MMM 54

883 41 2
                                    

Haydar mempersiapkan diri. Mereka sudah berkumpul pada tempat yang tersorok dan gelap. Malam ini adalah malam yang dinantikan.

"Dah siap semua ?" Soal Haydar bersemangat. Dia memasang alat berkomunikasi mereka pada telinga.
Senjatanya juga telah dimasukkan peluru.

Dimulakan dengan Hayden, Karl dan Rayzman. Mereka ditugaskan untuk menjadi rusher yang berada di hadapan. Kyle dan Zayn pula akan menjadi sniper, mereka akan berselindung di sebalik semak.

Haydar dan Raid mereka akan menyerang hendap dibahagian hadapan. Indra dan Kylie. Mereka ditugaskan untuk menjadi sokongan kepada Haydar dan Raid.

Terdapat beberapa orang yang mengawal di bahagian hadapan. Haydar memasang bom asap bagi mengaburi penglihatan mereka.

"Kenapa ada asap ni ?"

Dengan tangkas Haydar dan Raid menekup wajah mereka dengan kain yang telah dibasahkan dengan ubat pelali. Indra dan Kylie yang dibelakang menarik mereka yang telah pengsan untuk diikat.

Baru sahaja hendak memulas tombol pintu, pintu telah dibuka oleh seorang lagi anak buah Dayyan.

"Penceroboh !"

Haydar menekan picu pistolnya.

BANG !

Semua orang yang ada di dalam rumah itu segera keluar dari bilik-bilik dengan memegang pistol dan parang setelah mendengar bunyi tembakan yang kuat. Ada yang berlari keluar untuk menyelamatkan diri namun tidak berjaya kerana mereka ditembak dahulu oleh Kylie dan Indra.

"Woo, tajam betul parang."

Lelaki yang wajahnya bengis dan dipenuhi parut meluru ke arah Haydar dengan parangnya.

"Hiarghhh !"

Namun dengan sekali tembakan dia telah rebah jatuh ke lantai.
Seorang lagi berlari ke arah Haydar dan Raid dengan mengacukan pisaunya. Dengan laju, Haydar menepis pisau yang tajam itu.

Masing-masing sedang berlawan dengan musuh mereka. Indra dan Kylie juga bertungkus-lumus di luar rumah untuk menjatuhkan musuh mereka.

"Wey kuat jugak eh diorang ni." Kata Kylie.

"Kudrat lelaki sis, tapi kalau dengan kita sah kalah." Balas Indra.

Zayn yang sedang mendengar dari alat berkomunikasi mereka membuat riak wajah yang menyampah. Dalam masa yang macam ni sempat lagi dua orang itu bersembang, macam dekat kedai makan pulak tu.

"Wheres your boss ?" Soal Haydar. Suaranya yang garau membuatkan orang suruhan Dayyan sedikit gugup.

"Im here Haydar."

Dayyan muncul dari belakang. Dia berjalan ke arah Haydar dengan selamba. Haydar meluru ke arahnya dan menghayunkan tumbukannya pada wajah Dayyan.

Kepala Dayyan terteleng ke kiri apabila wajahnya ditumbuk. Dia memegang dan memperbetulkan rahangnya.

"Kurang ajar." kata Dayyan. Dia mengeluarkan pisau dari poket belakangnya. Pisau itu dihunus untuk menikam Haydar. Mereka berdua saling bergelut.

Raid mengambil kesempatan untuk menembak mereka yang ada di belakang. Seorang demi seorang tumbang. Kylie dan Indra juga telah berjaya masuk ke dalam. Raid menoleh ke belakang untuk melihat keadaan diluar.

"Tengok apa Raid, yang dekat luar tu semua kitaorang dah settlekan." Kata Kylie dengan riak wajah puas.

Pisau yang di tangan Dayyan telahpun ditepis jatuh ke lantai. Haydar mengcekik leher Dayyan.

"Mana isteri aku ha ?"

Dayyan mengeluarkan kerambit dan menusuknya ke tangan Haydar.

"Arghhh !" Haydar menjerit kesakitan. Darah keluar mengalir pada tempat yang ditusuk itu.

Dayyan menarik kerambit yang masih tertusuk di lengan Haydar membuatkan satu luka garisan panjang pada kedua dua tangan lelaki itu. Dengan kudrat yang ada Haydar bangun dan dia menghempap Dayyan ke dinding. Lengannya yang berlumuran darah dibiarkan.

"KAU MEMANG TAK SERIK !" Jerit Haydar. Haydar mengayunkan penumbuknya.

"Ni balasan bila kau kacau hidup aku dan Raisya !" Bertubi-tubi tumbukan diberikan kepada Dayyan.

"Haydar !" Haydar menoleh ke arah panggilan tersebut.

"Raisya tak ada."

Haydar menoleh ke arah Dayyan semula. Dia tersenyum sinis.

"Mana isteri aku ?" Dayyan ketawa besar selepas mendengar soalan Haydar.

"Isteri kau dah lari... Mungkin dia dah mati sebab kena baham dengan harimau." Ketawa Dayyan lagi. Haydar yang mendengar semakin panas.

"Kurang ajar !" Satu lagi tumbukan diberikan kepada Dayyan lalu dia terkulai layu dia di atas lantai.

"Aku nak korang angkat jantan tak guna ni balik markas kita." Kata Haydar kepada Raid.

"Sayang..."

"Sayang..."

Haydar berjalan dari bilik ke bilik. Dia melihat ke setiap ruang rumah tersebut.

Raisya terjaga dari tidurnya. Seperti mendengar suara yang memanggilnya.

"Abang."

Raisya mendongak ke langit. Bulan yang cerah mengambang menemani malamnya.

"Abang, Raisya dekat sini..." Kata Raisya sendiri. Raisya termenung sejenak mengenangkan nasibnya.

Haydar berdiri kaku tanpa sekumit kata-kata. Kyle menepuk bahu kiri Haydar.

"Isteri kau tak ada dekat sini, aku rasa dia dah lari." Kata Kyle.

"Keliling kita ni Kyle, hutan. Ya Allah... Mana la dia pergi..." Haydar berkata. Dari riak wajahnya, jelas Haydar sangat merisaukan keadaan isterinya.

"Ya aku tau, tapi dah lewat malam. Kita tak tau apa yang ada dekat hutan tu." Kata Raid sambil menarik beberapa orang yang telah ditembak mati tadi.

"Haydar. Aku yakin kakak selamat, dia pandai jaga diri." Beritahu Rayzman.

Jam yang di tangannya ditilik. Tangan laju menanggalkan blazer yang dipakainya lalu dia bergegas ke keretanya dan mengambil sebuah beg. Dia berjalan kembali ke arah mereka yang sedang terpinga-pinga itu.

"Arahkan yang lain untuk misi pencarian. Aku akan cari Raisya sampai jumpa. Kyle, aku harap signal aku boleh sampai dekat kau. Jumpa nanti." Haydar berlari ke arah hutan. Tidak sempat mereka berkata-kata Haydar telahpun hilang dari pandangan mata.

"Haydar !"

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now