E1🥀

1.3K 85 130
                                    


Boboiboy termenung melihat langit biru dan cahaya matahari yang menyinari terang.

"Korang....dah bersedia?"

Elemental yang berdiri di belakang Boboiboy hanya menunduk memandang tanah.

Solar membuka langkah kearah Boboiboy lalu bahunya ditepuk lembut.

"Kau bersedia? Benda nih akan beri kesan pada kau...",dengan perlahan Solar bertanya.

Dengan senyuman Boboiboy menoleh kearah Solar.

"Ye...aku bersedia...3 hari sudah cukup..."

Gempa menunduk hormat di depan Boboiboy dan Elemental lain terus mengikut apa yang dibuat oleh Gempa.

"Terima kasih atas segalanya....atas pengorbanan tuan...dan layanan tuan terhadap kami...kami..."

Gempa memandang yang lain dengan senyuman.

Dengan serentak mereka bertujuh berkata.

"Kami bahagia bersama tuan sejak dari mula!! Boboiboy adalah tuan terbaik!"

Semua menunjuk 👍 di depan Boboiboy.

Dark juga tersenyum sambil menunjuk simbol terbaik.

"T-terima kasih...aku pun gembira dengan korang...dan pergembaraan yang kita lalui bersama takkan pernah aku lupa...",kata Boboiboy lalu dia mendepakan tangan.

Elemental terus memeluk Boboiboy beramai-ramai.

TTM sudah menangis sambil memeluk Boboiboy.

Dark hanya melihat mereka sebelum tangannya ditarik oleh Boboiboy.

"Kau pun Elemental aku..sini peluk sekali."

Tindakan Boboiboy agak mengejutkan bagi Dark tapi dia tersenyum dan sertai sesi berpelukan.

Selepas 2 minit pelukkan dilepaskan.

"Sudah tiba masanya..."

Anggukan diberi.

"Tuan memang baik!",Thorn.

"Kami takkan lupa jasa tuan!",Taufan.

"Masa bersama tuan sangat menyeronokkan!",Blaze.

"Aku akan rindukan hot coco Tok Aba huhu..",Ice.

"Walaupun sekejap..aku bersyukur...",Dark.

"Terima kasih atas segalanya...",Gempa.

"Kau tuan paling hebat...",Hali.

Solar mendekati Boboiboy dan tangannya memegang rantai yang dipakai Boboiboy.

"3 hari...aku harap kita dapat berjumpa di kelahiran seterusnya...terima kasih sebab percayakan aku selama nih...kalau aku boleh ubahnya...kau takkan jadi macam nih..",dengan perlahan Solar berkata.

"Aku dah buat keputusan dan setuju dengan semua nih...lagipun semua planet bergantung pada kita...kau...cahaya aku sampai aku mati..",balas Boboiboy lalu mengusap pipi Solar lembut.

Senyuman terhias diwajahnya.

"Baiklah...kami dah bersedia.."

Fuh...

"Selamat tinggal... Boboiboy"

Senyuman diberi kepada mereka.

Rantai yang dipakai dibuka dan satu cahaya mula menyinari terang.

Kesemua Kristal di dalam dada Elemental mula bercahaya terang dan Kristal tersebut terbang keluar dari dada mereka berlapan.

Secara perlahan tubuh badan mereka menghilang.

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now