Chapter 63- happy

18.2K 644 60
                                    

4 tahun kemudian....

Adara sekarang di sebuah padang sekolah. Ini kerana, Eiman ada menyertai pertandingan bola sepak yang dianjurkan di sekolahnya.

Sebagai ibu yang baik dan supportive, di sinilah Adara sambil menggendong Irfan Adhwa. Menjadi penyokong yang bersemangat buat anaknya. Ellyna yang berada di sebelahnya juga tidak lepaskan peluang untuk menjerit nama abangnya berkali-kali.

"Honey!"

"Hubby! Datang pun. Ingat tak jadi." Adara berkata sambil menepuk kerusi yang kosong disebelahnya. Nak suruh Zafran duduk disitu.

"Of course datang honey. Meeting cancel tadi." Zafran sempat mengucup tepi kepala Adara.

"Mana anak kita?" Zafran mengecilkan matanya sambil pandang ke hadapan.

"Tu! Jersey nombor 7." Adara berkata sambil jari telunjuknya dihalakan kedepan.

"Peh hebatnya anak baba!" Zafran berkata dengan penuh semangat apabila dia melihat anaknya lincah menggelecek bola dari pihak lawan.

"Weh foul!"

"Weh offside lah weh!"

"Mana kad kuning?!"

"Apa ni reff?"

"Aku rasa reff ni dibayar lah."

"Aku pun rasa benda sama."

Adara mengerutkan mukanya. Ish bising betullah.

"Hubby! Diorang ni bising betullah." Bengang betul Adara apabila Zafran seboleh-boleh suruh dia ajak Danish dan Alex untuk menemaninya.

Agaknya Zafran tu masih trauma dengan kejadian Adara pernah kena culik dahulu.

Dari tadi Danish dan Alex buat bising. Gaya macam tengok perlawanan bola yang betul-betul sengit. Padahal ni anjuran sekolah saja untuk hari sukan. Yang main pun budak-budak.

Tiba-tiba...

"SIUUUUU!!!" Bukan Danish dan Alex saja, Zafran pun sama naik. Lagi-lagi apabila Eiman baru saja menjaringkan gol.

Eiman pun kemain buat gaya celebrate Cristiano Ronaldo.

"SIUUUU!!" Adara menekup telinga Irfan Adhwa. Ya Allah! Kiri kanan menjerit.

"Anak saya tu! Anak saya! Saya baba dia!" Zafran sempat berkata pada orang sekelilingnya.

"Ni mama dia!" Zafran menunjuk Adara.

Adara menekup mukanya. Ya Allah...

"Saya papa dia!"

"Saya daddy dia!"

Adara geleng kepala. Alex dan Danish pun nak juga... Ya Allah...

********

Adara tergelak mendengar celoteh Eiman yang dari tadi tidak berhenti bercakap. Bahagia betul apabila pasukannya memenangi nombor satu. Eiman pula telah dinobatkan sebagai pemain terbaik.

Dari tadi pingat yang tergantung di lehernya tidak dilepaskan. Biarlah dia.

"Ayyad nanti kalau dah besar nak masuk team mana?" Danish tanya sambil memeluk tubuh Ellyna yang berada di atas ribanya. Ellyna memang suka dengan Uncle Danish dia.

"Ayyad nak masuk team PSG. Nak main dengan Mbappè." Dengan petah Eiman menjawab.

"Ayyad masuk team PSG, time tu Mbappe dah bersara dah." Alex berkata.

"Ish kau ni! Tak baiklah merudumkan semangat waja dia!" Danish mengetuk kepala Alex.

"Eh eh! Ketuk-ketuk kepala jangan buat depan anak-anak aku eh!" Zafran bersuara. Tangannya bergerak menghulurkan air kepada isterinya.

Pilihan Kedua | CWhere stories live. Discover now