Chapter 38

900 89 51
                                    


Akhirnya Boboiboy dapat melihat stesen Tapops yang diceritakan oleh Gempa.

"Jadi...stesen nih hampir musnah sepenuhnya..."

Gempa berdiri bersebelahan Boboiboy lalu jari ditunjuk kearah sesuatu.

"Itu pun mereka..."

"Fang. Mendarat segera.",arah Amato.

Kapal angkasa mendarat dengan selamat di stesen Tapops.

Oksigen di kawasan situ masih berfungsi dengan baik.

Sorang demi sorang turun dari kapal angkasa. Hali menolak perlahan kerusi roda yang diduduki oleh Solar.

Korang!!

TTM terus menoleh memandang empunya suara. Punyalah terkejut diorang bila nampak Boboiboy dan Solar.

Eh!?

"Korang dua masih hidup!!!?"

Wajah Thorn kelihatan pucat dan badannya sudah lemah.

Buku dikeluarkan dan Solar menulis sesuatu sebelum ditunjukkan kepada yang lain.

"Aku ambik alih dari sini.."

Boboiboy mengangguk faham.

Solar yang baru sahaja ingin gerakkan kerusi rodanya sendiri terus dihalang oleh Hali.

"Eh tapi... bahaya...aku taknak apa-apa jadi dekat kau..."

Gempa mendekati mereka berdua lalu memegang lembut bahu kanan Hali.

"Kata jelah kau taknak kehilangan Solar...katakannya Hali~",usik Gempa dengan senyuman.

Bahu Kiri Hali turut ditepuk oleh Fang.

"Katakan Hali~ alolololo ingatkan Solar tuh musuh ketat kau selalunya gaduh je...cakap jelah kau sayang dia Hali...",perli Fang dengan sengihan nakal.

Hali memandang kearah lain sambil menggeleng kepala tidak setuju dengan kata-kata mereka berdua.

"Eleh...sayang tapi ego tinggi....ucapkan Hali...Solar mesti nak dengar juga..kan Solar kan?",Ice mengangkat kening sebelah sambil melihat kearah Solar.

Solar mengangguk laju dengan kata-kata Ice.

Erk..

"Yelah! Mestilah sayang...dia dah macam adik aku...sapa tak sayang adik...",dengan wajah yang memerah Hali berkata sebelum dia dengan tidak rela melepaskan Solar pergi seorang diri.

Senyuman terukir di wajah Solar sebelum dia pergi mendekati TTM.

...

TTM memandang kearah Solar.

"Solar...kami rindu kau...",dengan suara sayu mereka bertiga berkata.

Solar mula menulis sesuatu dalam bukunya lalu ditunjukkan kearah mereka bertiga.

"Aku pun rindu korang....jom bergabung semula..."

Dengan senyuman Solar memegang erat buku tersebut.

Mereka bertiga terus mengangguk setuju dengan cadangan Solar.

Pisau lipat dikeluarkan dari dalam poket seluar lalu lengan Solar dikelar sedikit.

Darah mula menitik tanpa henti.

TTM mendekati Solar dan terus menadah tangan untuk menapung darah yang menitik dari luka di lengan Solar.

Tik..tik...tik....

Beberapa titik jatuh keatas tangan mereka bertiga.

Darah milik Solar yang berada di tapak tangan dijilat.

Dengan perlahan tompok hitam di tubuh badan mereka kian menghilang.

Tanpa berkata apa-apa badan Solar terus dipeluk erat oleh TTM.

"Terima kasih Solar!!!"

"Aku rindu kau..."

"Kau memang terbaik!"

Pelukan dibalas dan mereka pun kembali ke kapal angkasa.

Boboiboy masih di luar kapal angkasa matanya melihat sekeliling yang dipenuhi mayat.

Pandangannya tertumpu kearah tubuh badan dua orang gadis.

Wajah mereka masih dapat dilihat dengan jelas lain pula mayat yang lain. Wajah diorang sudah kecut dan dipenuhi lendir.

"Jadi...diorang bekas kawan aku...kematian yang tragik."

Bunga Ros berwarna hitam dikeluarkan dari poket bajunya lalu diletakkan di depan mayat tersebut.

"Semoga tenang disana.."

Dengan senyuman Boboiboy berkata sebelum dia kembali ke kapal angkasa semula.

Berlepas sahaja kapal angkasa serta merta stesen Tapops hancur berkecai.

Dalam kapal angkasa...

Mereka semua memandang kearah Boboiboy dan Solar.

"Kita perlu bergabung untuk seimbangkan Kristal elemental....tapi kita kena cari Kristal milik Solar sebelum bergabung semula...",jelas Boboiboy.

Solar terus meletak koordinat ke dalam gps kapal angkasa.

"Misi pertama cari kristal di planet Quabaq.....",kata Ice.

"Baik!"

Gempa mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu diletakkan di atas meja di depan mereka semua.

"Sebelum buat misi kita kenalah isi perut dulu kan...aku ada masak nasi tomato dengan ayam masak merah...jom makan korang...",pelawa Gempa lalu membuka penutup bekal makanan tersebut.

"Tidak lupa juga sup lobak merah dan donut lobak merah untuk Fang..."

Bekal lain dikeluarkan dan dibuka di depan Fang yang sudah menelan air liur.

"Kau memang terbaik Gempa! Jadi mak angkat aku jelah weh!",dengan teruja Fang berkata sebelum dia pelahap semua makanan tuh.

"Aku nih laki bukan perempuan alien..."

Jelingan maut diberi.

Ehee...

Boboiboy duduk di sebelah Amato.

"Meh ayah ambikkan nasi..."

Amato terus menyediakan nasi dan ayam di dalam pinggan untuk anaknya.

"Terima kasih..."

Situasi Solar...

Solar hanya melihat Hali merawat luka di lengannya.

"Kenapa kau kelar banyak sangat? Boleh je cucuk sikit guna jarum...nih kalau teruk tadi mahu aku bawa kau pergi hospital...lepastu kau pergi lap guna tisu camtu je...kau belajar sains takkan tak tahu apa itu virus...Luka kena cuci dengan baik faham tak? Jangan buat benda camni boleh tak? Aku risau ok...ye aku risau gila sekarang...lepasni aku suap kau makan tak kiralah kau boleh makan sendiri ke apa ke...aku tetap akan suap kau makan faham tak faham nih?",bebel Hali lalu memandang kearah Solar.

Anggukan laju diberi.

Yang lain terkesima mendengar Hali membebel untuk pertama kalinya. Selalunya Gempa je bebel ini Hali sangat mengejutkan.

Selesai merawat luka,Hali terus menyuap Solar makan.

"Makan elok-elok...",pesan Hali.

Dia suap Solar lepastu suap diri dia sendiri dan perbuatan tersebut berulang sampailah nasi di dalam pinggan habis.

Bersambung...
Vote dan coment 😘

(Oho Hali jadi overprotective lah....habislah Solar semua benda dia takleh nak buat🤭🤣)

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now