MMM 31

6.4K 326 17
                                    

"She's my second wife." kata Haydar kepada Dato Hamzah.

"What ? Apa yang sebenarnya yang dah jadi Haydar ?" soal Dato Hamzah.

"Waktu pernikahan Hay dengan Raisya, Qarisha datang buat kacau. Dia buat fitnah anak dalam kandungan yang dia kandungan tu anak Hay.. " kata Haydar.

"Tapi daddy sumpah Hay tak pernah sentuh mana mana perempuan."katanya lagi.

"Then ? Anak siapa yang dia kandungkan ?" Dato Hamzah bertanya.

"Mengikut apa yang Kyle siasat, anak yang dikandungkan tu anak Dallen. Now dia ada dengan adik Dallen, Dayyan."

"I really need your help daddy."

"Don't worry let me figure it out. Make sure you know kedudukan diorang yang tepat."

"Dah daddy, Kyle dah uruskan semua." Balas Haydar

"Good, yang penting daddy taknak dia apa-apa kan menantu daddy."

******

Karl, Zayn, Raid, Kyle dan Rayzman sedang duduk santai di bangku halaman rumah sambil menikmati suasana petang di France.

"Esok hari last kita dekat sini, sekejap je pejam celik dah balik."kata Raid.

"Betul duduk sini lama pun banyak kerja yang tertangguh. "

"Geng, aku dengar kumpulan Guero dah start balik operasi macam biasa. " Beritahu Rayzman.

"Aik. Guero ? Bukan  puak puak tu dah bubar ke ? Siapa yang handle ?" soal Karl terkejut. Pada pengetahuan kumpulan Guero telah bubar kerana mereka kehilangan pewaris.

"Siapa lagi kalau bukan Wil.." jawab Zayn.

"Wil ?"

"William. Sepupu Nick yang dulu hilang tiba tiba, aku ingatkan dah mampus rupanya hidup lagi." kata Kyle.

"Haydar tau pasal ni ?"

"Belum lagi, aku tengok dia serabut je.. Dengan si Qarisha lagi, Dayyan lagi. Biar kita je buat kerja." balas Kyle. Zayn mengangguk.

******

Raisya menghirup udara dingin yang sedar dari balkoni biliknya. Bunyi tombol pintu dipulas membuatkan Raisya ingin masuk ke dalam. Namun Haydar pula yang berdiri di muka pintu balkoni tersebut.

"Duduk je.." kata Haydar.

"Abang dah tak sangka kan kita dah nak balik. Terima kasih abang sebab bawak saya dekat sini, ni kali pertama saya jejak kaki dekat sini." Ucap Raisya dengan penuh makna.

"Eh apa pulak dekat abang ? Sepatutnya abang yang kena berterima kasih dekat sayang. Sebab sayang sanggup ikut abang datang sini untuk uruskan kerja abang." Kata Haydar. Dia mula menapak dan duduk di sebelah Raisya. Lalu tangannya menarik perlahan Raisya untuk kedalam pelukannya.

Rasa hangat dari tubuh Haydar membuatkan Raisya lebih selesa dan memeluk Haydar dengan erat. Aroma maskulin yang ada pada Haydar membuatkan Raisya hampir hilang di dunia nyata.

"Sayang. Abang janji akan sentiasa jaga sayang.. abang janji akan lindungi sayang okay ?"

Raisya mendengar degupan jantung Haydar yang sangat laju. Dia tersenyum bahagia.

"Terima kasih, Haydar Ashrell." Kata Raisya. Pelukan hangat tadi dieratkan lagi.

"Dah. Jom masuk dah sejuk sangat ni nanti demam."

Haydar bangun lalu menggendong Raisya untuk naik ke atas katil. Dia meninggalkan Raisya seketika untuk menutup pintu balkoni. Terus dia berbalik semula ke arah Raisya.

                              ******
Dayyan duduk bersebelahan Qarisha. Alih-alih matanya jatuh ke perut Qarisha yang membulat.

"Qarisha, lupa nak tanya kandungan you berapa bulan ?" soal Dayyan.

"Dah nak masuk lapan bulan. Why ?" Soal Qarisha.

" I'm just asking." Kata Dayyan.

Mereka berdua diam sejenak. Hanya bunyi kesibukan jalan yang menemani.

"So.. apa yang you nak buat ?" Qarisha menanyakan soalan kepada Dayyan.

"Hancurkan rumah tangga Husna, dapatkan dia semula and you akan dapat Haydar balik." balas Dayyan.

"Qarisha if you don't mind if i ask this... Anak tu anak siapa, betul ke tu anak Haydar ?" soal Dayyan. Qarisha mengalihkan pandangannya ke arah Dayyan.

"No.. ni bukan anak Haydar. Ni anak i dengan arwah my boyfriend, Dallen." kata Qarisha dengan jujur. Dia menghelakan nafasnya.

"I sebenar sukakan Haydar since daddy dia dengan papa I berkawan and jadi share partner dalam beberapa project."

"You know how it feel, when you love someone but they never love you back."

"I geram sangat bila dapat tau yang Haydar, lelaki yang I suka selama ni kahwin dengan perempuan yang entah siapa-siapa.."

"Sebab itu, I buat keputusan untuk rosakkan majlis nikah diorang." Qarisha menghela nafas berat.

"I masuk tidur dulu tau, good night Dayyan." Qarisha bangun nak berjalan masuk untuk ke biliknya.

                             ******
Matahari mula menyinari kota Paris, Perancis. Raisya mencelikkan mata perlahan apabila cahaya matahari mula menembusi tirai bilik.

Badannya terasa dihimpap sesuatu yang besar. Satu tangan yang lebar dan besar melingkari tubuhnya yang kecil. Haydar memeluknya dari belakang, Raisya memusingkan badannya tanpa niat untuk menyedarkan suaminya.

Dia memandang wajah yang sedang nyenyak tidur disampingnya. Tangannya naik mengusap dan membelai wajah tersebut. Wajah inilah yang membuatkan Raisya sentiasa gila. Sedang Raisya kusyuk membelai wajah suaminya tiba-tiba Haydar tersenyum.

"Puas belai sayang ?"

Raisya terkedu. Dia menurunkan tangannya namun Haydar mengambil semula tapak tangan Raisya dan letakkan ke wajahnya semula.

"Belai la lagi.." Ucap Haydar perlahan.
Raisya bangun dari tidur.

"Ha, mula la tu ulat bulu naik daun."

"Siapa yang letak tangan atas muka abang dulu ? Sayang kan.. so siapa yang jadi ulat bulu sekarang ni ?"

"Eeeee, semua dia nak menang. Ambik, ambik.. saya nak gi mandi lepastu nak pack barang."

Raisya bangun berjalan untuk mengambil kain tuala yang tersangkut di penyangkut dan berlari anak masuk ke tandas. Haydar tersenyum kecil melihat tingkah laku Raisya yang lucu.

                              ******

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now