MMM 4

8.9K 421 7
                                    

******

Mata dibuka bila terasa sinaran matahari menyinari bilik tersebut.

Husna melihat Rayzman masih lagi tidur lena di atas sofa.

"Man...man...." kejut Husna perlahan.

Rayzman bangun lalu tangannya menggosok mata. Kelihatan sangat taik mata yang berkeliaran disekitar mata Rayzman akibat hancur dek tangan Rayzman yang menggosok.

"Ada apa kak?" soal Rayzman.

"Akak nak mandi. Akak tak selesa la badan berbau macam ni" Kata Husna sambil menghidu seluruh badannya.

Rayzman tanpa membuang masa bangun dan ke arah katil Husna.

Husna bergerak sedikit demi sedikit untuk menurunkan kakinya. Dia risau jika jahitan semalam yang ada di belakangnya ini akan terbuka. Jadi dengan perlahan-lahan dia bergerak. Dipimpin tangan Husna untuk berjalan ke arah tandas.

"Akak boleh ke ni? " soal Rayzman yang kurang kepercayaan.

"Ye akak boleh" balas Husna. Dia berjalan sambil meletakkan tangannya di dinding.

Seusai mandi dia ke arah pintu. Untuk meminta kain tuala. Mujur umi dan walid datang untuk membawa sedikit pakaian kepada Husna.

Tangan disuakan dari dalam ke luar.

"Man akak nak tuala dengan baju" pinta Husna.

Satu tangan muncul dengan baju dan tuala milik Husna. Diambil cepat baju itu. Selesai memakai baju. Dengan berhati-hati Husna keluar dari tandas. Tuala dipakai agar rambut tidak basah.

Dia melihat Ashrell sedang sibuk bermain telefon di sofa.

"Aish mamat ni. Melekat dengan phone je kerja. "

bebel Husna dalam hati. Terus dia membulat mata.

"Mamat ni? Macam mana dia ada dekat sini? "

Husna memberanikan diri untuk menanyakan sesuatu kepada Ashrell.

"Erm Encik. Rayzman mana? "

"Adik kau turun pergi beli makan" balas Ashrell

Husna sudah tercengang.

"Takkan la dia yang bagi baju aku? Malu lah kalau macam tu"

Marah Husna, dalam hatinya dia sudah menyumpah seranah adiknya itu kerana meninggalkan dia seorang diri.

"Kau tercegat apa dekat sana? " suara Rell mengejutkan Husna.

Husna menjeling Ashrell. Kakinya berjalan sedikit demi sedikit untuk sampai ke katil. Baru sahaja ingin memperluaskan langkah badannya kehilangan imbangan.

Badannya sudah ke belakang. Husna memejam mata erat merelakan tubuhnya yang ingin pulih itu jatuh ke belakang.

Husna merasakan seperti badannya tidak jatuh ke lantai. Dia membuka mata. Terkejut dia buatnya apabila Ashrell sempat menyambut dia.

Matanya bertembung dengan mata jejaka itu.

"Ehem" deheman sesorang membuatkan mereka kembali pada dunia asal.

Husna berdiri seperti sediakala. Terus dia mengorak langkah ke arah katil tanpa menghiraukan gerangan yang baru sahaja masuk itu.

"Nah akak nasi goreng" plastik berisikan nasi diseberikan kepada Husna. Tetapi Husna tidak mengambil malah menyuruh adiknya meletakkan di atas meja.

"Letaklah situ" arah Husna.

Selepas itu bilik kian sunyi.

"Adik. Ayah tahu tak yang akak masuk hospital?"

MY MR. MAFIA Where stories live. Discover now