Chapter 28

976 85 88
                                    


Di rumah Tok Aba....

Tepat pukul 10 malam Hali sudah tiba di rumah.

Pintu rumah dibuka dari luar.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam!"

Hali memandang ruang tamu apabila mendengar suara yang tidak dikenalinya.

Terus terbeliak mata dia melihat Mechabot yang sedang tengok tv dengan Amato.

"Eh!? Mechabot macam mana kau ada dekat sini!?",soal Hali terkejut.

"Eheee ex best friend kau hantar aku kesini...",jawab Mechabot.

Ouhh...

Mechabot juga tahu apa yang terjadi pada elemental selepas diberitahu oleh Amato.

Dia memandang sayu kearah Hali. Walaupun Hali terlihat ok tapi dalamnya hanya tuhan yang tahu.

"Oklah...aku masuk bilik dulu.."

"Kamu taknak makan?"

"Takpe Hali masih kenyang.."

Mereka berdua hanya melihat Hali naik ke tingkat atas menuju ke biliknya.

Atau lebih tepat bilik Boboiboy dahulu.

"Dia memang macam tuh ke?",tanya Mechabot sambil makan keropok.

"Haah...sejak kejadian haritu",jawab Amato.

Dia juga risau akan Hali tapi elemental lain kata biarkan dia ambik masa sendirian.

Haih...

.


.


.


.

Di bilik Hali...

Kelihatan Hali baru sahaja selesai mandi.

Dia memakai baju dan terus duduk di atas katil.

Matanya memandang kearah meja belajar.

Bayangan Solar mula kelihatan.

"Hmmm susah betul soalan nih...Hali tolong aku jap!"

"Apa kau nih otak udang lahhh"

"Wehh Hali!!!"

"Hali!!!!"

"Hali jawab lah!!!"

"Hali!!!"

Hali!!!

Terus tersentak Hali dengan jeritan dari Mechabot yang berada di depan pintu biliknya.

Dia terus tersedar dari lamunan dan matanya beralih kearah Mechabot.

"Ah..maaf...ada apa kau panggil aku?"

Hali menggusap lehernya kekok.

"Betul ke kau ok nih?",dengan risau Mechabot bertanya.

Dia dapat melihat wajah serabut Hali.

"Aku ok je...jangan risau.."

Mechabot mula mendekati Hali dan dia memegang bahu Hali.

"Kau ingat dia kan? Kau tahukan bukan salah kau semua tuh terjadi..",dengan nada perlahan Mechabot berkata.

"T-tapi...susah untuk aku lupakan...tangan nih..."

Kedua-dua belah tangan ditatap lama.

"Tangan nih pegang pedang halilintar yang tertusuk di dada Solar...a-aku tak boleh nak lupakan semua tuh...aku penyebabnya..",sambung Hali.

Suaranya kedengaran sedikit serak. Seperti mahu menangis.

"Solar dan Boboiboy mesti taknak kau jadi macam nih...diorang tahu ini bukan salah kau...jadi kau kena lupakan perkara lepas...kejadian tuh hanya jadi penghalang untuk kau teruskan hidup seperti elemental yang lain...kau seksa diri sendiri dan sekat kuasa kau sendiri...",jelas Mechabot.

"Ye...aku tahu...t-tapi..."

"Takde tapi-tapi jangan salahkan diri kau..."

Hmm...

Hali menunduk memandang lantai.

"Baiklah aku akan cuba..."

"Bagus! Oklah aku pergi dulu selamat malam.."

"Selamat malam..."

Mechabot menutup pintu bilik dari luar.

Hali melihat kearah meja belajar dan dia dapat melihat bayangan Solar sedang tersenyum kearahnya.

"Tunaikan janji kau...kejadian tuh bukan salah kau..."

"M-maafkan aku...Solar.."

Bayangannya semakin hilang dan Hali terus baring di atas katil.

Akhirnya dia terlelap.

....

Di planet Daken...

Matanya melihat langit hitam yang terbentang luas.

"Aku bebas? Akhirnya...."

Tangannya memegang tangan seseorang atau lebih tepat tangan alien yang sudah putus.

"Jadi cahaya sudah hilang.... HAHAHAHAHA akan aku binasakan seluruh alam semester dalam kegelapan!!",tawanya dengan senyuman sinis terukir di wajahnya.

Seluruh kehidupan hidup dalam planet tersebut sudah mati dengan kejamnya.

Wabak yang tersebar akhirnya mengorbankan seluruh penduduk.

"Hmm...aku perlu cari tempat tinggal yang baru...sebelum tuh aku patut jumpa adik beradik aku dulu...elemental."

Senyuman manis terukir di wajahnya.

Ergh..

"Ada yang masih hidup rupanya.."

Seorang gadis yang sudah berlumuran darah terbaring di atas tanah. Dia memandang jejaka di depannya.

"T-tolong..."

"Heh...biar aku tolong lagipun kau nampak cantik...",katanya lalu muncul sebilah pedang berwarna hitam di tangan kanannya.

Rambut gadis itu ditarik kasar dan pedang tersebut dihala tepat dari belakang.

Zap!

Argh!!!

Argh!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bodoh."

Tubuh gadis itu dicampak ke tepi dan dia meneruskan perjalanannya kearah sebuah kapal angkasa.

"Jom bermain korang~"

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now