MMM 21

7.9K 505 29
                                    

******

Hatinya penuh dengan rasa risau. Selepas dia dimaklumkan bahawa Raisya dimasukkan ke dalam hospital. Terus dia bertolak dari pejabat ke sana.

Dengan lajunya dia masuk ke dalam lift dan menekan butang nombor lift itu. Sampai sahaja di wad Cempaka bilik Raisya dituju.

Wad Cempaka adalah wad yang dimana menempatkan orang-orang yang berada. Kerana mereka mempunyai status yang tinggi dan mungkin keselamatan mereka akan terancam, pihak hospital mengkhaskan satu aras untuk mereka dan disitu juga Raisya ditempatkan.

Sampai sahaja di bilik Raisya dia melihat sekujur tubuh yang terbaring. Sayu hatinya melihat wajah gadis itu. Lebam lebam yang berpunca dari Qarisha masih lagi jelas. Rayzman juga turut ada disamping kakaknya. Risau dia dibuatnya apabila Raid tiba-tiba sahaja menelefon dan menyuruh dia datang ke hospital dengan kadar yang segera.

Rayzman bangun dari kerusi kerana dia tahu Haydar yang perlu ada disisi Raisya sekarang. Haydar duduk di sebelah Raisya. Tangan Raisya yang tidak bergerak itu disentuh.

Ibu Suhaymah juga tiba setelah menerima panggilan dari Rayzman beberapa minit yang lalu. Terkejut juga dia melihat wajah Raisya yang lebam.

Soal Qarisha Raid, Zayn dan Kylie sudah uruskan. Haydar sudah mengarahkan mereka bertiga untuk mengawasi Qarisha.

"Rayzman jagakan Raisya. Nanti aku suruh Karl temankan kau " kata Haydar. Dia terus ke arah Puan Suhaymah.

"Nak pergi mana ni ?"

"Ada hal penting. Saya pergi dulu ibu " tangan Puan Suhaymah dicium. Lantas kakinya melangkah keluar dari bilik. Dia berlari dan ke arah lift.

******

Dia masuk ke dalam markas dengan tangan yang digenggam. Dadanya naik turun menahan marah.

Namun dia tidak dapat menahan kemarahannya. Dia terus menuju ke bilik yang menempatkan Qarisha.

Masuk sahaja dia dapat melihat Qarisha di atas kerusi. Tangannya terus naik ke udara dang mendarat di atas muka Qarisha.

PAK !

"Kau dah cari nahas dengan aku, Qarisha."

Dia memberikan isyarat kepada Kyle. Kyle hanya menurut. Selepas beberapa saat Kyle masuk semula ke dalam bilik dengan membawa seseorang yang diikat dan ditutup kepalanya.

Lelaki tadi disuruh untuk melutut. Tanpa banyak cakap lelaki itu mengikut arahan.

"Kau dah start game kan ? Aku main la game tu. So untuk level ni, aku bawak satu hadiah untuk kau."

Haydar ke arah lelaki tersebut dan menarik kain hitam yang menyembunyikan wajah lelaki tadi. Qarisha sudah terkaku melihat gerangan yang melutut itu.

"Dallen!" jerit Qarisha.

"Dia yang rogol kau. Aku yang kena ? Wah hebatnya kamu. "

"Jangan apa-apakan dia. Tolong...
" rayu Qarisha. Namun rayuannya itu tidak dihiraukan oleh Haydar. Qarisha melihat ke arah Dallen yang tidak bermaya. Lelaki itu seperti mayat hidup. Qarisha dapat melihat tulang pipi Dallen dengan jelas. Perubahannya sangat ketara.

Haydar ke sebuah meja yang tersusun segala jenis pisau. Jarinya menggosok bahagian paling tajam pisau tersebut.

Dia ke arah lelaki itu semula dengan senyuman sinis. Pisau diletakkan di pipi lelaki itu. Terus dia menekan kuat pisau masuk ke dalam darah sedikit semi sedikit mengalir keluar dari pipi lelaki itu.

MY MR. MAFIA Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon