MMM 18

8K 372 11
                                    

******

Majlis berjalan dengan berjayanya. Kesemua tetamu sudah pulang. Dewan semakin lama semakin sunyi. Hanya tinggal pekerja sahaja yang sibuk mengemas.

Raisya juga sudah menukar baju ke baju kurung. Dia duduk di katil sambil tersenyum sendiri. Hari ini ialah hari paling bermakna buat dirinya. Bila teringatkan kejadian tadi dia berasa senang.

"Ibu...Raisya rindu ibu.." ujar Raisya lagi. Sudah beberapa kali ayat itu disebut.

"Ya.. Ibu pun rindu Raisya. Rindu Man." Wanita itu hanya melayan karenah anak perempuannya itu. Dia juga merasa rindu. Sudah lama dia menetap di Turkey.

"Ibu pergi mana ? Selama tujuh tahun ni." Tiba-tiba sahaja soalan itu keluar dari mulut Raisya.

"Ibu ada masalah, sayang.. tapi... Raisya jangan risau. Masalah dah selesai."

"Ibu... Raisya ingat ibu dah mati... Ayah cakap ibu dah mati." Teringat pula Raisya ayat yang dikata oleh Encik Rashdan dahulu.

"Tak payah dengar la cakap dia. Ibu kan ada tepi Raisya ni. Raisya dah boleh tengok ibu semula." Raisya hanya menikmati belaian yang diberikan oleh Puan Suhaymah. Iaitu ibu kandung kepada dia dan Rayzman.

"Ibu lepasni kita boleh bersatu balik kan ?"

BAM ! Soalan itu.

Lidah Puan Suhaymah kelu.

"Errm. Raisya,ibu dengan ayah dah bercerai." kata Puan Suhaymah. Nampak perubahan di wajah gadis itu. Dia tahu bercerai itu adalah perkara yang salah tetapi bercerai sahajalah yang mampu membuatkan dia bersama anak-anaknya keluar dari lembah kegelapan.

"Tak apa. Raisya tahu..." tidak sempat menghabiskan Puan Suhaymah laju memotong.

"Ibu tahu, Raisya dengan Rayzman kena pukul dengan ayah. Bukan ibu tak nak ambil kamu, hak penjagaan anak-anak jatuh dekat ayah korang. Ibu minta maaf sangat-sangat"

"Raisya dengan Man okay je. Lagipun benda dah lepas. "

"Terima kasih, Raisya."

"Jauh termenung. " satu suara menegur. Haydar baru sahaja keluar dari tandas. Dia hanya memakai tuala di pinggang dan selebihnya dibiarkan. Jelas roti enam biji di bahagian perut Haydar. Raisya hanya memandang dengan hairan.

"Asal kau pandang aku macam tu ?" soal Haydar. Raisya menggeleng kepala sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Asal pandang lain ? Dah puas jamu mata ?" Haydar menapak ke arah Raisya.

"Minta maaf. " Raisya semakin menunduk.

"Senang kau minta maaf. Kau dah sedap jamu mata pastu minta maaf. Aku tak kira, kau kena bayar."

"Apa yang encik cakap ni ?"

"Encik ? Seriously ? Kau hidup zaman mana ni ?"

"Zaman air batu." Balas Raisya

"Suka hati kau lah. But back to our main topic." Haydar perlahan lahan berjalan mendekati Raisya. Raisya pula semakin kebelakang. Tiba tiba rasa takut.

Haydar merapatkan tubuh Raisya di dinding dan memandang setiap inci muka gadis itu sebelum dia ketawa.


"HAHAHAHAHAHA"

Raisya memandang hairan. Dah kenapa dengan dia ni ?

"Muka kau cuak nak mampus. Come on Raisya... Aku gurau je"

Raisya memandang Haydar yang sedang ketawa.Sudah puas ketawa, Haydar ke almari untuk mengambil baju. Raisya hanya dibiarkan begitu.

"Kau nak berdiri situ sampai bila?"

Raisya terus bergerak ke cermin semula. Dia melihat tudungnya. Nasib tak ada yang kembung, sudahlah tudungnya susah menjadi. Dia melepaskan nafas lega. Telefon dan beg diambil sebelum dia memakai kasut.

Terus Raisya keluar dari bilik tanpa menghiraukan Haydar di belakang. Jejaka itu menggeleng melihat isterinya yang di depan.

Semasa di dalam kereta mereka hanya diam tidak bercakap. Hanya radio sahaja yang menjadi pengiring perjalanan mereka. Raisya juga sudah bosan dengan bising radio. Dia mengeluh kecil.

"Encik,nak pergi mana ni?" soal Raisya dengan lembut.

"Pergi makan la. Aku lapar, nanti ada yang benda lain aku makan pulak" balas Haydar. Raisya terkedu.

******

MY MR. MAFIA Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin