MMM 34

4.8K 284 7
                                    

Pagi yang sejuk di Kampung Semarak Permai. Setelah masak di dapur bersama, Aisyah dan Raisya keluar untuk bersiar-siar.

Raisya tidak sabar apabila mengetahui terdapat sungai di kampung ini. Sudah lama tidak merasa keindahan alam. Dahulu, dia sering menyelinap keluar bersama Rayzman sewaktu ketiadaan ayah mereka Encik Rashdan.

"Aisyah lama lagi ke nak sampai ?" soal Raisya.

"Tak. Sikit je lagi."

Semakin mereka berjalan semakin jelas kedengaran bunyi air.

"Yeay ! Yeay ! Dah dengar sungai. Tak sabar nak rendam kaki."

Aisyah menggelengkan kepalanya. Dah kahwin pun macam budak budak perangai Raisya ni.

"Apa geleng-geleng. Nak gaduh ?"

"Tak tu ha sungai nak sangat main air pergi la."

"Memang nak pergi pun." Raisya menjeling Aisyah tajam. Tangan Aisyah ditarik sekali untuk mengikutinya. Mereka pilih untuk duduk di batu yang sederhana besar.

"Wohoooo !"

Bush ! 

Sekumpulan lelaki terjun ke dalam air tanpa menghiraukan sekeliling mereka.

Raisya dan Aisyah sedang sibuk bermain sesama mereka. Kenangan semasa kecil yang tidak dapat dilupakan.

"Aisyah !" Raisya memanggil nama Aisyah. Sekilas Aisyah menoleh Raisya memercikkan air sungai ke arahnya.

"Raisya kau ni. Habis basah tudung aku." kata Aisyah. Lalu, dia pun memercikkan semula air ke arah Raisya. Mereka berdua ketawa sehingga menarik perhatian sepasang mata.

Puas bermain air, Aisyah dan Raisya berjalan pulang ke rumah. Bunyi motosikal yang semakin mendekat  membuatkan Aisyah bercakap tanpa menoleh.

"Kau nak apa Meon ?"

Mereka berhenti. Aisyah menguatkan pegangan pegangan dia dengan Raisya.

"Adik manis dua orang ni nak pergi mana ?" kata lelaki yang dipanggil meon itu.

"Meon tolong jangan kacau kitaorang." kata Aisyah.

"Eh siapa cakap aku nak kacau kau.. Aku nak kacau dia.." mata Meon melirik ke arah Raisya. Tangannya naik ingin memegang pipi Raisya. Namun pantas dikilas olehnya.

"Garang, aku suka.."

Entah apa yang difikirkan dan isi hati lelaki tersebut tapi itu cukup membuatkan Raisya geli mendengarnya.

"Woi !"

Satu jeritan dari belakang membuatkan mereka semua menoleh. Lelaki yang mengacau mereka berdua tadi terus cepat cepat menghidupkan kembali motornya dan pergi.

"Korang tak apa-apa ?" soal lelaki yang menjerit itu.

******

Haydar dan yang lain pergi ke kerja seperti biasa, mereka perlu menghadiri sebuah mesyuarat terpenting antara syarikatnya dan syarikat dari luar negara.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now