Chapter 44

739 64 44
                                    


"Finally.."

....

Boboiboy melihat kearah Dark dengan pandangan tajam.

"Bergabung."

Keluar sahaja perkataan tersebut dari mulut Boboiboy sekelip mata semua Elemental hilang.

Dark menoleh kearah Boboiboy yang berdiri memandangnya.

"Heh...kau nak lawan aku? Cubalah!"

Hiyargh!!

Serangan diberikan dan Boboiboy terus buat back flip tiga kali dan mengelak serangan Dark.

Badannya ditundukkan 90 darjah dan dia terus memegang erat lengan Dark dari bawah daripada cuba menumbuknya.

Lengan Dark dipegang erat lalu ditarik mendekati Boboiboy.

Dengan pantas satu tendangan diberikan sehingga Dark tercampak ketepi.

Argh!

"Aku takkan terkena wabak kau...sebab Solar ada bersama aku. Elemental yang lain juga takkan terkena wabak kau.", dengan dingin Boboiboy berkata.

Langkah dibuka kearah Dark tetapi langkahnya terhenti apabila kakinya dipegang dengan seseorang.

Dia...Shadow.

"Jangan pandang rendah terhadap aku!"

Shadow terus mencampak Boboiboy keatas.

Pedang dikeluarkan dan Dark terus menyerang Boboiboy sebelum dia jatuh ke tanah.

Dengan cara tuh Boboiboy takkan sempat mengelak.

Kuasa elemental Boboiboy Taufan!

Tetapi Boboiboy lebih cepat bertukar dan dia terus terbang ke langit dengan hoverboard.

"HAHAHAHAH kau boleh terbang tak?"

Senyuman sinis sudah terukir di bibirnya.

Riak wajah Taufan terus berubah dan dia memandang ke langit yang sudah berubah menjadi mendung.

"Haa....ini tak baik.",bisik Taufan lalu dia mendarat jauh dari Dark.

Taufan berubah menjadi Boboiboy semula.

Matanya melihat kearah Dark yang sudah tersenyum setan dengan pedang ditangannya.

"Kenapa!? Takut!?"

Tch.

Baju Boboiboy terus berubah menjadi Blaze.

Cakera berapi mula muncul di kedua-dua belah tangannya.

"Kalau aku tak berjaya...aku akan panggil korang."

Hiyargh!!!

Blaze dan Dark menyerang dengan serentak sehingga memberi impak yang kuat.

Pedang Dark dihalang dengan cakera berapi milik Blaze.

"Kau bukan tandingan aku!"

"Heh. Jangan cakap besar!"

Satu tendangan diberikan tepat pada perut Dark sehingga dia terundur kebelakang.

Baru sahaja Blaze ingin menyerang lagi,satu anak panah berwarna hitam mula jatuh dari langit dengan kuantiti yang banyak seperti hujan anak panah.

Sap!

Argh!

Darah mula mengalir dari lengannya dan Blaze terus berpecah tiga.

"Taufan halang semua anak panah nih!",arah Blaze.

Perisai angin!

Satu perisai angin mengelilingi mereka bertiga.

"Kenapa kau tak panggil Gempa je?",soal Thorn yang sudah bersedia untuk lawan.

"Kalau Gempa guna tanah perlindung kita takkan nampak apa yang Dark lakukan dekat luar sana...kalau perisau angin kita boleh nampak keadaan di luar dengan lebih jelas.",jawab Blaze. Matanya tajam melihat Dark yang hanya berdiri di luar perisai angin tersebut.

Mereka bertiga bersedia dengan serangan Dark.

"Taufan! Lindungi aku dari anak panah tuh kalau aku cedera lagi Boboiboy akan cedera!"

"Baik! Jangan risau!"

Perisai angin dibuka sedikit supaya Blaze dapat keluar.

"Sekarang Thorn!"

Tusukan akar berduri!!

Berpuluh akar berduri menghala laju kearah Dark dengan pantas.

Tetapi Dark langsung tidak bergerak dari tempatnya.

"Shadow."

Sekelip mata semua akar berduri Thorn dipegang oleh Shadow sehingga akar tersebut layu dan mati.

"T-tak mungkin!"

Dengan pantas Blaze mengelak dengan serangan mengejut Shadow.

Shadow memegang cakera berapi milik Blaze dengan kuat.

Langkah dibuka menghadap mereka bertiga.

"Kalau aku tak boleh sebarkan dengan sentuhan jadi aku akan sebarkan melalui kuasa korang.",kata Dark dingin.

Ergh..

Mereka berdua terus menoleh memandang Thorn yang sudah terduduk di tanah.

Tompok hitam sudah muncul di badannya dan warna bajunya menjadi kelam.

"A-apa dah jadi!?"

Cakera berapi yang dipegang Shadow terus menjadi hitam dan mencair.

Terbeliak mata Blaze melihat perkara tersebut.

Tompok hitam mula tersebar pada badannya dan warna bajunya juga menjadi kelam.

"Blaze lepaskan cakera kau!!!!",jerit Taufan.

Belum sempat Blaze melepaskan cakeranya,Shadow lebih pantas memegang tangan Blaze dan satu aura hitam mula merebak ke tangannya.

"L-lepaskan aku!!!!"

Zap!

Darah mengalir laju dan tangan Blaze dilepaskan.

"Tindakan reflek yang bagus."

Dark memandang kearah Taufan yang sempat menahan pedang tersebut tetapi pedang tuh tertikam pada lengannya.

Ergh..

T-tolakan Taufan!!

Dark dan Shadow tercampak jauh dari mereka bertiga.

Taufan terduduk ke tanah.

"Kita perlu bergabung...ini arahan Boboiboy dan Solar.."

"B-baik.."

Bergabung.

Boboiboy melihat luka di lengannya dan badannya juga dilihat tetapi tompok hitam sudah tiada.

"Bagus Solar."

Baju t-shirt putih yang dipakai terus dikoyakkan sedikit dan terus dibalutkan pada lengannya yang sudah cedera.

"Aku tak sangka susah betul nak sedarkan kau..",dengan senyuman Boboiboy berkata.

"Sedarkan aku? Apa kau maksudkan huh!?"

Supp!

Ha!?

Shadow terus melindungi Dark dari terkena anak panah milik Ice.

Sambaran halilintar!!

Semua anak panah hitam yang turun dari langit terus hancur menjadi abu dan langit berubah cerah semula.

Kelihatan Boboiboy sudah berpecah tiga lagi sekali. Dia tidak boleh gunakan Elemental TTM lepas apa yang terjadi mereka bertiga perlukan rehat.

"Motif pertama kita adalah musnahkan Shadow dan aku akan alihkan perhatian Dark.",arah Gempa dan menerima anggukan dari Hali dan Ice.

"Baik."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now