Chapter 40

808 77 40
                                    


Boboiboy memandang aneh kearah elementalnya yang lain kecuali Solar yang sedang sibuk membaiki Mechabot di biliknya.

"Jadi...apa yang korang nak tahu?"

Gempa memandang kearah Hali yang hanya memerhati Boboiboy.

"Kami nak tahu macam mana kau dengan Solar boleh hidup..."

Yang lain terus memandang kearah Boboiboy.

"Hm...panjang cerita dia.."

"Pendekkan."

"Tak boleh kena panjang...pasang telinga dan dengar"

Wajah mereka terus berubah menjadi serius tidak lupa juga Fang dan Amato yang sertai sesi bercerita dari Boboiboy.

"Sebenarnya...."

3 tahun yang lalu...

Ha...ha...ha...

Boboiboy memandang sekelilingnya yang terlihat sangat asing.

"Aku dekat mana?"

Matanya beralih kearah Solar yang sudah terbaring tidak sedarkan diri.

"Aik...siapa pulak nih...pahal wajah kami sama...",soal Boboiboy sendirian.

"Kamu dah bangun...nasib sempat."

Dengar sahaja suara tersebut membuatkan Boboiboy mengalih pandangan memandang empunya suara.

"Erm...kau siapa?"

"Aku...guardian Kristal elemental...boleh panggil aku master."

Dengan senyuman dia membalas persoalan Boboiboy.

Badan Solar diangkat gaya bridal style.

"Ikut aku..."

Langkah dibuka masuk ke dalam sebuah rumah pondok.

Di bilik...

Dengan perlahan badan Solar dibaringkan di atas katil.

"Nampaknya...Kristal dia telah tersebar.."

"Kristal?"

Master menjemput Boboiboy untuk duduk.

"Kamu berdua sepatutnya dah mati..."

"Eh!? Mati?"

Secawan teh diberikan kepada Boboiboy sebelum master menyambung apa yang dia ingin sampaikan.

"Aku dah langgar peraturan kehidupan...sepatutnya aku tidak boleh mengubah takdir yang korang berdua telah mati...tapi demi keselamatan seluruh alam semester dari kuasa kegelapan...aku telah derhaka....aku selamatkan korang dari kematian...",dengan wajah sayu dia berkata.

"Kejap...aku masih tak faham dengan semua nih...",balas Boboiboy.

Kepalanya terasa sakit.

"Nampaknya kamu telah hilang ingatan...jadi aku akan ceritakan apa terjadi sebelum nih..."

Master mula ceritakan semuanya kepada Boboiboy tetapi agak susah untuk Boboiboy terima semua tuh.

Jadi untuk mengelakkan emosi Boboiboy tidak stabil master terpaksa membiarkan Boboiboy untuk tenangkan fikirannya dahulu.

.

.

.


.

Sudah berbulan Boboiboy tinggal di situ.

Masih susah untuk terima semuanya tapi dia cuba bertahan demi Solar.

"Aku tak kenal kau...tapi aku dapat rasakan yang kau penting dalam hidup aku...",bisik Boboiboy sambil memegang erat tangan Solar.

Krek...

Pintu dibuka dari luar dan perkara tersebut menarik perhatian Boboiboy.

"Master....bila Solar akan bangun?"

"Tak pasti...kehilangan Kristal telah memberi impak yang besar terhadap Solar...kita hanya mampu tunggu untuk dia sedarkan diri..."

Hmmm...

Wajah terus berubah sayu.

"Bila dia sudah sedar...bersedialah untuk kembali ke bumi dan membetulkan semuanya...mungkin masa itu akan tiba bila kegelapan muncul...",dengan pandangan sayu dia berkata.

Hanya anggukan diberikan.

"Master kata kami sepatutnya mati...tapi master juga kata Solar akan mati kalau Kristal dia hancur...apa yang jadi sebenarnya?"

Master terus duduk di sebelah Boboiboy.

"Pedang yang tertusuk ke dada Solar hampir terkena Kristal dia...kalau kena tepat pada Kristal dia kamu masih akan selamat sebab hanya Solar akan mati...tapi Kristal tersebut selamat sebab tu kamu mati sekali... sepatutnya jasad kamu kekal tapi aku selamatkan korang berdua jadi jasad korang berdua hilang menjadi bebola cahaya...."

Dengan panjang lebar master menerangkan kepada Boboiboy. Ini kalau masih tak faham memang nak kena hempuk dengan kuali Gempa.

"Ouh macam tuh..."

(Kalau ada yg tk faham boleh tanya yer...kalau masih tk faham biar Ries hempuk kepala korang dengan kuali Gempa(✿^‿^) ehee gurau~)

Sejak dari haritu Boboiboy akan menolong master dan menjaga Solar.

Selama 3 tahun Solar koma dan dia sedar dengan fizikal yang tidak sempurna.

Mereka berdua terus dihantar ke bumi setelah Solar sedar dari komanya.

End 3 tahun yang lalu...

"Jadi itulah apa yang terjadi..."

"Ouhhh faham.... walaupun tak faham kita fahamkan dia..."

Thorn dan Blaze mengangguk setuju dengan kata-kata Taufan.

"M-maafkan aku...sebab aku korang dua jadi macam nih...",dengan wajah bersalah Hali berkata.

"Hm...bukan salah kau...jangan pernah salahkan diri kau..."

Boboiboy mengusap rambut Hali lembut dengan senyuman terukir di wajahnya.

"Semuanya akan baik sahaja..."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now