Chapter 12

1.5K 122 245
                                    


Boboiboy memandang kearah cermin sambil memegang rantai yang diberi oleh Solar.

"Warna dia cantik...macam suasana galaksi..."

Rantai tersebut menyala setiap beberapa jam menunjukkan yang ada kuasa di dalamnya iaitu kuasa cahaya.

Solar boleh keluar bila masa dia nak tapi dia memilih untuk duduk diam di dalam rantai tersebut.

"Jangan risau...semuanya akan baik sahaja..."

Topi yang berada di atas meja diambil dan terus dipakai. Langkah dibuka keluar dari bilik.

Sinarbot sedang dicas dan Tok Aba pula dekat kedai.

Di dapur...

Almari dapur dibuka perlahan lalu tin susu diambil.

Tapi Boboiboy terlupa untuk tutup semula pintu almari tersebut jadi dia terhantuk sewaktu berpaling kearah lain.

Pak!
Adeh!
Argh.

Matanya beralih kearah Solar yang sudah terduduk di atas lantai.

Mereka berdua memegang dahi masing-masing yang terhantuk tadi.

"Ahh maaf aku terlupa tutup.."

"Takpe..."

Boboiboy menolong Solar bangun dari duduknya dan dia terus mengusap dahi Solar lembut.

"Sakit? Aku rasa kuat juga terhantuk tadi...jadi inilah yang dimaksudkan kau...kalau aku luka kau pun terluka juga..",kata Boboiboy risau.

Anggukan diberi.

"Baguslah kau dah faham...jadi jaga diri elok-elok jangan cuai sangat...",pesan Solar sebelum hilang semula.

Tok..Tok..Tok..

Pintu rumah diketok dari luar dengan langkah pantas Boboiboy terus berlari ke pintu.

Krek..

Pintu dibuka dari dalam dan Boboiboy terkesima melihat ayahnya dan ahli Tapops yang lain.

"A-apa korang buat dekat sini?",soal Boboiboy ketakutan.

Pak!
Adeh!

Boboiboy mengusap kepalanya yang beralas topi selepas diketuk oleh Amato.

"Sakitlah.. berhati-hati lah sikit dengan kepala kau..."

Semua memandang kearah Solar yang bersandar di dinding sambil mengusap kepalanya yang tidak bertopi.

"E-elemental cahaya!?"

Dengan kasar pintu ditutup kuat oleh Boboiboy dan dikunci dari dalam.

Solar memandang Boboiboy pelik.

"Kenapa?"

"D-diorang mesti nak ambik kau dari aku...a-aku takkan benarkan!"

Tangan Boboiboy mula menggigil ketakutan.

Hmm...

Pintu dibuka oleh Solar membuatkan Boboiboy terkejut dengan tindakannya.

"Apa yang korang nak?",soal Solar datar.

"Kami nak ambil Sinarbot tapi macam tak perlu je...",jawab Kokoci.

Haih..

"Wah aku lapar lahhh kau mesti ada makanan kan? Lapar nihh",dengan selamba Gopal membuka langkah ingin masuk ke dalam rumah.

"Siapa benarkan kau masuk?"

Kening diangkat dan Solar memandang tajam kearah Gopal.

"Biarlah Gopal masuk ma...dia lapar lah tuh..",kata Ying.

"Betul tuh Solar...lagipun ini rumah Boboiboy...",kata Yaya pula.

Hmm..

Boboiboy mendekati Solar dengan wajah dingin.

"Ini rumah Solar juga...lagipun buat apa aku nak benarkan korang bertiga masuk? Mana korang waktu aku dibuang dulu? Mesej tak call pun tak pernah walaupun sekali...tanya khabar memang taklah tunggu aku mati baru nak ingat ke?", bertubi-tubi soalan diberi.

Tergamam mereka bertiga dibuatnya.

Fang dan Kaizo sudah berada di ruang tamu entah bila masa diorang masuk siap minum air kopi lagi.

"Ayah nak berbincang dengan kamu."

Amato dan Kokoci masuk ke dalam rumah yang lain tunggu diluar.

Di ruang tamu....

Sinarbot dibawa turun oleh Ochobot.

Amato dan Kokoci sudah ceritakan apa yang berlaku.

"Jadi korang nak aku buat apa?",tanya Boboiboy.

Solar dekat dapur minum kopi buatannya.

(Resepi air kopi oleh Solar: guna cawan...5 sudu serbuk kopi hitam dan satu sudu kecil gula..anda boleh bayangkan kepahitan dia...)

"Kami cadang nak ambik kuasa cahaya dari Sinarbot tetapi nampaknya kamu adalah pemilik kekal elemental cahaya...jadi boleh ke kamu tolong kami?"

Suasana menjadi sunyi seketika.

Yang lain menanti jawapan Boboiboy dengan sabar.

"Misi aku memang untuk rampas kuasa elemental...tetapi semua tuh takde kaitan dengan Tapops...dan aku tak berniat nak tolong mana-mana pihak yang telah buang aku.",dengan tegas Boboiboy berkata.

Amato memegang tangan anaknya erat.

"Tolong Boboiboy...ayah tahu kamu seorang superhero yang berhati mulia..",rayu Amato.

"Ye memang tapi itu dulu sekarang superhero yang korang kenal sudah tiada.",kata Boboiboy.

Dia bangun dari duduknya.

"Aku tak kesah apa terjadi pada Tapops...tapi korang kena ingat jangan sesekali halang laluan aku untuk rampas kuasa elemental."

Terkedu yang lain mendengar kata-kata Boboiboy.

"Merayulah kalau korang terdesak perlukan bantuan aku.",desis Boboiboy dan dia terus naik ke tingkat atas.

Solar membuka langkah ke ruang tamu dengan cawan di tangannya.

"Korang boleh cuba lain hari..."

Mereka hanya melihat Solar pergi dari situ.

"Kita perlu kembali semula kesini."

Bersambung..
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now