Chapter 15

1.4K 111 276
                                    


Boboiboy memandang kosong alam semestar yang luas di depannya.

"Seterusnya Blaze dan Ice..."

Kapal angkasa meluru laju ke planet Bara dan Salju.

Dalam perjalanan Boboiboy berpecah untuk melihat elementalnya.

"Selamat kembali Gempa Thorn...",ucap Boboiboy dengan senyuman.

Untuk pengetahuan Boboiboy boleh berpecah tanpa berubah menjadi salah seorang elemental. Sejak dia mempunyai rantai tersebut dia boleh berpecah melihat elemental lain.

"Boboiboy!"

Jerit Thorn dan dia terus memeluk erat Boboiboy yang sedang duduk di bangku.

"Aku tahu kau akan datang..",kata Thorn.

"Mestilah aku datang..",balas Boboiboy.

Belakang Thorn diusap lembut dan Gempa hanya tersenyum melihat mereka berdua.

Solar pula sudah baring dekat katil. Katanya penat.

Gempa membuka langkah kearah Solar yang termenung memandang siling.

"Tak sangka kau masih setia dengan Boboiboy..."

"Kami dua dah jadi satu...tiada yang boleh pisahkan kami.."

Satu?

Agak keliru Gempa mendengar kata-kata Solar. Tapi dia taknak tanya banyak kalau tanya pun mesti Solar takkan jawab.

"Korang dua lapar? Aku ada masak nasi goreng dekat rumah tadi..."

Satu bekal dibawa keluar dari begnya dan diberikan kepada Gempa.

"Nah makanlah...ada lagi untuk elemental lain...tak sabar aku nak jumpa diorang...mesti diorang pun lapar kan...",dengan senyuman tipis Boboiboy berkata.

"Mesti diorang rindu masakan kau..."

Gempa dan Thorn terus makan dengan berselera manakala Solar hanya baring di katil.

"Solar.. kenapa?",tanya Boboiboy risau akan keadaan elemental cahaya tersebut.

"Tak sedap hati.",jawab Solar perlahan.

Entah kenapa dia rasa ada sesuatu tak kena.

Boboiboy terus duduk di sebelah Solar.

"Bagitahu aku ada apa?"

"Diorang...p-

Kata-kata Solar dipotong laju dengan bunyi ketukan di pintu.

"Boboiboy! Kita sudah sampai di planet Bara dan Salju!",jerit Gopal dari luar bilik.

"Ha ok! Nanti aku keluar..."

Pandangannya beralih kearah Solar tapi kelibatnya sudah tiada.

"Gempa Thorn...korang makan dulu aku nak uruskan urusan lain.."

"Baik!"

Mereka berdua mengangguk laju sebelum sambung makan semula.

Dengan langkah laju Boboiboy keluar dari bilik.

Kapal angkasa mendarat di antara puak Bara dan Salju.

...

Di planet Bara dan Salju...

Boboiboy menjejak kaki keluar dari kapal angkasa dan paling mengejutkan adalah dua puak tersebut sudah bersedia dengan tentera masing-masing.

"Berambus kau dari sini Boboiboy! Rancangan kau telah diketahui oleh kami pewaris elemental!!",arah Gardu dengan wajah bengisnya.

"Bukan kah kehadiran aku satu rahsia?",soal Boboiboy sendirian.

Pandangannya beralih kearah pintu kapal angkasa Tapops yang mula tertutup.

"Gempa! Thorn!"

Sekelip mata dua elemental tersebut masuk semula ke dalam rantai Boboiboy.

"A-apa dah jadi nih?"

.


.


.


.

Situasi Ku Puteri...

Dia melihat planetnya sedang dilanda ribut taufan yang teruk.

"Taufan! Hentikan semua nih! Aku takkan sesekali berikan kau kepada Boboiboy!",jerit Ku Puteri sekuat hati.

"A-apa maksud kau?"

Nafas ditarik dan dihembus.

"Kirana sudah beri amaran bahawa Boboiboy masih ada kuasa cahaya dan dia sedang merampas elemental lain...sekarang dia berada di planet Bara dan Salju...",jelas Kuputeri.

Senyuman terhias di wajah Taufan dan dia ketawa bahagia.

HAHAHAHAHAH

"Aku tahu dia akan datang...dia sahaja tuan yang aku terima..."

Kipas yang berada di atas meja diambil.

"Maafkan aku...tapi kau adalah kepunyaan aku."

Serapan elemental.

Argh!!!!!

Taufan terduduk di atas lantai sambil menahan sakit yang amat pada dadanya.

"Kau memang binatang!"

"M-maaf..."

Kelibat Taufan menjadi satu angin berwarna biru dan terus masuk ke dalam kipas yang dipegang Kuputeri.

"Mulai harini aku yang kawal kau."

Dengan senyuman sinis dia terus keluar dari bilik tersebut.

Ribut taufan yang melanda planet tersebut kian pulih.

Pada masa yang sama di planet Kirana...

Kelihatan Hali sudah terduduk menahan sakit yang amat pada dadanya seperti mana yang terjadi kepada Taufan.

"K-kau memang tak guna! Memang tak layak guna kuasa aku!!"

"Aku layak sebab aku pewaris kuasa Voltra dan kau mesti kembali ke tempat asal kau...kau hanya satu kuasa yang tiada rumah(tuan kekal)ingatlah kau hanya satu kuasa yang digunakan oleh kami jadi dengar cakap aku!!",tegas Kirana berkata.

Pedang yang dipegangnya menyala dengan terang.

"S-solar...kau sahaja harapan aku."

Argh!!!!!

Akhirnya Hali diserap masuk ke dalam pedang milik Kirana.

"Mulai sekarang tiada siapa mampu halang aku!"

HAHAHAHAH

....

Berbalik kepada situasi Boboiboy....

"Apa korang buat!?"

Ahli Tapops melihat Boboiboy dengan pandangan sayu.

"Kami akan kenang pengorbanan kau demi Tapops...",kata Kokoci.

"K-kau kianat aku...korang semua!?",terbeliak mata Boboiboy bila tahu kebenarannya.

"Maafkan ayah.."

Kapal angkasa Tapops terus pergi meninggalkan Boboiboy seorang diri di planet Bara dan Salju.

Tangannya mengengam kuat.

"Aku akan ingat pengkhianatan nih."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

(Apa yang jadi sebenarnya? Kenapa diorang membelot? Ohoho nampaknya semakin banyak ye plot twist story nih hehehehe semoga para readers tidak terkena mental 🤭)

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now