Chapter 45

763 63 39
                                    


Pandangan tajam diberi oleh mereka berdua.

Gempa berdiri di depan Dark dengan keluhan berat.

Haih..

"Aku tahu semua nih hanya disebabkan dendam...tapi tolonglah sedar yang kami cuba tolong kau Dark...",wajah Gempa terlihat risau.

"Jangan tipu aku! Korang semua sama je!!! Pandang rendah terhadap aku!!",tengking Dark dan dia terus munculkan sebilah pedang di tangan kanannya.

"Baiklah kalau itu pilihan kau."

"Gempa!!!!!"

Nama Gempa dijerit kuat dan Dark terus menyerangnya.

Tangan tanah!

Dengan pantas pedang tersebut ditahan dengan tangan Gempa.

Kakinya mula melangkah ke depan menolak tubuh Dark ke belakang.

"Aku mungkin tak hebat dalam kepantasan tapi aku hebat dalam pertahanan.",bisik Gempa.

Dush!

Satu penumbuk diberikan tepat pada perut Dark sehingga dia terdorong ke belakang.

Tch.

....

Situasi Ice dan Hali...

"Kaburkan penglihatan dia. Aku akan serang hendap.",arah Hali tegas.

Ribut salji!

Ribut yang kuat tiba-tiba sahaja muncul.

Shadow menghalang matanya dengan tangan kanannya sebelum dia terkejut melihat Hali yang muncul di depannya.

"Kau tak patut ada dekat sini."

Libasan halilintar!

Argh!!!!!!

Jeritan kesakitan kuat kedengaran sehingga Dark tergangggu dan dia terus melihat kearah Shadow yang sudah terbaring di atas tanah.

"Tch. Bangun semula!"

Dengar sahaja arahan tersebut Shadow terus bangun semula.

Panah pembeku.

Muncul satu pemanah di tangan Ice dan dia terus melepaskan anak panah tepat pada dada Shadow sebanyak 5 kali.

Badan Shadow mula membeku dari dalam sehingga luar tubuhnya.

"Hali hancurkan tubuh dia!"

"Dengan senang hati."

Pedang halilintar diangkat dan terus dilibas kearah Shadow sehingga badannya hancur berkecai.

Dark yang melihat terus memandang bayangan tubuhnya di tanah yang sudah kembali.

"Korang memang cari nahas!"

Pedang yang dipegang Gempa ditarik sehingga tangan tanah hancur.

Argh!

"Biar aku tunjukkan kuasa yang sebenar!!!"

Gempa mengundur kebelakang apabila aura kegelapan mula mengelilingi Dark.

Matanya berubah menjadi hitam legam dan darah berwarna hitam mengalir dari matanya.

Kedua-dua belah tangannya dihalakan ke langit.

"Aku seru bala tentera dan pemusnah segala kehidupan untuk sujud kepada ku!!!!! Into Darkness."

Muncul satu persatu Shadow di belakang Dark dan hujan serta anak panah hitam mula turun dari langit.

"Ice lindungi orang ramai!",arah Gempa.

"Baik!"

Ice terus berlari kearah penduduk disitu.

Kiub ais!

Satu kiub ais muncul dan melindungi semua penduduk disitu.

Tanah perlindung!

Muncul tanah yang mengelilingi Gempa dan Hali.

Air hujan hitam tersebut terpercik sedikit pada lengan Gempa dan serta merta kulitnya melecur seperti terkena asid.

Ergh...

"Nampaknya hujan tuh seperti asid dan anak panah tuh menyebarkan wabak yang merebak lebih cepat."

Hali melihat kearah langit yang mendung dan pandangannya beralih kearah Dark.

"Saksikan kemusnahan bumi!!!"

Bala tentera Shadow mula berlari kearah Gempa dan Hali.

"Aku akan uruskan! Gempa pastikan aku terlindung dari hujan dan anak panah!"

Anggukan diberi.

Gerakan halilintar!

Dengan sekelip mata beberapa Shadow telah dimusnahkan. Nampaknya lebih banyak Shadow lebih lemah fizikal diorang dan lagi senang nak kalahkan.

Beberapa Shadow menyerang dari belakang Hali tanpa dia sedar.

Tanah pencengkam!

Tetakan halilintar!

Hali tersenyum sinis dan Gempa hanya tersenyum.

Kolem tanah!

Muncul beberapa kolem dan mereka terus menyerang Shadow.

Dark memandang kearah kolem tersebut dan dia terus memegang salah satu kolem tuh.

Dark perish.

Wabak hitam mula menyebar dengan cepat dan kolem tersebut mencair.

Hali yang perasan akan perkara tersebut terus menjerit kearah Gempa.

"Gempa! Hilangkan k-.."

Kata-kata Hali terhenti apabila melihat Gempa sudah terduduk dengan mukanya yang sudah muncul tompok hitam.

Ergh...

"T-tak mungkin..."

Ice berlari kearah Gempa selepas selesai melindungi semua penduduk.

"Gempa! Kau ok tak? Kita perlu bergabung kalau macam nih!",dengan cemas Ice berkata.

"B-baik...b-bergabung."

Dark membuka langkah kearah Boboiboy yang sudah bergabung semula.

"Kenapa cepat sangat bergabung? Aku belum habis bermain lagi.",dengan sinis Dark berkata.

Dush!

Satu tendangan diberikan tepat pada pipi Boboiboy sehingga dia tercampak ketepi.

Nasib baik kiub ais dan tanah perlindung masih kekal disitu tanpa hancur.

Satu demi satu tumbukan dan tendangan diberikan kepada Boboiboy sehingga dia terbaring lemah.

Darah sudah mengalir dari lukanya.

Darah sudah mengalir dari lukanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bangun. Bangun!!! Kau takkan dapat bertahan!"

Anak panah dan hujan turun dengan banyak dan seluruh badan Boboiboy terimanya tetapi tidak terjadi apa-apa pada tubuhnya.

"Tch. Kau memang tak guna Solar.",desis Dark sambil mengengam tangannya erat.

Bersambung..
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now