MMM 15

7.3K 351 23
                                    

******

Raisya sedang duduk dihadapan cermin sambil melihat mukanya disiapkan oleh dua orang mak andam. Mak andam itu boleh dikatakan sangat dikenali oleh Raisya. Dialah Indra dan Kylie.

"Cantik " puji Indra.

"She so pretty" Kylie juga turut memuji Raisya. Raisya melihat ke arah cermin. Adakah ini dia ? Dia memegang wajahnya.

Kylie memanggil umi di bawah sedangkan Raisya masih lagi sibuk membelek mukanya. Dia melihat pantulan cermin terdapat Puan Khadijah dibelakangnya.

"MashaAllah,cantiknya anak umi "

Puan Khadijah juga turut memuji Raisya. Raisya tersenyum malu.

"Eleh buat buat malu pulak " kata Puan Khadijah.

Ketawa mereka berempat pecah. Sehingga Puan Khadijah lupa tujuannya naik ke atas. Dia ingin memberitahu kepada Raisya yang tok kadi sudah datang.

"Jom, tok kadi dah datang "

Raisya mengangguk. Hari ini adalah hari dimana Raisya akan bergelar isteri. Isteri kepada putera dingin yang sangat dingin.

Raisya mengenakan baju kurung songket yang berwarna putih dengan corak emas diatasnya. Tudung shawl putih sahaja yang yang dipakai membuatkan seri wajah Raisya semakin bersinar-sinar.

Kesemua tetamu melihat ke arah mereka. Raisya berasa sedikit kekok. Haydar juga turut memandang ke arah Raisya tanpa berkedip.

Raisya duduk di atas pelamin mini ditemani dengan Puan Khadijah disebelah. Matanya tertancap ke arah Encik Rashdan.

"Ayah..." desisnya sendiri. Senyuman diberikan kepada Encik Rashdan.

Tok kadi memulakan majlis dengan bacaan bismillah. Tangan dihulurkan dan disambut oleh Haydar

"Syed Haydar Ashrell bin Syed Hamzah." Nama penuh Haydar disebut oleh tok kadi.

"Ya, saya " balasnya.

"Aku nikahkan dikau dengan Raisya Husna binti Mohamad Rashdan dengan mas kahwin sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran"

"Aku terima nikahnya Raisya Husna binti Mohamad Rashdan dengan mas kahwin sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran"

Tok kadi mula bertanya kepada saksi. Kesemua saksi berkata sah termasuk Encik Rashdan sendiri terus tok kadi menadahkan tangan untuk membacakan doa.

Raisya sudah menitiskan air mata. Dia berasa bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar. Semoga Allah merestui perkahwinan mereka berdua.

Kini tiba sesi pembatalan air wudhu. Haydar berjalan ke arah Raisya. Raisya sedikit gementar. Dia menyuakan tangannya tetapi ketika Haydar ingin menyambut dia menarik tangannya semula. Selama ini dia tidak pernah memegang mana-mana lelaki. Ini adalah kali pertama.

Sudah dua kali Raisya menarik tangannya semula, terus Puan Khadijah memegang tangan Raisya.
Tangan Raisya yang dipegang oleh Puan Khadijah itu disuakan kepada Haydar. Haydar memegang tangan Raisya.

Saat ingin menyarungkan cincin. Cincin yang dipegang Haydar itu sedikit menggetar. Jelas lelaki ini juga takut untuk memegang tangan Raisya.

"Ha, Rell sarung la cincin tu " arah Puan Khadijah. Haydar hanya patuh, cincin itu terus disarung ke jari Raisya. Raisya pula mengambil cincin untuk disarungkan ke jari Haydar.

"Ha Raisya salam tangan suami kamu tu "

Raisya terus mengambil tangan Haydar lalu mencium tangan Haydar.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now