Chapter 4

1.9K 139 131
                                    


Wargh!

"K-kau!?"

....

Boboiboy melihat seorang lelaki di depannya dengan mata yang dibalut kain hitam dan rambutnya berwarna putih.

"S-siapa kau!?"

Dia ketawa kecil melihat wajah cuak Boboiboy.

"Panggil aku Gamma."

"Gamat? Kau nak ubat gamat ke? Aku ada rasanya...nak?"

Krik...krik...krik..

💢💢💢

"Kau ingat lawak ke bangang. Jangan sampai aku humban kau keluar dari tingkap bilik nih..."

"Erk...maaf-maaf...Gamma bukan ke kuasa cahaya tahap 3?"

Anggukan diberi.

"Tapi kau sepatutnya sudah disedut keluar dari badan aku dan kembali ke Sinarbot..."

Langkah dibuka dan dia duduk bersebelahan Boboiboy.

"Seperti yang kau tahu pemilik asal elemental cahaya adalah Retakka dan dia tiada pewaris seperti pemilik elemental yang lain..dia juga telah mati...jadi aku sudah terima kau sebagai tuan kepada kuasa cahaya sejak pertama kali aku wujud di dalam diri kau...teras kuasa aku kekal di dalam badan kau sebab tuh Ochobot hanya dapat serap 80% kuasa aku dari badan kau...lagi 20% kekal menjadi teras kuasa.",jelas Gamma.

"Jadi aku masih ada kuasa cahaya?"

Anggukan diberi dengan senyuman.

"K-kau akan bersama aku selamanya?"

Lagi sekali Gamma mengangguk.

"K-kau takkan tinggalkan aku kan? Kau janji akan bersama aku kan? Betul kan? Ini bukan mimpi kan?",soal Boboiboy bertubi-tubi.

Hampir terkesima Gamma dibuatnya.

"Iya...kau adalah tuan aku...tiada siapa dapat pisahkan kita berdua...tapi kuasa aku masih lemah...aku muncul sekarang nih pun hanya sementara.."

"Ada cara ke untuk tingkatkan kuasa kau?"

Sebelum sempat Gamma membuka mulut kelibatnya terus hilang.

"G-gamma?"

Boboiboy melihat sekeliling tetapi kehadiran Gamma tidak kelihatan.

"Aku akan tunggu kau."

....

Di stesen Tapops....

Suasana agak huru hara di dalam stesen Tapops sekarang.

"Macam mana dengan situasi sekarang?"

"Tidak baik...Kirana telah membuat keputusan untuk lupuskan Tapops dan dia mahu teruskan legasi moyangnya."

"Maksudnya semua penguasa elemental sekarang mahu berkerja tanpa bantuan kita....hmm mereka terlampau yakin selepas mendapat semula kuasa elemental."

Kokoci dan Laksamana memandang hologram yang menunjukkan wajah Amato.

Keadaan menjadi huru hara selepas Kirana ingin menghentikan Tapops dari terus beroperasi.

"Ini dah jadi lain dari yang kita bayangkan.",kata Amato.

"Mengikut maklumat Hang Kasa...penguasa elemental sekarang ingin bertindak dengan cara mereka sendiri atau lebih tepat diorang semua mementingkan keselamatan planet masing-masing tanpa menghiraukan planet lain yang meminta bantuan perlindungan.",terang Kokoci panjang lebar.

Hmm...

Ini bukan apa yang mereka bayangkan.

Adakah tindakan mereka salah?

"Susah untuk tentang mereka."

Mereka sudah buntu untuk mencari cara lain.

"Kamu rasa Boboiboy boleh bantu?",tanya Laksamana.

"Dia sudah jadi manusia biasa..."

"Tapi kita ada Sinarbot...kita boleh bagi kuasa cahaya kepada Boboiboy...",cadang Kokoci.

"Idea yang bernas tapi kuasa cahaya terlampau berbahaya...apa akan jadi kalau dia berubah kearah sikap Retakka...itu akan jadi malam pertaka yang lebih besar dari yang sekarang.",jelas Amato.

Erm...

"Aku kena pergi...nanti uruskan selebihnya."

"Baik!"

Panggilan dimatikan. Kokoci memandang kearah gambar yang digantung kemas di dinding.

Gambar semua pekerja Tapops termasuk Boboiboy.

"Ini bukan apa yang kami sangkakan."

.

.

.

.

Di pantai...

Boboiboy memandang kearah Gamma yang sedang baring di atas tanah sambil memandang kearah matahari.

"Jadi apa kita buat disini?"

"Erm...kumpul tenaga cahaya.."

Kumpul?

Gamma terus bangun dari baringnya dan dia mencapai beg plastik yang dibeli oleh Boboiboy tadi.

"First kau kena buka baju dulu untuk aku sapu sunscreen nih.."

Baju dibuka selepas menerima arahan dan Boboiboy duduk di depan Gamma.

"Apa sunscreen? Nak buat apa?"

"Sunscreen untuk lindungi kulit kau dari terbakar dengan sinar uv..."

"Sinar uv? Apa benda pulak tuh?",soal Boboiboy sambil menyegetkan kepalanya.

Haih...

"Kau tak belajar ke? Biar aku te-...

Kata-kata Gamma terus dipotong laju oleh Boboiboy.

"Op! Tak perlu...aku lebih rela kena denda daripada dengar kau membebel pasal sains atau kimia...",sampuk Boboiboy.

Ceh.

Badan dan muka Boboiboy terus disapukan dengan sunscreen.

"Aku panggil kau Solar boleh? Aku tak biasa lah panggil Gamma nih.."

"Ikut kau lah labu..."

Boboiboy terus baring di atas tikar.

"Cara kumpul kuasa adalah kau kena jemur diri di bawah cahaya matahari...secara automatik badan kau serap tenaga dari matahari.."

"Siot panas kot...tapi demi kau...Aku sanggup lakukannya!",dengan bersemangat Boboiboy berkata.

Gamma menunjukkan 👍 lalu kelibatnya hilang.

Bersambung...
Vote dan comment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now