Chapter 26

1.2K 96 127
                                    


Sudah 3 tahun berlalu sejak kematian Boboiboy dan Solar.

Elemental menjalankan kehidupan seperti yang disuruh oleh Boboiboy.

Tapi Hali mengambil keputusan untuk berhenti menjadi superhero bumi mahupun galaksi.

Dia salahkan diri dia sampai lah sekarang. Entah kenapa baginya itu salah dia.

Jika dia dapat kawal diri pasti Solar takkan terbunuh dan Boboiboy juga akan selamat.

....

Kelihatan Hali sedang mengemas ruang tamu.

Dia cuti harini jadi dia buat keputusan untuk duduk sahaja di rumah.

Amato pula bawa Tok Aba ke hospital untuk appointment kesihatan.

"Hmm...semua dah kemas...apa aku nak buat sekarang?",soalnya sendirian sebelum duduk di atas sofa.

Hanya bunyi tv kedengaran.

Sudah 3 tahun dia tidak menggunakan kuasa. Lagipun tiada musuh yang datang menyerang di bumi.

Jadi baginya tiada guna untuk kuasanya dipakai.

"Anggap sahaja ini hukuman atas apa yang aku dah buat...",bisik Hali sebelum memejamkan mata.

Akhirnya dia tertidur di atas sofa dengan lenanya.

.

.

.

.

Di planet Rimbara....

Elemental yang lain kelihatan sibuk menguruskan urusan masing-masing.

"Nampaknya semua berjalan lancar...",kata Gempa dengan matanya tekun melihat skrin komputer.

Kaizo yang baru selesai membaiki barang dia terus kearah Gempa.

"Nampak seperti kau sudah selesai.."

Gempa terus memandang kearah Kaizo.

"Yup. Semuanya berjalan lancar..."

Anggukan diberi.

TTM sekarang ada di planet lain untuk memberi bantuan.

Ice pula tengah buat uji kaji dalam makmalnya.

Sejak kejadian tersebut elemental membuat keputusan untuk membuka stesen untuk membantu orang dalam kesusahan dengan pertolongan Ken.

Disebabkan planet dia penuh dengan daun ubat jadi Ice dan Thorn akan buat daun ubat sebagai ubat tradisional.

"Gem....apa tuhh?"

Persoalan Kaizo membuatkan Gempa memandang skrin komputer semula.

"Hmm...aduan tentang wabak...ermm ini sesuatu yang baru..."

"Biar aku lihat."

Gempa berganjak ke tepi memberi laluan kepada Kaizo untuk melihat masalah tersebut.

Satu kenyataan muncul di dalam email.

'wabak hitam yang menyebabkan seseorang menjadi pembunuh'

Kaizo memandang kearah Gempa yang masih keliru dengan email tersebut.

"Wabak apa pulak? Kita kena ke sana dan melihatnya dengan mata sendiri...",kata Gempa.

"Tapi nampak bahaya wabak nih...",balas Kaizo.

Bahaya?

"Aku tengok ramai yang hanya hidup kurang dari sebulan...kau pasti mahu kesana?"

Kening diangkat sebelah.

"Aaa...baiklah kami takkan pergi...aku akan cari lebih banyak tentang semua nih.."

"Bagus...aku pergi dulu..."

Kaizo pun keluar dari bilik tersebut dan pintu ditutup semula.

"Hmmm macam ada tak kena dengan wabak nih.."

....

Situasi TTM...

Mereka bertiga baru sahaja selesai memberi bantuan kepada yang memerlukan.

"Yosh! Sekarang kita nak kemana?",tanya Taufan.

"Hmmm tak pasti..."

Tiba-tiba makcik yang sedang berniaga di depan mereka bertiga rebah ke tanah.

"Makcik!"

Thorn orang pertama yang melihat keadaan makcik tersebut.

"Cane Thorn semuanya ok?"

"Tak...ada tompok hitam di badan dia.."

Blaze mendekati mereka berdua lalu dia melihat keadaan makcik tersebut.

"Kejap! Jangan pegang! Aku macam pernah tengok tompok nih...",halang Blaze.

Dia meneliti lama tanpa berkata apa-apa.

"Tompok nih boleh dihilangkan hanya dengan darah pemilik kuasa cahaya...tapi bila mata seseorang berubah menjadi hitam mereka tidak dapat diselamatkan dan akan mati serta merta.."jelas Blaze panjang lebar.

Thorn dan Taufan menepuk tangan bangga dengan penjelasan Blaze .

"Kita perlu laporkan kepada Gempa "

"Baik!"

....

Semuanya mula berubah.

Bersambung...
Vote dan coment 🥰
(Sorry pendek chapter nih...Ries mengantuk huhuhu)

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now