Chapter 43

24.4K 1.2K 357
                                    

5 bulan kemudian....

Adara berjalan menuju ke keretanya setelah keluar dari bangunan gah itu. Bangunan The Vega. Tempat dia bekerja. Sekarang sudah tiba waktu pulang. Dah petang dah pun.

Sampai di keretanya, Adara terus masuk ke dalam. Belum sempat tangannya menutup pintu, bunyi notification telefon Adara membuatkannya lihat telefonnya sekejap. Sambil perlahan-lahan tangannya menarik pintu kereta untuk ditutup.

Di notification telefonnya memberitahu bahawa seseorang telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun banknya. Zafran. Zafran yang masukkan.

Sejak lima bulan telah berlalu, Zafran memang tak pernah putus untuk beri nafkah zahir buatnya. Setiap bulan mesti dapat. Kadang-kadang baru dua minggu, dapat lagi. Tetapi, Adara tak guna pun duit itu. Rasa tak layak. Biar jelah.

Kejadian lima bulan lepas adalah kali terakhir buat Adara berjumpa Zafran. Sekarang Adara sudah tidak kisah. Dia sudah dapat terima semua ini. Mungkin jodoh dia dan Zafran hanya sampai sini sahaja. Adara redha.

Baru Adara ingin meletakkan beg tangan di kerusi penumpang sebelah, dia ternampak sejambak bunga ros. Sama. Macam sebelum ini. Masuk kalini, sudah empat kali Adara menerima bunga ini sejak dia pergi dari Zafran.

Macam biasa, Adara ambil bunga itu dan membuang bunga itu ke dalam tong sampah. Meluat dah terima benda sama. Benda sama juga dia perlu beritahu pada Tuan Syarif. Tak tahu lah selicik mana orang ini, sampaikan masih sekarang pihak polis tidak dapat tangkap penjahat ini.

Selepas itu, Adara terus masuk semula ke dalam kereta dan memandu pulang ke rumah.

"Assalamualaikum!" Adara masuk ke dalam rumah selepas memberi salam.

"Waalaikumussalam. Anak ibu dah balik?" Respon Puan Karina dengan suara lembut.

"Hehe dah. Mana ayah, bu?" Adara melabuhkan duduk di sebelah Puan Karina yang sedang melipat baju di ruang tamu.

"Ngeteh dengan kawan-kawan lah. Macam biasa." Puan Karina jawab.

"Pehhhh tak ajak!" Balas Adara sambil mengusap perutnya.

Puan Karina pandang Adara sambil tersenyum manis.

"Harini okay tak kerja? Mengidam apa-apa tak?"

"Okay je alhamdulillah bu. Harini belum mengidam apa-apa lagi." Adara sengih lalu memandang perutnya yang sedikit buncit itu.

Adara mengandung. Sejak dia pergi, Adara memang terus balik Johor. Rumah keluarganya. Waktu permulaan, Adara banyak terkurung dalam bilik hanya menangis dan termenung. Sampai Encik Hishamuddin terpaksa memarahi anaknya. Sakit hati ayahnya melihat anaknya menyiksa diri sebegitu sekali. Adara sampai pernah tak mandi langsung, duduk dalam bilik gelap, tidak menjamah sedikit pun makanan.

Adara hanya akan keluar bilik dan mandi apabila dia perlu pergi ke tempat kerja. Itu pun lesu sahaja. Tak tahu lah macam mana reaksi orang di tempat kerja itu apabila melihat Adara buat kali pertama.

Sampai satu masa, Adara jatuh pengsan. Terus Abang Aqil pergi bawa Adara ke unit kecemasan hospital. Risau, ingatkan Adara ada telan pil yang mendatangkan kesan buruk pada diri.

Tahu-tahu, doktor mengesahkan bahawa Adara mengandung. Waktu itu, Adara terkejut. Dia tak sangka dia akan mengandung pada waktu macam ni. Pada waktu yang dia belum bersedia. Dia menangis. Menangis semahunya kerana tidak mahu anak ini. Adara sangka, kewujudan anak ini hanya akan menyakitkan Adara lagi.

Adara terus menyiksa dirinya lagi. Dia tidak peduli akan kandungan itu. Dia tidak makan makanan yang berkhasiat, tidak minum susu, tidak mendapatkan rehat yang secukupnya.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now