MMM 25

8.1K 412 21
                                    

Mereka semua sudah masuk ke dalam bilik masing-masing. Raisya juga sudah selesai membersihkan diri. Sedang sibuk menyisir rambut panjangnya, ketukan dari pintu membuatkan dia bergegas mengikat rambutnya dan menyauk tudung sarung berwarna biru. Terus dia berlari anak untuk membuka pintu.

"Where's Haydar ?" soal gadis kecil yang menyambut kedatangan mereka tadi.

"He in bathroom" balas Raisya.

"Can I come in ?" soal gadis kecil itu lagi.

"Sure."

"Yeay !"

Gadis kecil itu masuk ke dalam bilik lalu naik ke atas katil.

"Can i know your name ?"

"My name ?" soal Raisya kembali sambil menundingkan jari kearah dirinya sendiri. Gadis kecil itu mengangguk laju.

Raisya mengangkat jarinya untuk mengetuk dagunya.

"Hmmm..."

Gadis itu sedang diam menunggu jawapan dari Raisya.

"I think you should ask Haydar. " balas Raisya. Gadis kecil itu berdecit. Nak tahu nama pun susah.

Tiba-tiba Haydar keluar dari bilik air dengan hanya bertuala.

Membulat mata kanak-kanak perempuan itu apabila melihat keadaan Haydar sebegitu. Dia terus menutupkan matanya.

"Miss secret, did you close your eyes ?" soalnya.

"No. "balas Raisya.

"Oh no. You should close your eyes too. " kata gadis kecil itu.

"Why?"

"Haydar did not wear anything." beritahunya. Haydar berjalan ke bilik pakaian dengan bersahaja dan memakai baju dan seluar.

"Okay. Now you can open your eyes, baby girl." katanya. Gadis kecil itu menurunkan tangannya.

"Haydar, can i know her name ?"

"Her name is Raisya Husna. You can call her, kakak Raisya. Your sister in law."

"So this is my sister ?"

Haydar mengangguk. Terus gadis kecil itu turun dari katil dan memeluk erat tubuh Raisya. Dia mengambil tangan Raisya dan meletakkan jari Raisya ke atas tangannya.

Haydar dan Raisya hanya memerhati. Jari Raisya terus digenggam.

"Let's go sister. I want to show you my room."

Dia terus menarik jari Raisya menyuruh untuk Raisya mengikutnya ke bilik tidurnya. Raisya memandang wajah Haydar.

"Layankan aja. Abang tak suka dia nangis."

Raisya mengangguk. Raisya bersama gadis kecil itu keluar dari bilik.

Dia hanya mengikut gadis kecil ini membawa dia ke mana. Sampai di satu bilik, mereka masuk ke dalam bilik tersebut.

Bilik itu berwarna merah jambu . Segala barangan hampir seratus peratus berwarna merah jambu.

"This is my room." kata gadis kecil itu.

"I see. Girl, can i ask you something ?"

"What is it, sister ?"

"What your name ?" soal Raisya. Dia sebenarnya dari tadi lagi ingin menanyakan tentang nama kanak-kanak ini. Tetapi mulutnya sahaja yang tidak mahu bertanya.

"Heysha Arya !"

Beritahu gadis kecil itu dengn ceria. Dia tersenyum manis terhadap Raisya. Mereka berdua mula bermain bersama.

MY MR. MAFIA حيث تعيش القصص. اكتشف الآن