Chapter 5

1.8K 139 139
                                    


Selepas berjemur di bawah matahari seharian akhirnya Boboiboy pulang semula ke rumahnya.

Atas jasa Gamma yang sapu sunscreen pada seluruh tubuhnya,kulit badannya tidak terbakar dengan sinar uv.

Tok Aba yang sedang duduk di sofa terus memandang kearah pintu.

"Assalamualaikum!"

Pintu dibuka dan Boboiboy masuk ke dalam rumah. Benda pertama dia cari adalah sofa.

Boboiboy terus baring diatas sofa menghela nafas berat.

Badannya berasa lenguh kena baring di atas tanah dari pagi sampai petang.

"Kau dari mana Boboiboy? Dari pagi lagi menghilang.."

"Dari pantai...ambik udara segar..."

Sengihan diberi.

Tiba-tiba satu kelibat muncul di depan Boboiboy.

"Ikut aku...kita perlu tengok teras kuasa."

"Erk..atok.. Boboiboy masuk bilik dulu yer nak mandi..."

"Ha nanti turun makan malam."

"Ok!"

Langkah laju dibuka ke tingkat atas. Untuk pengetahuan semua hanya Boboiboy sahaja boleh melihat Gamma.

Di bilik...

Gamma melihat badan Boboiboy selepas bajunya dibuka.

"Kau nampak ke dengan mata dibalut camtu?",soal Boboiboy pelik.

"Nampak..."

Anggukan diberi.

Hmm..

Dada Boboiboy disentuh dengan tangan sejuk seperti ais milik Gamma.

"S-sejuk betul tangan kau.."

Tangan ditarik semula.

"Masih tak cukup."

"Berapa peratus je dapat dari serap cahaya matahari?"

Kain tuala yang digantung diambil dan terus dicampak kearah Boboiboy.

"Hmm...000.5% dari 100%.."

Apa!?

Terbeliak mata Boboiboy mendengar jawapan Gamma.

"Aku berjemur dari pagi sampai petang! 000.5% je! Unbelievable!!",dengan terkejut Boboiboy berkata. Adakah ini satu penipuan!?

"Mungkin jarak kau jauh dari matahari....nak lebih cepat kita pergi berdiri depan matahari atau ambil kembali kuasa dari Sinarbot."

"Kau gila ke!? Nak aku berdiri depan matahari tak pasal-pasal aku jadi abu!"

Boboiboy terus terbaring di atas lantai. Badannya sudah penat seharian terdampar dekat pantai.

"Berapa kali aku kena berjemur untuk dapatkan separuh peratus?",tanya Boboiboy dengan wajah serius.

"Aku rasa mengikut kiraan...maybe 2 tahun.."

Suasana menjadi sunyi sepi seketika.

"Ok jom pergi ke matahari.",tekad Boboiboy.

"Nak mati awal nampak.."

Erk..

"Takpelah...sudahlah...ini semua dusta sahaja...aku nak mandi...kau fikirkan lah cara yang lain lebih mudah dan cepat.",kata Boboiboy sebelum dia masuk ke dalam bilik air.

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now