Chapter 52

18.1K 855 32
                                    

Hi assalamualaikum semua! Saya update chapter lagi hehehe. Sekarang tengah hujan lebat, guruh kuat gila. Tempat korang hujan tak?

Sorry sebab lama saya sidai korang.

Honestly, it's not that easy to write a book. Sebelum ni saya jadi reader, saya pun macam korang. Geram bila author lama sangat tak update. Lagi-lagi bila cerita dia best. Tapi itulah, sejak saya cuba menceburkan diri dalam bidang ni (ceh acah je ayat hahahaha), saya faham kenapa sesetengah author lambat update. Kita ada commitment lain juga. Macam saya, saya seorang pelajar universiti. Jadi, saya kena pergi kelas, kena siapkan slide presentation, kena siapkan assignment, ada quiz, ada test. Semua itu adalah perkara penting yang saya kena buat.

Korang pun penting juga bagi saya. Sangat penting. Penantian korang buat saya risau. Setiap hari saya cuba perah otak saya nak buat chapter baru.

Bagi saya masa, okey? Sekejap je lagi cerita ni nak complete dah. Korang jangan risau.

Thank you kepada awak yang sudah menunggu dengan penuh kesabaran. Sabar hadap kesidaian saya pada korang, thanks for that.

Anyway, happy reading, lurvesss!

**********

Di hening malam, ditemani bunyi pendingin hawa, Adara termenung. Termenung berseorangan di atas katil. Sudah beberapa kali dia mengubah posisi baringnya untuk melelapkan mata. Tapi masih tidak selesa.

Matanya terkebil-kebil memandang dinding di sebelahnya. Posisinya mengiring. Tangan kanan diletakkan bawah kepala, tangan kiri dibaringkan santai di atas badannya. Fikirannya mula menerawang tentang kata-kata ayahnya tadi.

"Ad." Encik Hishamuddin menegur Adara yang sedang duduk di pangkin berseorangan.

Adara yang sedang duduk di pangkin sambil menggoyangkan kakinya itu menoleh ke arah ayahnya. Adara mengoyakkan senyum nipis tanda respon pada ayahnya.

Encik Hishamuddin melabuhkan duduk di sebelah Adara. Matanya melilau melihat pemandangan cantik yang terbentang di depan matanya. Sekarang waktu petang, cuaca pun agak mendung. Itu yang Adara nak duduk di pangkin petang ni. Sebab tak panas.

"Ayah nak tanya sikit, boleh?" Encik Hishamuddin mulakan perbualan.

Adara tergelak perlahan.

"Tanya jelah yah. Ayah buat macam Ad ni menakutkan je." Adara sengih.

Encik Hishamuddin hanya senyum.

"Bila Ad nak pindah tempat kerja?" Encik Hishamuddin soal.

Wajah Adara berkerut.

"Pindah? Kenapa nak kena pindah?" Adara soal semula.

"Iya lah, takkan Ad nak duduk sini terus? Zaf kan ada kerja dia juga. Tempat isteri kan disisi suaminya." Lembut suara Encik Hishamuddin membalas.

"Kenapa Ad nak kena ikut dia pula? Kan nanti dia nak lepaskan Ad. Jadi, Ad duduk jelah sini terus? Ke ayah tak selesa Ad duduk sini?" Adara menyoal lagi.

Encik Hishamuddin hela nafas.

"Astaghfirullahalazim, Ad. Apa cakap soal cerai ni? Ayah tengok Zaf tu baik je. Kenapa Ad nak cerai pula?"

"Dia yang nak, ayah. Dari dulu, dia yang beria nak ceraikan Ad. Jadi Ad cuma ikut kehendak dia je."

"Itu dulu, Ad. Zaf sendiri beritahu ayah pasal semua ini. Dia yang mengaku salah. Dia dah janji nak berubah, Ad. Dia nak bahagiakan Ad. Dia dah janji dengan ayah." Encik Hishamuddin berkata lagi.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now