Chapter 9

1.6K 118 98
                                    


Kipas yang berpusing ditenung lama. Boboiboy hanya baring di atas katilnya.

"Jadi...aku hanya ada satu peluang sahaja.",bisik Boboiboy perlahan.

Fikirannya buntu selepas mendengar kata-kata Sinarbot.

Sekarang Sinarbot sedang di cas di dalam biliknya.

"Mungkin tak...tapi ada satu cara terakhir iaitu aku boleh bawa kau ke dunia Gamma...kau boleh pujuk dia dan peluang kau hanya satu sahaja...jikalau kau gagal dia akan hilang dalam kegelapan buat selamanya. Tiada second chance."

Kata-kata Sinarbot bermain di dalam fikirannya.

Jika tersalah langkah semuanya akan berakhir. Dia tidak akan mendapat kuasa cahaya dan gagal selamatkan elemental lain.

"Apa patut aku lakukan?"

Hmm...

.

.

.

.

Tempat elemental Voltra...

Kelihatan pewaris elemental Voltra sedang sibuk membuat kerja.

Dia masih gagal untuk mengawal kuasa Voltra.

Entah kenapa kuasa tersebut tidak mahu memberi kerjasama kepadanya.

Pedang diambil dan dilihat lama.

"Keluar. Aku nak bercakap dengan kau."

Satu cahaya berwarna merah mula keluar dari pedang tersebut.

Elemental Voltra melihat kearah Kirana dalam kuasa tahap kedua.

"Kau kena terima yang aku adalah tuan kau sekarang dan kenapa kau masih dalam bentuk Boboiboy?"

Persoalan Kirana membuatkan Hali tersenyum sinis.

"Aku lebih suka dalam bentuk dia...sebab aku takkan pernah terima kau sebagai tuan aku."

Kirana terus bangun dari duduknya dan membuka langkah kearah Hali.

"Kau kena tahu tempat kau sepatutnya berada adalah dengan aku...lupakan Boboiboy dia bukan lagi tuan kamu...sekarang kau adalah milik aku.",dengan dingin Kirana berkata.

"Dan kau patut tahu aku tidak akan terima kau sebagai tuan aku walaupun aku terpaksa hancurkan diri sendiri untuk pisahkan kau dari aku."

Sekelip mata kelibat Hali menghilang. Kata-kata Hali membuatkan Kirana marah dan rasa geram.

"Tak guna!"

....

Tempat elemental Beliung...

Suasana istana tidak sibuk dan kelihatan tenang sahaja.

Kuputeri memandang kearah Taufan yang sedang memegang kipasnya.

"Jadi kamu dah bersedia? Jangan risau aku akan pastikan kuasa kau digunakan atas tujuan yang baik..",kata Kuputeri dengan senyuman.

"Aku takkan percaya sesiapa selain dari Boboiboy."

Kuputeri agak tersentak dengan jawapan Taufan.

Sudah berminggu Taufan hanya berdiri di depan tingkap dengan kipas di tangannya.

Tapi jawapan yang sama dia dapat dari sang pemilik kuasa angin tersebut.

Angin dia agak dingin bukan sejuk seperti yang di bayangkan.

"Kamu kena terima y-

Kata-kata Kuputeri dipotong laju.

"Jauh dari aku kalau kau taknak cedera."

Angin yang kuat mula dirasai dan dengan cepat Kuputeri meninggalkan Taufan sendirian.

....

Tempat elemental Kristal...

Hang Kasa mengeluh berat melihat Gempa yang hanya duduk bertapa di atas batu besar.

"Apa kamu buat tuh?"

Tiada jawapan dari Gempa. Hanya pandangan dingin diberi.

"Atok tahu kamu marah...tapi ini adalah cara terbaik untuk pastikan Boboiboy tidak berubah seperti Retakka...",jelas Hang Kasa.

"Jangan perbodohkan aku. Sampai mati aku takkan percayakan kau."

Dengan pasrah Hang Kasa meninggalkan Gempa dan pulang ke rumahnya semula.

....

.

.

.


.

Seminggu kemudian...

Setelah banyak memikirkan perkara tersebut akhirnya Boboiboy sudah buat keputusan.

"Aku akan lakukannya."

"Baiklah jika itu jawapan kau.."

Dia semakin risau selepas Gamma langsung tidak muncul lepas kejadian haritu.

Tapi dia percaya yang Gamma akan kembali suatu hari nanti walaupun dia terpaksa untuk menarik sendiri elemental cahaya dari kegelapan.

Sinarbot memegang tangan Boboiboy erat.

Mata ditutup rapat dan rasa takut dibuang sejauh mungkin.

"Selamatkan dia...aku tahu kau boleh Boboiboy."

Sup!

Sekelip mata Boboiboy rebah ke katilnya semula.

Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri dan masa itu satu cahaya mula keluar dari badannya.

"Aku harap kau berjaya.",bisik Sinarbot dan dia terus memegang tangan Boboiboy erat.

Adakah dia akan berjaya?

Bersambung...
Vote dan comment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now