Chapter 11

1.6K 128 267
                                    


Tanpa berfikir Boboiboy terus terjun ke dalam lubang kegelapan tersebut.

Terbeliak mata Solar melihat Boboiboy yang cuba mencapainya.

"Mulai sekarang aku takkan biarkan kau sendirian!!!!!!",jerit Boboiboy sekuat hati.

Dan serta merta tangannya di tarik oleh Solar.

Lompatan cahaya.

Shup!

Boboiboy membuka perlahan matanya dan dia dapat melihat mereka berdua berada di padang kosong dengan rumput berwarna hitam.

Matanya beralih kearah Solar yang menduduk.

"Adakah kau rela terima aku selepas tahu semua rahsia tersebut?"

"Ye! Aku rela...aku takkan tinggalkan kau!",dengan yakin Boboiboy menjawab.

Agak sedikit tersentak Solar dibuatnya.

Selepas apa yang dia dah buat Boboiboy masih menerima dirinya tanpa kesah kesilapan yang dibuatnya dahulu.

Senyuman tipis terukir di wajah Solar.

"Adakah kau akan terima dan percayakan aku sepenuhnya? Jawab dengan sejujurnya atau kau akan menyesal..."

"Aku janji akan sentiasa ada dengan kau dan percayakan kau sepenuhnya...kau adalah cahaya aku selamanya...aku terima apa sahaja yang berlaku selepas nih...",kata Boboiboy.

Light Truth.

Keboom!

Letupan cahaya berlaku dan sekelip mata padang tadi berubah menjadi taman bunga yang sangat cantik.

"Kau adalah aku dan aku adalah kau..satu jiwa menjadi dua."

"A-apa maksud kau?"

Tanpa jawapan Solar terus menembak laser cahaya dari jarinya tepat pada lengan Boboiboy.

Argh!

Boboiboy terus memandang Solar yang menjerit serentak dengannya.

Eh?

"Senang cite kau mati aku pun mati kalau aku mati kau pun mati. Kita kongsi satu nyawa...ini akibat aku keluar dari lubang kegelapan...hanya ini cara untuk kita dua keluar dari dimensi Gamma."

"Jadi macam mana sekarang? Kalau aku terluka kau pun luka juga kan...hmm bahaya.."

Seuntas rantai muncul di tapak tangan Solar lalu dia memberi rantai tersebut kepada Boboiboy.

Seuntas rantai muncul di tapak tangan Solar lalu dia memberi rantai tersebut kepada Boboiboy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rantai nih untuk serap kuasa elemental yang lain...disebabkan kau takde jam kuasa jadi rantai ini pengantinya."

Boboiboy terus memakai rantai tersebut dan tiba-tiba cahaya terang menyinari terang dari rantai itu.

Ergh.

Luar dimensi Gamma...

Sinarbot terus pergi kearah Boboiboy dengan risau.

"Nasib kau selamat kembali...jadi semuanya ok?",tanya Sinarbot.

"Yup! Aku berjaya selamatkan Solar dan semuanya akan bermula dari sini...",jawab Boboiboy lalu tersenyum memandang sekeping gambar yang menunjukkan elementalnya yang lain.

",jawab Boboiboy lalu tersenyum memandang sekeping gambar yang menunjukkan elementalnya yang lain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mari tunjukkan kepada mereka cahaya kebenaran.."

.....

Situasi Tapops...

Mereka sudah berkumpul di bilik mesyuarat bersama pemilik elemental.

"Keputusan untuk bubarkan Tapops perlu dibincangkan semula..",kata Kokoci tegas.

Kirana tersenyum manis lalu dia bangun dari duduknya.

"Tapops tidak lagi diperlukan dan kami sudah setuju dengan perkara ini...",balas Kirana.

Pemilik elemental lain hanya mengangguk setuju. Ken kelihatan tidak selesa berada di situ. Dia hanya mampu mengiyakan semua yang dikatakan Kirana.

"Kalau kamu ambil kisah tentang planet lain takpe tapi masalah dia sekarang....korang semua pentingkan diri dan abaikan planet yang lain! Hanya kami yang masih menolong mereka.."

Amato cuba menahan amarahnya.

"Jadi kau taknak setuju dan mahu menetang kami?"

Persoalan Panglima Yanaari membuatkan semua jawatan kuasa Tapops terdiam.

Menetang pemilik elemental memang mereka mencari nahas. Walau sehebat mana pun ahli Tapops mereka masih tidak layak untuk menentang pemilik elemental.

"Bukan itu maksud kami...cuma kami taknak Tapops dibubarkan kerana siapa yang akan menolong planet lain yang memerlukan bantuan kalau pemilik elemental pun mementingkan keselamatan planet sendiri..",dengan geram Kokoci berkata.

Dia sudah muak dengan sikap pemilik elemental di depannya.

Semakin hari semakin berlagak mereka di depan semua orang.

"Heh...keputusan aku adalah mutlak. End of discussion."

Kirana terus keluar dari bilik mesyuarat bersama yang lain.

Meja dihentak kuat dan yang berada di situ terkejut dengan tindakan Amato.

"Bawakan Sinarbot. Biar aku sendiri yang guna kuasa dia.",arah Amato tetapi Fang hanya kaku di tempatnya.

"Ha sudah...mampus aku..",bisik batin Fang dengan peluh mula mengalir dari dahinya.

Kaizo yang berada di situ juga terus pergi kearah Fang.

"Maaf...Sinarbot sudah tiada.",dengan datar Kaizo bersuara.

"Apa!?"

Kokoci berlari kearah Kaizo dan Fang dengan wajah tidak percaya.

"Apa kau cakapkan nih?! Mana Sinarbot!?",soalnya dengan suara yang mula meninggi.

"Sinarbot sudah berada di bumi dengan Boboiboy.",jawab Fang.

Mechabot yang sedang makan karipap di penjuru meja hanya buat tidak dengar.

"Kau dah gila ke apa!? Sinarbot tidak sepatutnya ber-

Kata-kata Amato dipotong laju oleh Ochobot yang baru tiba dari bilik pengecasan.

"Boboiboy adalah teras kuasa cahaya. Dia masih ada kuasa cahaya walaupun diserap haritu...",celah Ochobot.

"A-apa maksud kau?"

"Walaupun kita serap sehabis mungkin kuasa cahaya dari badannya... Boboiboy tetap mempunyai sisa-sisa kuasa cahaya sebab dia adalah teras kuasa cahaya kerana cahaya memerlukan tuan baharu dan Retakka sudah mati jadi Boboiboy menjadi tuan dia sekarang...",jelas Ochobot.

Yaya,Ying dan Gopal yang mendengar penjelasan Ochobot terdiam.

Mereka bertiga terkejut mendengar kenyataan tersebut.

"Kita perlu jumpa Boboiboy."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Light Of Truth/Into Darkness[Complete]Where stories live. Discover now