat perempuan menegur setelah dia baru datang ke tempat Alex dan Danish.

"Entah kau ni. Sakit kepala aku tahu tak." Danish yang baru sedar itu terus berkata. Memang menjadi betullah tamparan wajah Alex tu. Sampai tersedar Danish dibuatnya.

"Nurse, tolong lah bawa saya pergi dari sini. Pipi saya sakit dah." Danish berkata perlahan. Mukanya berkerut tahan sakit di wajahnya dan di bahunya.

Alex yang masih blur itu terus sedut semula hingusnya dan mengelap kasar air matanya. Mulutnya tercebik perlahan.

"Kau dah bangun Danish? Aku ingat kau mati dah!" Alex sambung nangis.

"Nurse... tolong lah." Danish mula meminta tolong.

Zafran dan Adara dari tadi sudah mula dibawa ke van ambulans. Alex tidak sedar kerana dia sibuk berada dalam dunianya.

*********

Di hospital, keadaan agak kecoh apabila keluarga Zafran mula datang. Datin Sri Zaharah luluh hati apabila mendapat tahu anaknya ditembak. Mengenangkan menantunya yang sedang mengandung itu juga buatkan dia sangat risau.

Dato' Sri Ilham dan Zayyad yang menguruskan hal kejadian itu dengan pihak polis.

Selepas rawatan dijalankan, Datin Sri Zaharah meminta pihak hospital untuk menempatkan Adara dan Zafran dalam satu wad VIP yang sama. Katanya, mudah bagi mereka untuk menguruskan Zafran dan Adara. Untuk waktu ini, Zafran dan Adara masih tidak sedarkan diri.

Pihak keluarga Adara juga baru sampai ke hospital bagi melihat keadaan Adara.

Hari ini semua orang tidak dapat rehat yang sempurna. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Baru sahaja majlis Amelia dan Zafar selesai, mereka dapat tahu bahawa Adara telah diculik dan Zafran pergi menyelamatkan Adara.

"Lia nak balik dulu tak? Lia dari tadi tak tidur lagi." Zafar yang sedang memeluk bahu Amelia itu menegur.

Amelia geleng.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now