MMM 17

9.4K 401 30
                                    

******

Sudah jam jam lapan setengah pagi. Raisya dan yang lain sudah dalam perjalanan ke hotel yang majlis persandingan akan diadakan.

Di dalam kereta Kylie dan Indra sedang sibuk menghayatinya lagu yang keluar dari radio.Raisya hanya diam dan termenung ke luar tingkap kereta.

"Husna,termenung apa tu ?" soal Puan Khadijah.

Raisya mengeluh kecil.

"Tak ada apa umi, cuma fikir je"

"Fikir apa ? Pasal semalam ?"

Raisya mengangguk perlahan. Lalu dia menyandarkan kepalanya di bahu Puan Khadijah.

"Husna tak kuat umi..."

Bahu Raisya digosok. Suasana dari bising juga kini menjadi diam sesuai dengan perasaan.

"Husna, aturan Allah cantik. Umi tahu apa perasaan Husna. Hus sebenarnya tak sanggup bermadu kan ?"

"Perempuan mana yang nak bermadu waktu hari pernikahan dia umi."

Raisya cakap tanpa menangis. Dia sudah puas menangis. Baginya hanya bazir air mata sahaja kerana iainya sudah terjadi. Masa tidak boleh diputarkan semula.

"Sabar la nak. Sabar tu indah. Insyaallah segala kesabaran Husna selama ni tak mengecewakan. "

Mereka sampai di hotel tepat pada masanya. Raisya bersama Puan Khadijah masuk ke dalam dahulu sebelum Kylie dan Indra.

"Kylie. " panggil Indra.

"Apa?"

"Besar dugaan Raisya kan. Kalau aku dalam kasut dia,aku dah lari dari sini." kata Raisya. Kylie hanya mengangguk kecil.

"Tu la kalau aku jadi dia pun aku tak mampu nak kuat macam dia. " Kylie pula berkata.

"Semoga Allah permudahkan urusan dia."

"Aamiin"

******

Qarisha sedang duduk bersila berhadapan dengan tingkap. Hatinya penuh dengan dendam. Tangannya mengenggam

"Sepatutnya aku yang naik pelamin dengan Haydar. Kau perampas"

"Kau perampas ! Kau perampas !"

Dua orang anak buah Haydar masuk ke dalam bilik Qarisha.

"Woi perempuan ! Kau diam boleh tak ?" Salah seorang daripada mereka menyuruh Qarisha untuk diam.

"Aku isteri Haydar! Harini aku kena bersanding dengan dia. "

"Kau isteri dia ? Hahaha. Kau lupa ? Kau tu pemuas nafsu." salah seorang lagi bercakap.

"Lepaslah !" Badan Qarisha diangkat dan diletakkan di kerusi. Seorang lagi mengeluarkan tali untuk mengikat Qarisha.

"Lepaslah ! Babi. Tuihh." Qarisha meludah ke atas muka anak buah Haydar.

MY MR. MAFIA Donde viven las historias. Descúbrelo ahora