MMM 1

20.9K 594 23
                                    

This is my first book so maaflah kalau ada grammar eror or typo.

Remember buku ni tiada kaitan dengan yang hidup ataupun telah mati. Semuanya datang dari imaginasi insan kerdil ini.

All Rights Reserved.

Kalau ada yang tersama dengan karya lain. Maafkan sis. Itu hanya kebetulan ye anak-anak.

Sis tak suka orang copy jalan cerita sis. Cerita sis yang tak semegah banggunan KLCC pun nak copy ke ? Tak malu betul.

******

"Sakitlah ayah! " jeritan seorang remaja lelaki bergema di dalam rumah kayu yang usang.

"Aku minta duit kau tak bagi. Lepastu kau menjawab pula. Ha ni la makan dia !"

Kaki dihayunkan ke perut si anak. Lalu badan remaja itu jatuh ke atas lantai kayu rumah. Mulutnya mengeluarkan cecair merah. Habis segala kudratnya untuk melawan insan yang berada di hadapannya ini. Tiada lagi air mata yang mengalir kerana dia sering dipukul sedemikian rupa. Walaupun dia mampu untuk bangun berlawan namun dia diam, kerana itu adalah ayahnya.

Seorang gadis muda membawa dua beg plastik berisikan barangan dapur,terus masuk ke dalam apabila mendengar jeritan di dalam rumah. Dari ruang tamu dia berlari ke arah bilik.

Plastik yang berada di tangannya dilepaskan. Dia terus ke arah adiknya. Matanya merenung tajam ke arah ayah mereka.

Habis lebam badan adiknya. Terdetik rasa kasihan melihat nasib adiknya ini. Matanya mellihat ke arah lelaki yang sedang duduk di birai katil.

"Kau pergi mana? Banyak kau dapat duit? "

"Kenapa ayah pukul Man? "

Soalan di balas soalan.

"Aku tanya kau dapat mana duit tu?!"

"Buat apa ayah nak tahu? Selama ni ayah tak pernah ambil tahu pasal kitorang adik beradik. Yang ayah tahu, balik rumah minta duit"

Terus lelaki itu bangun dari duduk. Ditarik tudung yang dipakai oleh gadis itu.

"Aku tanya lain kau jawab lain! " pipi gadis itu dicengkam.

"Buat apa ayah nak tahu?! " balas gadis itu. Sudah lama dia memendam rasa geram. Sekarang ni dia sudah tak tahan dengan nasib dia bersama adiknya.

Pak!

Pak!

Pipi gadis itu ditampar. Kepala gadis itu berpaling ke kiri dan kanan. Tangan gadis itu memegang pipinya. Terasa pedih sedikit tapi dia sudah biasa.

"Aku tanya sekali lagi. Mana kau dapat duit tu?!"

"Main judi,macam ayah. Tapi Hus main menang. Bukan macam ayah. Main judi kalah. Lepastu hutang sana sini. Balik rumah minta duit, duit, duit. Dah pandai main judi, pandai la tanggung sendiri" biarlah dia dilihat sebagai anak yang kurang ajar sekalipun. Asalkan dia dan adiknya tidak berdiam diri.

Lelaki itu diam.

"Kenapa diam? Sentap?" soal gadis itu dengan berani.

"Kurang ajar! "

Badan gadis itu ditumbuk. Tali pinggang yang dipakai dibuka laju. Lalu tali pinggang itu mendarat di belakang gadis itu.

Menjerit gadis itu kesakitan. Dalam hatinya dia perlu tabah. Ini ujian dari tuhan. Demi adiknya dia sanggup dipukul. Asalkan adiknya tidak dipukul sekali.

MY MR. MAFIA Donde viven las historias. Descúbrelo ahora