MMM 11

8.1K 384 18
                                    

******

Kyle mengambil tempat duduk di hadapan Haydar.

"Hay. Dia dah balik" beritahu Kyle.

Haydar seperti biasa sibuk dengan komputer dan failnya. Kalau bukan dia yang uruskan syarikat bapanya di Malaysia siapa lagi.

"Okay. Make sure keadaan terkawal macam selalu "

"Kau nak tunggu lagi ke ?" Soal Kyle.

"Tunggu dulu. Dia tak cari pasal lagi dengan kita. " kata Haydar.

"Kau tau kan prinsip aku macam mana ? Lagipun dia tak bawak masalah lagi dekat kita " sambungnya lagi.

Dia bukan seperti ahli mafia yang lain membunuh tanpa belas kasihan. Dia juga manusia yang masih lagi waras dan juga boleh berfikir dengan betul.

"Okay lah " Kyle terus bangun dan meninggalkan Haydar seorang diri.

******

"Assalamualaikum "

Raisya sedang sibuk mengelap pinggan di dapur mendengar suara yang memberi salam.

"Tak apa saya bukakan " perlawa Indra. Raisya mengangguk dan menyambung semula kerjanya.

"Raisya tengok ni siapa datang ! " Jerit Indra dari arah depan. Raisya mencebik. Tadi tak nak bagi orang bukakan pintu.

Raisya menghadiahkan senyuman lebar kepada tetamu yang sangat ds kenali iaitu Puan Khadijah dan Encik Abdullah.

"Umi !" Tubuh wanita itu dipeluk erat.  Sudah lama dia tidak berjumpa dengan mereka berdua.

"Puan, Encik. Jemputlah masuk " ajak Indra.

"Tak payah berpuan-puan panggil umi je " beritahu Puan Khadijah.

Puan Khadijah dan Encik Abdullah masuk ke dalam rumah.

"Masha Allah. Besarnya rumah Rell bang " kata Puan Khadijah kepada suaminya. Teruja dia dibuatnya melihat rumah sebesar ini. Rumah di kampung juga tidak seperti ini.

"Umi dengan walid duduk la dulu " kata Raisya. Dia ingin ke dapur untuk membuat air.

"Anak ni siapa ?" Soal Encik Abdullah kepada Indra.

"Saya Indra Khauthar. "

"Kamu kerja dengan Rell ke ?" Soalnya lagi.

"Walid tanya Indra ni banyak soalan macam polis dah walid " sampuk Raisya.

"Home sweet home !" Suara seorang lelaki mengejutkan mereka.

"Waalaikumussalam! Lain kali bagi salam bukan cakap benda lain "

Raid sudah diam. Terasa dia dibuatnya. Mendalam jatuh ke lubuk hati ayat yang dikeluarkan oleh Encik Abdullah.

Deep !

"Assalamualaikum" Raid memberi salam semula.

"Waalaikumussalam" mereka menyambut salam Raid.

"Ha macam tu kan bagus. Anak ni nama apa ?"

"Raid. " Balas Raid.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now