Chapter 46

1.1K 74 41
                                    


Satu cahaya mula keluar dari badan Boboiboy.

Lihat sahaja susuk tubuh orang itu terus membuatkan Dark berdesis kasar.

"Kau...akhirnya..."

Dark memandang tajam kearah Solar yang hanya memandang kearahnya.

"Sampai bila kau nak berdendam?",kening diangkat sambil memandang tajam kearah Dark.

"Selagi kau hidup.",dengan dingin Dark menjawab.

Diri dia sudah tenggelam dalam kegelapan sepenuhnya. Dendam menguasai dirinya.

Keluhan berat dilepaskan.

Belum sempat Dark menyerang,pedangnya dipegang kuat oleh Solar.

Letupan cahaya.

Argh!!

Dark terus menutup matanya rapat dengan cahaya tersebut.

Sedang matanya tertutup Solar mengambil kesempatan untuk mencengkam leher Dark erat.

Ergh!

"L-lepaskan aku!!"

"Tolong...sedar diri."

Light.... Truth.

Argh!!!!!!! Argh!!!!!! Argh!!!!!

Boboiboy mengangkat kepalanya lemah selepas mendengar jeritan tersebut.

Matanya memandang kearah Solar yang masih memegang Dark.

Cahaya putih mula tersebar ke seluruh badan Dark.

"S-solar....berhenti....ikut rancangan kita...kalau kau bunuh dia semua planet akan binasa...",halang Boboiboy yang masih cuba untuk bangun.

"T-tapi...."

Argh!!!!! Argh!!!

Dark menjerit kesakitan dan matanya sudah berubah normal.

Langit juga menjadi cerah semula dan semua Shadow sudah lesap.

"Kita perlukan dia kalau nak selamatkan yang lain.."

Dengar sahaja kata-kata Boboiboy,Solar terus melepaskan cengkamannya dari leher Dark.

Sekelip mata cahaya Solar masuk semula ke dalam rantai milik Boboiboy.

Dengan langkah lemah Boboiboy pergi kearah Dark yang masih terduduk sambil memegang lehernya yang sudah memerah.

"Dark...jangan biarkan diri kau dikawal oleh kegelapan..."

Tangan dihulurkan kearah Dark.

"K-kenapa...kau tak hapuskan je aku?",soal Dark inginkan jawapan.

"Jika boleh memaafkan kenapa perlu menghukumnya.."

Terus terkedu Dark selepas mendengar jawapan Boboiboy.

"Kisah lama...kau salah paham akan Solar...dia tidak mahu dilayan istimewa tetapi master kau yang berdegil...dia juga cuba selamatkan kau tapi dia gagal jadi dia berkorban...jikalau kau tahu kisah dia kau akan faham...",sambung Boboiboy lagi.

Tangan Boboiboy dicapai dan dipegang erat oleh Dark.

Dengan lemah dia bangun bersama bantuan Boboiboy.

"Aku salah...aku patut dihukum...maafkan aku...",dengan perlahan suaranya berkata.

Kepala Dark diusap lembut oleh Boboiboy.

"Aku maafkan kau...semua orang buat kesilapan tiada siapa dapat lari dari kesilapan ...kau tak perlu dihukum atas perkara yang kau taknak buat pun sebenarnya...",kata Boboiboy dengan senyuman manis terukir di wajahnya.

Air mata mula mengalir laju di pipi Dark. Air mata tersebut dikesat lembut.

"Aku akan jadi tuan kau."

Terus membulat mata Dark mendengar pernyataan tersebut.

"K-kau sudi terima penjahat macam aku? Aku dah cederakan Elemental dan kau...berhak ke aku untuk terima tuan sebaik kau?",soal Dark tidak percaya.

Hmm..

"Jangan risau kau hanya perlu percayakan aku...jadi apa jawapan kau?"

Dark mengambil masa beberapa minit sebelum menjawab soalan Boboiboy.

"Baiklah."

Senyuman terukir di wajah. Rancangan mereka berjaya.

Mereka berdua melihat sekeliling yang kelam sahaja.

"Jadi macam mana untuk hapuskan wabak kau?"

"T-tiada penawar...walaupun aku mati ataupun hidup,sekali aku guna kuasa tuh automatik wabak dia tidak boleh dibatalkan.",jelas Dark sambil menunduk memandang tanah.

Haih...

"Jadi ini adalah plan terakhir...kau akan bergabung dengan aku...aku akan satukan kesemua Kristal Elemental dan sebarkan penawar di seluruh planet.",kata Boboiboy yakin.

"T-tapi perkara tuh akan buat Kristal Elemental kami pecah dan kami takkan dapat hidup semula...kau yakin? Diri kau juga akan dapat kesannya nanti...",balas Dark lalu memandang sayu kearah Boboiboy.

Senyuman masih terukir di wajahnya.

"Ye Solar dah bagitahu apa akan jadi... Elemental yang lain pun sudah bersedia untuk lakukannya...demi keselamatan penduduk di seluruh planet kita perlu lakukannya..."

Anggukan diberikan. Dark terus memegang tangan Boboiboy.

Cahaya terang mula menyinari dan Dark terus masuk ke dalam rantai milik Boboiboy.

....

Amato yang melihat dari dalam kapal angkasa terus berlari keluar kearah anaknya.

"Boi! Kamu tak apa-apa? Macam mana semuanya berjalan lancar?"

Boboiboy tersenyum sambil mengangguk.

"Boi dah berjaya miliki Elemental kegelapan...sekarang Boi kena gabungkan semua Kristal Elemental untuk sebarkan penawar kepada seluruh planet...dengan cara itu sahaja wabak Darkness dapat dihentikan...",terang Boboiboy.

Fang yang baru tiba terus memegang kedua-dua belah bahu Boboiboy.

"Kau yakin? Kalau kau buat camtu kesemua Elemental akan hilang dan kau juga akan jadi manusia biasa semula...kau dah bersedia untuk kehilangan mereka?",dengan serius Fang bertanya.

Sengihan diberi.

"Ini keputusan mereka sendiri...aku terima dengan hati terbuka...kalau sudah ditakdirkan seperti ini...aku terima..."

Hmm...

"Baiklah.."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now