MMM 47

2.9K 157 6
                                    

Tangannya naik menumbuk punching bag yang tergantung. Badannya basah dek peluh yang dirembes keluar oleh liang peluh. Dadanya turun naik akibat kepenatan. Sesekali dia berhenti untuk meredakan penat. Macam ni lah bila dah lama tak work out. Mengah semacam.

Matanya masih lagi dilekatkan pada suaminya yang sedang sibuk menumbuk dan menendang punching bag.

"Penat sangat abang ni. Tak nak duduk dulu ke ?"

Haydar menggeleng, dia tidak mudah mengalah. Sesekali Raid yang disebelahnya dijeling. Lelaki itu tidak berhenti dari tadi, tidak langsung. Haydar kembali menumbuk beg tersebut dengan semangat.

Rayzman berjalan ke arah kakaknya. Raisya menaikkan keningnya apabila Rayzman tiba-tiba menyandarkan kepala ke bahunya. Dia biarkan sahaja, sudah lama dia tidak meluangkan masa dengan adiknya yang tersayang ini. Sejak adiknya mula kerja dibawah Haydar, adiknya ini tersangatlah sibuk.

"Akak, Man rasa nak balik rumah kita." beritahu Rayzman kepada Raisya.

"Dah lama sangat kita tak balik rumah tu kan dik. Apalah yang jadi dekat ayah." kata Raisya.

"Apa kata hujung bulan ni kita balik ? Kita ajak ibu sekali. Nak tak ?" cadang Rayzman. Raisya mengangguk setuju.

"Abang. Hujung bulan ni kita balik kampung nak ?" soal Raisya kepada Haydar. Haydar berhenti dari menumbuk beg itu.

"Boleh... Untuk sayang semua boleh."balas Haydar lalu Raisya tersenyum.

"Terima kasih abang." ucap Raisya sambil tersenyum. Haydar kembali menyambung latihannya.

"Man. Macam mana kerja dengan Haydar, okay ke ?" soal Raisya ingin tahu. Rayzman tergelak kecil.

"Okay je kak."

"Bila nak kahwin ?" soal Raisya tiba-tiba.

"Uhukk-uhuk." Rayzman tersedak apabila mendengar soalan itu.

"Dia tunggu seseorang tu,Raisya." sampuk Hayden.

"Siapa ? Qalisha ?"

"Nampak gaya macam tu lah. Orang dah tak nak, dia nak jugak tunggu. Kononnya nak setia gitu."

"Man. Cinta tak boleh dipaksa. Kalau dia tak nak Rayzman tak boleh nak paksa. Cinta tu kadang-kadang cinta itu membahagiakan, kadang-kadang dia menyakitkan." pesan Raisya dengan lemah-lembut.

"Man tau akak, tapi niat Man memang nak memperisterikan dia."

"Berdoa pada Allah. Kalau dia jodoh Man, maka untuk Man lah dia. Kalau dia bukan jodoh Man, man kena terima dengan hati yang terbuka."

"Akak ni, nak sangat Man kahwin awal."

"Mestilah, akak pun nak tengok adik akak bahagia. Jadi, cepat-cepatlah kahwin, akak nak jugak anak buah yang comel." Jawab Raisya.

"Eh kesitu pulak dia, nak jadi mak orang pun perangai macam budak-budak."

"Perempuan bro, mana ada diorang ni pernah membesar jadi dewasa." Haydar pula menyampuk perbualan mereka.

Selesai bersenam dan berlatih, mereka semua naik ke atas untuk makan tengahari bersama.

"Indra, Kylie. Tolong letakkan lauk ni dekat atas meja." pinta Raisya.

Kylie dan Indra mengangguk. Mereka mengangkat kesemua pinggan yang ke atas meja makan. Hari ini lengkap mereka satu rumah berada di rumah.

Rumah berselerak itu memang dah biasa untuk setiap hari minggu. Lepas dikemas, bersepah. Tak larat dah macam mana dia nak buat peraturan jangan buat sepah. Setiap minit ada je yang hendak disepahkan.

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now