MMM 45

4.5K 272 11
                                    

Puan Suhaymah sibuk memanaskan semula makanan yang sudah dimasak oleh dia bersama Puan Khadijah tadi. Dia melihat ke arah Raisya lalu berkata.

"Ibu ingatkan korang tak jadi datang."

"Kami lambat sikit tadi sebab jumpa Aisyah. Ada shooting sikit."

"Shooting ? Raisya jadi model ke ?"

"Tak, ini untuk Raisya dengan Haydar." beritahu Raisya.

"Eh bukan haritu dah buat dah ke ?" soal Puan Suhaymah lagi. Setahunya anak dan menantunya itu sudah pernah shooting ketika mereka berkahwin dahulu.

"Ini version kitaorang bertiga pulak." sampuk Haydar. Puan Suhaymah mengangguk faham dengan apa yang dimaksudkan Haydar.

"Haydar, jaga Raisya elok-elok ye. Lepas ni dia tak boleh nak buat kerja berat-berat. Makan pun kena jaga. Kita sebagai suami kena jalankan tanggungjawab kita." pesan Puan Suhaymah.

"Baik, ibu."

"Eh, isteri kamu yang sorang lagi tu mana ?" soal Puan Suhaymah.

"Errr... Dia baru je bersalin. Dia duduk dengan kakak dia."

"Kenapa Rell tak tolong dia berpantang ? Sepatutnya suami yang kena tolong isteri berpantang. Kalau emak umi dulu, dia suruh walid kamu yang jagakan umi waktu berpantang. Dia hanya tolong apa yang patut, selebihnya walid kamu yang buat."

Puan Khadijah menggeleng kepala. Dia tahu anak angkatnya itu masih tidak dapat membahagikan masa kepada isteri-isterinya.

"Dia lahirkan anak lelaki ke perempuan ?"soal Puan Suhaymah ingin tahu.

"Perempuan. Lepas dia habis berpantang mungkin kami akan..."

"Akan apa ?"

"Bercerai." balas Haydar sambil memejamkan mata. Sangat perit untuk dia memberi tahu perkara yang sebenar.

"Abang..."wajah Raisya mula berubah.

"Apa ?" Puan Khadijah dan Puan Suhaymah terkejut besar apabila Haydar menyatakan hal itu.

"Kenapa perlu bercerai ? Kamu tak kesian ke dekat dia ? Anak tu, anak kamu tu." beritahu Puan Khadijah.

"Ibu,umi. Sebenarnya anak tu bukan anak Haydar.  Cuba ibu dengan umi tengok gambar anak dia." Haydar mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Galeri dibuka dan gambar dicari. Lalu dia menunjukkan gambar itu ke arah Puan Suhaymah dan Puan Khadijah.

"Memang dari awal lagi Haydar tahu yang anak yang Qarisha bawak bukan anak Haudar."

"Gambar ni pun dah jadi bukti yang budak tu memang bukan anak Haydar. Ibu, Umi, tengok warna rambut dengan mata budak ni dengan rambut mata Haydar. Tak sama." Terang Haydar.

"Tapi kenapa Haydar kahwin dengan dia kalau Haydar tahu dari awal ?" soal Puan Khadijah. Dia ingin tahu mengapa Haydar buat semua ini.

"Haydar tak nak keluarga kita tanggung malu. Biarlah Haydar nampak bertanggungjawab masa tu." balas Haydar.

Raisya bangun lalu masuk ke dalam biliknya. Dia mengunci pintu tersebut. Tergamak suaminya merahsiakan tentang hal ini.

"Sayang... bukak pintu ni."

Tombol pintu dipulas berkali-kali. Dia berharap agar isterinya membuka pintu.

"Sayang. Bukak pintu sayang, let me explain to you."

Raisya duduk di atas katil sambil memeluk tubuhnya. Adakah semua ini berlaku kerana dia ? Ya Allah, dia perlukan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Haydar meminta kunci pendua daripada Puan Suhaymah. Dapat sahaja kunci ditangan dia terus membuka pintu.

"Sayang."

Haydar berjalan ke arah isterinya yang sedang menangis. Haydar menarik isterinya ke dalam pelukan. Dia sudah ingkar janji dia kepada Aisyah. Dia sudah menjatuhkan air mata gadis ini lagi.

"Abang buat semua ni bersebab sayang." kata Haydar.

"Sebab saya ?" soal Raisya.

"Bukan sebab sayang. Abang nak dia dapat hukuman yang setimpal. Ya, abang tahu siapa kita untuk menghukum dia. Tapi tanpa semua ini dia tak akan celikkan mata dia." Haydar perlu memberi tahu Raisya. Segalanya. Dia berhak mengetahui hal ini.

"Sayang ingat tak kita nyaris kena tembak waktu di France ?"

Raisya mengangguk. Mana mungkin dia lupa. Itu adalah memori yang tidak boleh dia keluarkan dalam fikirannya.

"Itu angkara Qarisha dengan bekas tunang sayang, Dayyan."

"Abang kenal Dayyan ?"

"Sayang, sayang tahu kan kerja abang ? Dah tentu abang tahu semuanya tentang sayang. Jadi abang nak sayang bersabar sikit lagi, nanti kita akan bebas dari semua ni."

"Apa yang diorang nak dari kita ?"

"Kemahuan masing-masing."

"Maknanya kita akan berpisah ? Abang, Raisya tak nak." Raisya kuatkan lagi pelukan mereka.

"Abang pun sama sayang tapi kita kena hadap juga semua ni. We're gonna face it together. Okay ?"

Raisya mengangguk. Dia akan berjuang demi cinta mereka. Demi kebahagiaan mereka.

"Sayang, andai kata ini adalah pelukan terakhir kita... Abang nak sayang jadikan abang cinta pertama dan terakhir sayang, boleh?"

"Ish apa abang merepek ni ?"

"Semuanya terletak pada Allah sayang. Apa yang kita rancang tak semestinya akan terjadi kerana Allah yang menentukan semuanya. Rezeki, jodoh dan ajal semua terletak pada-Nya."

"Kalau abang dah tak ada nanti, ini."

Tangan Haydar mengusap perut Raisya yang masih lagi tidak kelihatan.

"Ini sahaja yang abang tinggalkan untuk sayang. Abang harap saya jaga dia macam sayang jaga abang."

Raisya mengangguk. Lalu dia memejamkan matanya. Tidak lama kemudian dia,terbuai mimpi lena.

Haydar masih memeluk Raisya. Ubun-ubun gadis itu diusap lalu dikucup lembut.

Dia membaringkan Raisya sebelum dia menyeluk poket untuk mengambil telefonnya. Dia mendail nombor sahabat karibnya yang dulu pernah menjadi salah seorang daripada mereka.

"Hello, we need to talk."

Pandangan orang sekeliling tidak diendahkan. Dia tetap berjalan dengan bergaya. Seorang lelaki berkemeja-t hitam, berjalan ke arah Haydar sebelum mereka bersalaman. Haydar tersenyum melihat gerangan yang dihadapannya ini.

"So ada apa kau nak jumpa aku ?"

"Duduk dulu.." arah Haydar. Lelaki tersebut hanya mengikut.

"Aku nak ajak kau join team aku."

Lelaki di hadapan Haydar tersenyum teruja.

"Wuhuu seriously ? Wow, ketua mafia datang jumpa aku sendiri, ajak aku join team dia. Asal ni ?" soal lelaki itu dengan nada perli.

"Kau tak nak sudah." Haydar bangun untuk beredar. Dia tak ada masa untuk layan orang yang macam ni.

"Lek bro, aku join."

Haydar duduk semula di kerusinya.
Dia perlu bersiap sedia dengan apa jua yang akan berlaku. Dia tahu masanya semakin tiba.

Haydar tersenyum suka, lelaki itu turun memberikan senyuman kepada Haydar.

******

MY MR. MAFIA जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें