MMM 23

8.2K 513 20
                                    


Haydar terus menarik lengan Raisya. Mereka berdua masuk ke dalam lift. Bilik mereka berdua dituju.

"Kau duduk dalam ni diam-diam kunci pintu. "

"Encik. Nak pergi mana ?"

"Kau duduk sini, tak payah ikut. "

Haydar menekan satu suis yang tidak pernah Raisya sentuh. Suis itu ditekan dan satu dinding besi keluar menutupi seluruh dinding yang asal.

Raisya sudah seperti rusa masuk kampung apabila melihat dinding-dinding besi itu.

"Rebecca." panggil Haydar.

Raisya mengerutkan dahi. Dah kenapa ni ? Rebecca ? Siapa Rebecca ?

"Yes, sir. "

Satu suara dari mana pun Raisya tidak tahu.

"Please take care of my wife."

"Okay, sir "

Haydar terus keluar dari bilik. Raisya dibiarkan disitu sendirian. Pintu bilik tadi juga sudah bertukar menjadi pintu besi.

"Hello Mrs. Ashrell ."

Haydar ke bilik bacaannya. Dia menarik satu daripada buku yang di atas mejanya. Satu rak daripada semua rak terbuka luas. Haydar masuk ke dalam dan mengambil satu pistol jenis Glock Meyer 22 dan meluru keluar.

"Lucas ! Bagi emergency signal dekat semua !"

"Baik, tuan. "

******

Suasana yang bising membuatkan mereka semua juga turut terikut dengan rentak lagu.

"Target dah sampai." beritahu Kyle yang berada di luar kelab.

"Okay, semua dalam posisi masing masing. "

Baru sahaja ingin memulakan rancangan mereka. Kaca mata mereka masing masing memaparkan panggilan kecemasan daripada Haydar.

"Kenapa bro ? "

"Jasson hantar anak buah dia. Diorang dah berjaya masuk kawasan kita. "

"Balik, balik. " sampuk Karl.

"Target ?" soal Hayden. Baru sahaja ingin bekerjasama dengan pistol kesayangannya.

"Just leave it." marah Kyle.

Hayden terus melompat masuk ke dalam keretanya.

Haydar sedang memerhati mereka yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya.

Dia tersenyum sinis. Lima belas orang, terlalu sikit buatnya.

BANG ! BANG ! BANG !

Tiga orang sudah rebah. Dua belas orang lagi.

"Kau pergi naik atas cepat ! Aku nak dia dengan bini dia, hidup-hidup. Cepat !"

Enam orang daripada mereka naik ke atas. Haydar menyorok disebalik pintu bilik yang berdekatan tangga.

Dua orang daripada mereka masuk ke dalam bilik yang Haydar sedang menyorok itu. Terus Haydar menutup pintu bilik dan.

BANG !

Seorang lagi rebah. Seorang lagi ingin menyerang Haydar dengan pisau . Haydar menahan serangan itu, dia terus memusingkan tangan lelaki itu dan...

PRAK !

"Arghh !"

Tangan lelaki itu patah. Lelaki itu menjerit kesakitan.

Empat orang yang lain terus masuk ke dalam bilik setelah mendengar jeritan dari bilik itu.

BANG ! BANG !

Haydar pantas melepaskan tembakan. Tembakannya terkena pada salah seorang dari mereka berempat.

Tiga orang menyerang Haydar dengan serentak. Haydar pantas melawan mereka bertiga secara serentak.

Haydar memusingkan badannya untuk melepaskan diri dari dikepung dan tiga das tembakan diberikan lagi.

BANG ! BANG ! BANG !

Ketiga-tiganya sekali jatuh serentak. Haydar cuba mengawal nafasnya semula.

BANG ! BANG !

Bunyi tembakan dari tingkat bawah membuatkan Haydar berlari keluar untuk melihat siapakah yang melepaskan tembakan tadi.

Dia melihat Kyle dan yang lain sudah sampai. Banyak mayat-mayat yang bergelimpangan di seluruh kawasan dalam rumahnya.

Dia melihat seorang lelaki tua yang duduk melutut di sebelah Kyle. Lelaki itu menunduk ke bawah.

"Siapa tu ?"

"Makanan kau malam ni, Haydar. "

Haydar faham maksud Kyle. 'Makanan' yang sudah lama ditunggu tunggu.

Haydar terus turun ke bawah.

Dia memutarkan pistol dengan jarinya. Dengan gembiranya dia melihat ke arah lelaki tua tersebut.

"Jasson... Jasson... Tak serik lagi kau... Anak kau dah mati kan ? Sekarang ni kau nak mati pulak ke ?"

"Kau akan terima balasan. Aku akan balas dendam untuk anak aku." kata Jasson Guero iaitu ketua kumpulan Dragon.

"Sempat ke ? Aku rasa tak kot... Sebab kau akan mati lepasni. Mati di tangan musuh kau sendiri. " kata Haydar dengan sinis.

"Dah la. Aku tak nak buang masa. Baik kau mati. Senang kerja aku. Menyusahkan. Time kecik dulu taknak mati macam ni lah. Bila dah tua makin menyusahkan. "

Haydar menghalakan mulut pistolnya di kepala Jasson.

BANG !

Darah merecik keluar mengenai pakaian mereka. Haydar menolak badan Jasson menggunakan kakinya.

Senang.

"Cuci semua ni. Dekat atas pun ada banyak. Aku nak naik atas. Nak tengok, Raisya. "

Haydar naik ke atas untuk mandi seketika.

******

Raisya duduk di atas katil. Sambil menunggu. Sudah lama Haydar keluar dari bilik ini.

"Rebecca. Mana tuan awak ni ? Dia selamat ke tak ?"

Soal Raisya kepada Rebecca.

"Kau risaukan aku ke ?"

Suara Haydar datang dari muka pintu membuatkan Raisya memandang ke arahnya. Haydar masuk ke dalam dan membaringkan dirinya.

"Apa yang dah jadi ?"

Raisya bangun untuk keluar dari bilik mereka untuk melihat apakah yang terjadi. Baru sahaja ingin bangun dari katil, tangannya ditarik kuat sehingga dia terjatuh ke atas badan Haydar.

Mata bertentang mata.

Tersedar yang mereka sudah lama dalam keadaan begitu. Raisya terus bangun dari badan Haydar.

"Minta maaf. "

"Tak payah nak minta maaf. Lagipun aku seronok bila kau jatuh atas aku."

"Eiiii... Gatal."

"HAHAHAHAHAH ! " ketawa Haydar pecah. Memang benar kata orang bercinta selepas kahwin itu sangat indah. Hati Haydar juga sudah mula berpaut pada isterinya.

******

MY MR. MAFIA Où les histoires vivent. Découvrez maintenant